Saturday, 6 February 2021

Misi Mencari Kembar BKH Legasi Abah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Alhamdulillah, misi mencari kembar selesai juga akhirnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua karyawan dari LA 1 hingga LA 12 yang sudi menerima huluran tangan. Bila huluran tangan bersambut tu, senyum meleret sampai ke telinga.

Pernah juga tersilap menghulur tangan, tak kurang pula yang tersilap menyambut tangan. Ada yang sampai dua tiga kali berkembar yang sama. Alahai, kelakar pun ada. Nak buat macamana kan, teruja sangat sampai tersilap kira.

Itu baru kembar 12 kan. Dah kecoh satu UniKH. Bayangkan nanti bila jumlahnya berganda, mesti gamat punya. Jangan mak terus keluarkan rotan sudahlah!

Apa pun, inilah ukhwah dalam penulisan. 

LA 1 - Norlita Ishak
LA 2 - Haninah Salim
LA 3 - Ramlah Zailani
LA 4 - Kuzie Kudin
LA 5 - Dian Y
LA 6 - Norezlin Sulaiman
LA 7 - Noraihan Awang Noh
LA 8 - As Samsudin
LA 9 - Nur Rawaidah
LA 10 - Fatimah Rashid
LA 11 - Adia Airuz
LA 12 - Junainah Abdul Jalal

Jumpa lagi.

Thursday, 4 February 2021

Buku Pertama Saya!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dalam kesibukan dengan kuliah di UniKH dan tugasan untuk buku Antologi BKH Legasi Abah, ramai rakan dan sahabat penulis yang bertanyakan tentang buku antologi pertama saya. 

Memandangkan saya dengan penuh rasa teruja kerap kali menyatakan bahawa Legasi Abah adalah projek untuk buku antologi kedua maka, ramailah yang nak tahu tentang buku pertama kan.  

Buku pertama saya melalui projek BKH Kembar 10 merupakan sebuah buku antologi yang bertajuk Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan. Ia telah dilancarkan pada April 2019 yang lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur. 

Buku ini juga semestinya di bawah penulis tersohor negara iaitu Puan Sri Diah Shaharuddin. Seramai 15 orang penulis terlibat dengan 15 karya yang bertemakan Peluang Kedua

Inilah karya pertama saya!


Buku ini tidak dijual di mana-mana kedai buku ya. Kena beli terus daripada penulis. Masih ada beberapa naskhah lagi di tangan saya. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya ya. (0184044132).

Jumpa lagi.

Wednesday, 3 February 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 5

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 5

12 Tim Antologi BKH Legasi Abah

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah SWT yang memberikan ilham untuk menyiapkan tugasan BKH Legasi Abah.

Setelah selesai serahan manuskrip buku Antologi BKH Legasi Abah, perasaan gembira tu memang tidak terkata. Benarlah kata orang, dugaan untuk menulis bukan sedikit dugaan. Memang menguji mental dan fizikal.

Tambahan pula kita menulis tentang kisah hidup. Jadi sedikit sebanyak kita akan terganggu dengan emosi semasa penghasilan karya. Kena pandai kawal emosi kan. Walaupun banyak air mata yang keluar namun, mengalah tidak sama sekali.

Begitulah kisahnya demi sebuah buku Antologi BKH Legasi Abah. Projek yang amat istimewa ini sudah semestinya di bawah Rektor Puan Sri Diah Shaharuddin bersama Ketua Penyelaras Puan Nurul Asyikin Ngadiso. Barisan Tenaga Pengajar pula bukan calang-calang orangnya. Semuanya hebat dalam bidang masing-masing.

Tak kurang juga Ketua Kelas yang amat berdedikasi dalam menguruskan perjalanan anak-anak tim sehingga semuanya berjaya menyiapkan manuskrip mengikut masa yang diberikan. Saling sokong-menyokong antara tim juga amat utuh sekali. Tahniah!

Apa yang paling istimewanya di sini, ada 𝟏𝟐 𝐓𝐢𝐦 𝐀𝐧𝐭𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐁𝐊𝐇 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐛𝐚𝐡 iaitu LA1 hingga LA12. Bermakna akan ada 12 buah buku Antologi BKH Legasi Abah yang akan terbit serentak pada bulan April 2021 nanti.

Teruja tak?

Mesti teruja kan! Cuba bayangkan 12 buah buku Legasi Abah tersusun indah di rak buku kita. 12 buah buku yang melibatkan hampir 400 karyawan, memang sangat hebat penangan itu kan.

BKH Legasi Abah bukan buku biasa-biasa tau. Ia penuh dengan kisah penulis bersama hero pertama di hati kita iaitu seorang lelaki yang kita panggil abah, ayah, walid, pak, papa, daddy atau apa saja panggilan untuk mereka.

