Wednesday 31 March 2021

Potlucks Makan-Makan Sambut Hari Jadi Ayah Tersayang

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari jadi ayah saya pada 14 Februari yang lalu. Tapi masa tu rentas daerah dibenarkan untuk negeri Kedah tetapi terhad kepada dua orang sahaja dalam satu kenderaan. Jadi kita tangguh la dulu nak sambut dengan ayah. Tak best la kalau tak cukup korum kan. Haha...

Dan alhamdulillah, pada 6 Mac yang lalu kami sekeluarga akhirnya dapat juga menyambutnya bersama-sama. Konsepnya macam biasa la, kita buat makan tengahari dan berpotlucks la. Masing-masing bawa menu sendiri. Bawa seorang sedikit tapi bila dah hidang sekali tu memang penuh la. Macam-macam ada.

Masa tu kebetulan saya sibuk dengan urusan renovate rumah. Jadi saya ambil keputusan untuk sediakan menu yang simple-simple saja. Masak pun tak ambil banyak masa. Fikir punya fikir maka saya dan suami decide nak buat Udang Goreng Kunyit dan Ayam Masak Kicap.



Menu biasa tapi rasanya luar biasa. Alhamdulillah, ayah dan family semua suka. Memang habis licin la. Menu lain pun semua sedap dan memang berselera la kami semua makan. Maklumlah, dah lama tak berkumpul bersama kan.

Kek pula hasil air tangan adik saya. Kek Coklat yang simple dan sedap. Kiranya semua menu hasil air tangan kami adik-beradik. 

Lepas selesai semua, macam biasa ambil angin petang kat luar rumah. Port kegemaran saya sudah tentulah kat pokok manggis. Hahaha...



Terubat rindu kat ayah dan family tercinta.

Alhamdulillah.

Tunggu rezeki di tahun hadapan pula.

Jumpa lagi.

Friday 26 March 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Teks: As Samsudin
Sumber: shidaradzuan.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik kalau nak join yer :)

Ramadan dah tak lama kan. Lepas tu Syawal pula menjelma. Tengok giveaway ni memang terasa sangat tak sabar nak bertemu Ramadan dan Syawal. Kebetulan dalam minggu lepas ada berbual dengan suami tentang solat terawih.

"Abang nak pergi solat terawih tak?" 

"Mesti la nak. Abang nak pergi setiap hari." Suami saya menjawab dengan pantas.

Saya diam saja la. Dalam hati rasa teruja juga sebab ini kali pertama saya akan bersolat terawih bersama dia. Saya tahu dah, kalau dia tak solat kat surau taman kami ni, mesti dia akan solat bersama saya di rumah.

Pengalaman kali pertama. Debarannya tetap ada. Hehehe.... bagi can la kat saya....

Apa pendapat korang? Hehehe...

Okeylah, jumpa lagi.

House Renovation Part 1 - Pecah Tanah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Amboi, sibuk ke tu?

Saya memang sibuk sekarang. Ada beberapa urusan yang menuntut perhatian dan perlu diselesaikan dengan segera. Walau apa pun, tetap enjoy dalam menempuhi kehidupan sehari-hari.

Sibuk yang menggembirakan.

Gembira la, sebab sibuk dengan urusan renovation rumah. Lagipun memang dari dulu impian saya nak buat renovation ni cuma ada saja halangan. Kali ini bila dah selesai semua urusan dan masa pun dah sampai, kita teruskan saja la apa yang dah dirancang.

Renovate apa tu?

Buat kitchen extension saja. Keluasan 15 x 20 kaki. Nama saja untuk dapur tapi saya siap buat bilik dan bilik air. Jadi kecil saja bahagian dapur. Boleh la... dapur besar-besar pun bukannya rajin masak kan. Eh, ye ke tak masak? Masak juga la sekali sekala.... Hehehe....

Semasa buat keputusan nak renovate rumah ni, buat survey juga lah beberapa kontraktor. Ingat nak cari yang murah, tapi bila dah murah mestilah kualiti pun sepadan dengan harga kan. Risau juga sebab kita nak pakai lama, mesti nak yang berkualiti kan. Tak nak la nanti lepas lima enam tahun ada crack sana sini. Kena keluar duit lagi.

Akhirnya saya pilih kontraktor yang dulu saya pernah bekerjasama dengan dia masa pecah master bedroom untuk dijadikan ruang tamu dan juga tukar siling bilik. Kontraktor ni kawan saya juga sebenarnya.  

Precioustech Engineering & Construction Sdn Bhd
Sharles 0165114164

Memang senang berurusan dengan Sharles. Nak berbincang tu memang tak ada masalah sebab dia ni boleh terima pendapat dan memberi pendapat. Saya boleh pilih mengikut apa yang saya nak, dan dia akan bagi nasihat sesuai atau tidak. Kira boleh berbincang dengan baik dan hasilnya sama-sama puas hati.

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan dah pun bermula. Korek lubang dulu kiri kanan untuk bina lantai beam, tiang kapet dan siap ukur keluasan mengikut pelan yang telah dipersetujui.







