Foto: Carian Google & Koleksi Peribadi
Hari ini saya ingin memperkenalkan satu segmen baru di blog saya yang diberi nama "Kuali & Senduk Kayu As: Syoknya Memasak". Segmen ini wujud sebab saya memang suka memasak. Walaupun tak masak setiap hari tetapi minat memasak tu sentiasa di hati. Tapi saya tak kata yang saya ni terror bab-bab memasak ni cuma saya suka memasak yang ringkas-ringkas jer, sesuailah untuk mereka yang sibuk dengan kerja.
Segmen ini juga diharap dapat memberi inspirasi untuk semua. Yang mana sebelum ni kurang gemar memasak, lepas ni mesti rasa suka nak masak. Sebab resepi-resepi yang bakal saya kongsikan nanti merupakan resepi ringkas, mudah dan cepat disediakan. Memang sesuai untuk mereka yang baru balik kerja, terus masak dan sedia untuk dimakan.
Lagi satu nak beritahu, saya ni kalau memasak tak suka guna periuk segala. Saya akan menggunakan kuali walaupun masak kari. Pelik tak? Saya pun tak tahu kenapa tetapi itulah kenyataannya. Semua masakan saya menggunakan kuali. Bukan itu sahaja, saya juga akan menggunakan senduk kayu untuk mengacau masakan saya. Saya ada teori yang tersendiri iaitu sesuatu yang dimasak menggunakan senduk kayu pasti lazat. Teori ni boleh diguna pakai tau. Tak caya boleh cuba tengok. Hehe... So, sebab itulah segmen ini dinamakan Kuali & Senduk Kayu As. Ha... amacam? Istimewa kan?
Okeylah, jangan lupa nantikan resepi ringkas tapi lazat daripada saya. Dan yang pastinya, semua resepi ini adalah hidangan kesukaan saya dan keluarga.
Jumpa nanti ya.
Learning Is Fun T__T
No comments:
Post a Comment