Wednesday 7 July 2021

Siapakah Karyawan Tamu Dalam Antologi Lelaki Anugerah Terindah?

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ini saya melihat status pengkarya-pengkarya LA11 bercerita tentang keterujaan mereka menerima galei pdf Lelaki Adiwira Pertama yang turut memuatkan sebuah karya penulis tamu yang hebat iaitu Tuan Khairul Hakimin Muhammad (KHM). Tahniah buat semua pengkarya LA11.

Tak sabarnya nak tahu siapakah karyawan tamu untuk buku antologi Lelaki Anugerah Terindah pula.

Identitinya masih dirahsiakan namun yang pasti beliau seorang yang dikenali dan hebat dalam bidang yang diceburi.

Ada yang nak cuba teka ke?

Tak apa, kita sabar menanti ya. Sebelum itu, jom kita intai karya saya dulu.

Karya saya berjudul Dia Lelaki Luar Biasa. Mengisahkan tentang kenangan saya bersama ayah semasa kecil di Kampung Titi Serong, Parit Buntar Perak. Ayah yang sanggup berkorban masa dan tenaga serta bekerja keras demi mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Ayah juga sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan isteri dan anak-anaknya dan dalam masa yang sama mendidik kami ilmu dunia dan akhirat. 

Jom As belanja sedikit sedutan daripada karya ini.



Buku antologi ini merupakan buku swaterbit. Cetakannya akan mengikut jumlah tempahan. Jadi cepat tempah buku anda sekarang!

RM30 sahaja (tidak termasuk pos)


Hubungi As ya!
Jumpa lagi.

6 comments:

  1. Tahniah!
    Teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  2. Cantik kulit bukunya. Semoga As terus beroleh inspirasi untuk menulis 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Farrah. InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat banyak idea untuk menulis. Amin...

      Delete
  3. Semoga sukses, As, dalam dunia penulisan, dan tahniah! :)

    ReplyDelete