Kiranya kesibukan saya ni dijangka akan berlanjutan sehingga raya. Tapi tak apa, just enjoy the life to the fullest. Okeylah, nanti di lain entri saya kongsikan lagi tentang renovation ni ya.

Jumpa lagi.

Wednesday 24 March 2021

Hobi Mengumpul Buku 'Rare'

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ha, inilah dia koleksi 15 buah buku rare saya tu. Entri semalam tu tak sempat nak snap gambar. Jadi hari ni saya nak post juga la. Memang hobi saya suka mengumpul buku-buku macam ni. Boleh baca entri tentang buku-buku ni DI SINI ya.

Buku-buku ni ada yang beli terus daripada penulis, siap dengan tandatangan penulis sekali. Ada juga yang saya beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Dan tak kurang juga yang saya beli online di Karangkraf Mall.

Paling istimewa di sini, ada dua buah novel Indonesia iaitu Habibie & Ainun dan Cinta Suci Zahrana. Novel-novel ini saya beli di kedai buku Gramedia di Medan Mall. Kebetulan pergi bercuti ke Medan Indonesia, saya sempat singgah kedai buku kat sana.

Memang tabiat saya kalau ke mana-mana mesti nak singgah kedai buku. Kat Kulim pun sama, kalau ke Kulim Central tak sah kalau tak singgah kedai buku Hasani. Kadang-kadang tak beli buku pun, tapi saja suka-suka terapi mata. Hehe...

Okeylah, tiba-tiba pula rasa nak terjah kedai buku Hasani tu. Ada yang nak rekomen buku yang best ke?

Jumpa lagi.

Tuesday 23 March 2021

15 Koleksi Buku Terbaik Di Hati Saya

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tajuk entri hari ini sangat menarik bagi saya. Yelah, saya kan pencinta buku. Saya dan buku memang tidak dapat dipisahkan. Gembira rasanya bila dikelilingi buku. Makan dengan buku, tidur dengan buku. Tak baca pun tak apa asalkan mata tu dapat disajikan dengan buku-buku.

Cewah...

Mengada kan. Bacanya tidak, nak tengok saja. Bukan macam tu, bukan tak mahu membaca. Saya nak, cuma masa tidak begitu mengizinkan. Jadi sabar sekejap. 2021 Reading Challenge di Goodreads pun saya letak 21 buah buku saja. Tak berani nak lebih-lebih sebab tahu kemampuan diri. Tapi itu pun belum selesai waima satu buku pun. Parah ni. Hehe...

Okey la, jom kita tengok 15 koleksi buku terbaik di hati saya. Terbaik di hati saya tu maksudnya saya suka sangat buku-buku ni dan saya sayang sangat-sangat. 

Tapi sebelum tu nak beritahu, dulu saya pernah buat entri tentang buku kegemaran saya. Ada dua entri yang menceritakan tentang buku-buku yang kebanyakannya hampir sama.


Jadi kali ini saya nak kongsikan koleksi buku yang berbeza. Dan yang pastinya buku-buku ini adalah buku-buku rare bagi saya. Jom kita tengok!








  1. Kompilasi Cerpen Tiga Wanita Yang Aku Cinta - Monalita Mansor
  2. Jogho Yang Tewas - Rohani Deraman
  3. Armagedon: 2012 - Muhammad Alexander
  4. Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi - ILHAM
  5. Redah Saja Allah Ada - Azura Abdullah
  6. Isteriku Bidadari - Ebit Lew
  7. Sedegup Cinta - AC Jaffrie & Monalita Mansor
  8. Kumpulan Cerpen Bidadari Burung - S.M. Zakir
  9. Aristokra - Ahmad Patria 
  10. Kumpulan Cerpen Tembok Masih Tinggi - Osman Ayob
  11. Ulu Yam Di Liverpool - Nazali Noor
  12. Cerita Cinta Ahmad Ammar - Grup Penjejak Tamadun Dunia
  13. Habibie & Ainun - Bacharuddin Jusuf Habibie
  14. Cinta Suci Zahrana - Habiburrahman El Shirazy
  15. Dedaun Hijau Di Angin Lalu - Manaf Hamzah
Jangan lupa dapatkan buku-buku ini ya.

Jumpa lagi.

Monday 22 March 2021

BKH Legasi Abah - Buku Antologi Tim LA 8

Teks: As Samsudin
Foto: Tim Koordinator LA 8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Entri kali ini saya nak bercerita tentang buku antologi Legasi Abah tim LA 8 yang akan terbit pada April 2021 nanti. Dah tak lama kan.

LA 8 yang diketuai oleh Puan Norhafhizah Suliman menampilkan 33 orang penulis dengan 33 karya kisah abah dalam satu buku. Sangat teruja kan. Pastinya buku ini memuatkan 33 buah kisah yang sarat dengan pengorbanan dan kasih sayang seorang abah buat anak-anaknya. 