Dan semestinya kisah yang dipaparkan merupakan kisah yang penuh suka-duka, pahit-manis dan penuh dengan kisah tauladan. Pastinya kisah-kisah ini akan mengundang air mata pembaca.

Tak percaya?

Jom kita nantikan April ini dan setkan untuk memiliki semua karya dalam 𝐓𝐢𝐦 𝐀𝐧𝐭𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐁𝐊𝐇 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐛𝐚𝐡.

Nantikan!

As Samsudin
Legasi Abah 8

Jumpa lagi.

Throwback Running Event Turtle Runner

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Wah, semangat betul kan kalau bercakap tentang larian. Nak dijadikan cerita, post saya kelmarin tentang Pencen Berlari tu telah mendapat respon yang baik daripada kawan-kawan runner. Ada kawan-kawan yang bertanyakan tentang buku kisah hidup seorang Turtle Runner. Ala, dulu kan saya pernah war-warkan yang saya nak bukukan kisah larian saya.

Tapi projek tu masih dalam mimpi. Memang la impian saya nak bukukan tentang larian tapi nampaknya rezeki belum ada. InsyaAllah, suatu hari nanti kan.

Dan ada yang minta saya kongsikan pengalaman saya tu kat sini. Jadi, saya fikir okeylah jom kita buat throwback kisah-kisah larian saya dulu. Dulu-dulu pun memang ada saya kongsikan cerita larian saya kat sini. Tapi sampai pertengahan tahun 2018 saja. Lepas tu memang saya menyepi.

Okey juga kan kalau kita sambung balik cerita tu. Tunggu...!

Jumpa lagi.

Tuesday, 2 February 2021

Pencen Berlari?

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Okay, hari ini saya nak bercerita sedikit tentang dunia larian saya. Oleh sebab pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia, event-event larian memang tidak dapat diadakan. Ramai di antara kita yang kecewa kan. Tapi tak apa, anggap sahaja ada hikmah di sebalik semua ini.

Bukan sahaja tak ada event baru malah event yang telah dirancang sebelum pandemik ini pun ada yang telah dibatalkan. Tak kurang juga yang telah ditukar ke tarikh yang baru. Saya pun sebenarnya ada beberapa event yang telah didaftar awal, masalahnya saya sendiri pun dah tak ingat event apa dan apa status event-event tersebut.

Nanti lah bila ada masa, baru check balik email-email lama. Hehe...

Jadi, sepanjang tempoh kita bercuti dari sebarang event sebenar, ramai juga rakan-rakan pelari yang join Virtual Run. Saya pun ada juga join VR ni tapi bukan semua la. Pilih-piih juga. Itu pun masa tahun lepas. Tahun ni belum mengorak langkah lagi. Tunggu...! Tahun ni sibuk sikit dengan aktiviti-aktiviti lain. Nantilah bila dah free sikit baru nak fikir semula pasal  larian. 

Training?

Saya training manja-manja kat rumah saja. Buat work out serba sedikit saja. Sit up, star jump, squat, plank, lunges. Cukup dah tu! Haha... Itu pun time rajin, kalau time malas saya makan tidur saja. Hahaha..

Terdetik juga hajat di hati nak beli treadmill tapi itu la, kena fikir betul-betul. Takut nanti bila beli, sama juga tak ada masa nak berlari juga. Buat hiasan saja pula kan...

Apa pun, minat berlari tetap di hati. 

Selamanya Turtle Runner.

Jumpa lagi.

Monday, 1 February 2021

Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan

Teks: As Samsudin
Sumber: adindabaizuramazlan.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Jom la kita support kawan-kawan kita. Senang saja syarat dia.

Selamat bersegmen.

Jumpa lagi.


BKH Legasi Abah - Manuskrip Pertama Dah Hantar!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Submitted!!

Malam ni boleh tidur lena. Alhamdulillah.
Sekalung tahniah juga buat Tim LA8 dan semua pengkarya BKH Legasi Abah yang telah menghantar manuskrip.

Terima kasih buat Mak Sri Diah Shaharuddin, Puan Nurul Asyikin Ngadiso, Puan Norhafhizah Suliman dan sahabat penulis BKH Legasi Abah di atas segala ilmu dan dorongan. Teristimewa buat ayah dan keluarga tersayang, terima kasih daun keladi. Nanti bagi idea lagi!

Nota:
Ada yang merisik-risik buku antologi pertama saya. Baru merisik, terus dipinangnya. Alhamdulillah. Nanti bila berkelapangan, saya akan kongsikan tentang buku #bkhkembar10 di sini ya.

Jumpa lagi.