Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Yeay.... apa yang ditunggu-tunggu dah tiba. Hadiah hari guru dah pun selamat sampai di tangan saya. Semestinya kali ini lebih istimewa. Hadiah dipilih sendiri oleh Irdina.... nak tahu hadiah apa? Jeng---jeng---jeng... Tara...inilah dia!! Novel Terima Kasih Cikgu karya novelis tersohor kita Norhayati Berahim.
Alkisahnya, saya beli buku ni masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hari tu. Beli satu saja la untuk koleksi sendiri. Bila Irdina tengok, dia kata dia suka dan dia nak hadiahkan buku tu untuk Cikgu dia. Jadi saya cakap okay la nanti saya order online dari NB Kara.
Saya belum baca lagi buku ni, tapi dari review yang saya baca di FB dan blog, buku ini bukan sahaja sesuai dibaca oleh pelajar tetapi juga ibu bapa dan guru-guru. Kira buku ni perlu dibaca dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
Saya kongsi sedikit sedutan daripada buku ini.
Semua yang mendengar ketawa. Begitu juga Rusdi yang tersipu-sipu malu mengetahui yang lelaki duduk di sebelah kirinya sebentar tadi adalah cikgu.
“Maaf, cikgu.”
“Hesy, tak payahlah panggil cikgu. Panggil pak cik. Kamu tak perlu ikut cakap Si Jimmy tu, sesuka hati dia saja nak panggil. Kadangkala panggil pak cik, kadang cikgu, kadang Mat, kadangkala Yatim. Pernah dia panggil pak cik, abang. Bila masa pak cik kahwin dengan adik dia, entah.”
Sekali lagi, semua yang mendengar guruan Cikgu Mat Yatim itu ketawa besar. Jimmy yang sedang menyuap bihun hampir tersedak mendengarnya.
“Hormatlah, Yatim. Aku panggil kau abang walau aku lebih tua daripada kau sebab aku tahu kau banyak ilmu daripada aku.”
“Ilmu apa yang aku ada?”
Tanya Cikgu Mat Yatim. Lebih separuh surau itu sudah dicat oleh mereka. Dia sangat puas hati. Bahkan kerja-kerja itu dilakukan dengan sangat berjaya sekali.
Kata Hasna, lepas cat kering nanti dia mahu menggantung langsir baharu. Langsir yang berbunga ros itu walau orang lain tidak pernah menggantungnya di surau, tetapi cantik dan kena dengan cat hijau surau itu.
“Banyak ilmu kau ada, ilmu dapat anak ramai. Aku anak dua orang saja, kau sampai tujuh.”
Kelakar Jimmy separuh mengusik. Riuh surau itu dengan suara-suara ceria dan gelak ketawa.
“Itu ilmu tak perlu dituntut. Itu bantai saja.”

Ha, best kan. Walaupun sedikit sahaja, tapi saya suka dengan gaya bahasa yang digunakan. Setiap ayat yang digunakan adalah ayat yang baik-baik dan penuh dengan ilmu. Bak kata penulis buku ini,
Seorang guru bukan kerjanya menghias kelas sahaja..
Tetapi seorang guru cuba membantu anak anak muridnya menjadi baik..
Seorang guru sentiasa memberi makanan dijiwa anak anak muridnya..
Seorang guru tidak pernah berkata "asyik asyik nak suruh cikgu.."
Bahkan Cikgu Mat Yatim guru yang sentiasa menerima apa sahaja masalah murid untuk dibantu kerana dia menganggap itu pahala buatnya..
(sumber: Facebook NB Kara)
Jadi, kepada sesiapa yang ingin memiliki buku ini bolehlah beli terus daripada pihak NB Kara. Hadiahkan Guru anak-anak anda untuk menghargai segala jasa dan penat lelah mereka mendidik anak-anak kita.
PM di NB Kara Sdn. Bhd.
RM23/26 postage percuma.
Bayaran boleh dibuat melalui Maybank Norhayati Berahim 164267408855.
Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi.
Adios!
No comments:
Post a Comment