Kenangan bersama abah semestinya sebuah kenangan yang menjerut rasa. Lebih-lebih lagi pada mereka yang telah pun kehilangan abah tersayang. Nak tulis kisah abah tu, pasti mengalir air mata kan.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini ya.

Berita baik untuk semua.

Pra tempahan buku ini masih dibuka. Boleh hubungi saya ya untuk menjadi antara orang terawal memiliki buku ini.



Jumpa lagi.

Wednesday 17 March 2021

Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6

Teks: As Samsudin
Sumber: anakomak6.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik link untuk join :)

Menarik betul la giveaway ni. Kalau ada rezeki boleh shopping macam-macam ni. Haha... Ramai yang dah join, so As pun join sekali la.

Jumpa lagi.

Birthday Giveaway by Eksplorasilea

Teks: As Samsudin
Sumber: eksplorasilea.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik link untuk join :)

Masih ada masa untuk join Birthday Giveaway By Eksplorasilea. Jom la kita, mana tahu ada rezeki kan. Hehehe...

Tarikh penyertaan: 3 Mac - 22 Mac 2021.

Jumpa lagi.

Friday 5 March 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 8

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 8

Membina poster promosi.

Alhamdulillah, seperti yang diwar-warkan buku antologi kisah hidup Legasi Abah akan terbit pada April 2021. Jadi kami siswa siswi dari Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH) diberi tugasan demi tugasan dalam usaha untuk memulakan gerak promosi buku Legasi Abah.

Ini adalah kali pertama saya belajar membuat poster secara formal. Sebelum ini memang pernah buat poster tetapi sekadar mencuba mengikut kreativiti sendiri dan hanya belajar melalui carian google. Tapi kali ini kami diberi kuliah khusus oleh Pensyarah Norezlin Sulaiman dari Tim Multimedia UniKH.

Syukur sangat diberi peluang berada dalam UniKH dan berpeluang belajar dan meneroka sesuatu yang baru. Terima kasih kepada Puan Rektor dan semua tenaga pengajar di UniKH. Begitu juga dengan ahli-ahli tim LA 8 dan 12 kembar Legasi Abah, semuanya sangat supportive dan sudi berkongsi ilmu.

Semuanya sangat teruja untuk mempromosikan buku antologi kisah hidup Legasi Abah. Pra tempahan secara rasminya telah dibuka. Hubungi saya ya.



Nota:
Ilustrasi kaver buku bukan ilustrasi sebenar buku yang akan terbit. Hanya bertujuan promosi.

Jumpa lagi.

Wednesday 3 March 2021

Hargai Sahabat Selagi Ada

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sahabat...

Biar jauh di mata, biar lama tidak bersua, seorang sahabat tetap setia di hati menemani saat suka dan duka. Bersyukurlah andai kita dikurniakan seorang sahabat yang mampu menerima segala kekurangan dan kelebihan kita.

Tak pernah gaduh ke?

Kalau tak pernah gaduh tu bukan sahabat namanya. Hehe... Gaduh bukan bererti bertumbuk atau tarik rambut segala, gaduh ni lebih kepada berbeza pendapat dan merajuk manja-manja gitu.

Dulu zaman sekolah sahabat saya Zue dan Yati. Zaman belajar kat universiti, Zue masih setia di sisi, Yati pula akan berjumpa setiap kali raya. Dan sekarang, persahabatan kami masih tetap utuh seperti dulu. Pertemuan setahun sekali setiap kali raya.

Dan sejak pandemik, jumpa kat media sosial saja. Jadi lah kan...

Ini nama pena kami bertiga.

AsZueriYati

Hahaha...

Jumpa lagi.

Monday 1 March 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 7

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 7

Lantikan segera koordinator Promosi dan Pemasaran serta Komunikasi.

Tugasan kali ini memerlukan setiap Tim BKH Legasi Abah untuk berbincang di bilik tutorial bagi melantik enam orang koordinator mewakili setiap tim. 

Tiga orang koordinator Promosi dan Pemasaran serta tiga orang koordinator Komunikasi.

Semasa perbincangan di bilik tutorial yang lalu, saya menyoal diri sendiri. Berani ke ambil cabaran ni? Kalau nak dihitung dari segi ilmu dan kemahiran memang tersangatlah kurangnya. Jadi saya rasa lebih baik saya belajar daripada sahabat-sahabat yang lebih mahir dan berkebolehan. 

Sejujurnya, saya sedikit ketinggalan dalam menggali ilmu kali ini namun sebaik sahaja selesai urusan, saya kembali menyemak mesej-mesej di wasap dan juga telegram.

Saya sangat terharu melihat kesungguhan dan kerjasama di antara ahli tim. Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan koordinator Tim LA 8 di atas segala ilmu yang dikongsikan. Terima kasih juga di atas poster dan video yang disediakan.

Saya masih banyak kekurangan ilmu dan masih banyak lagi yang perlu saya pelajari Namun, saya amat berharap dapat sama-sama berganding bahu dan menyumbang untuk kejayaan projek BKH Legasi Abah ini. InsyaAllah.

Jumpa lagi.