Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sejak semalam aku tidak sihat. Sakit kepala yang teruk. Muntah pula lebih daripada 10 kali. Badan yang lesu terbawa-bawa sehingga ke hari ini.
Selera makan juga hilang. Jadi, pada waktu rehat aku hanya berehat di cube. Teringat blog yang sudah lama tidak kujenguk.
Ah, banyaknya sawang! Patutlah sunyi sahaja, trafik pun dah semakin kurang. Muram bagaikan hidup segan mati tak mahu.
Mood mereka poster buku semester 003 UnIKH masih belum hilang. Aku terus membuka aplikasi Canva. Tangan terus laju mengetik template.
Akhirnya, siap juga blog banner. Bibir menguntum senyuman. Blogku sudah berwajah baru. Nampak segar dan ceria.
Jemput singgah ya.
iammasitahsamsudin.blogspot.com.
Jumpa lagi.
Tu la lama x jenguk as kat sini.. :)
ReplyDeleteTu la kan, As pun dah lama tak jenguk ke sana. Lepas ni kena selalu-selalu jenguk blog kawan-kawan...
Deletedalam pada sakit kepala muntah2 tu pun sempat layan buat blog..hebat. Kalau ammi tak kuasa nak hadap apa2 dah selain tidur
ReplyDeleteMemang betul, As pun sama juga. Semalam memang letak telefon tu jauh-jauh. Hari ni As kerja macam biasa, masih pening tapi gagahkan diri juga.
DeleteWaalaikumussalam
ReplyDeleteAlhamdulillah
Semoga dipermudahkan segala urusan
Alhamdulillah, terima kasih Mil.
Deletesy pun sama on off blogging skrg as... btw suka lah font ni... leh tau x apa nama font?
ReplyDeleteThanks Kakmim sudi singgah sini. Font untuk page text ke kak? It's Josefin Sans.
Delete