Friday, 19 June 2015

02 Ramadan 1436H

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ini 02 Ramadan... di hari Jumaat, Penghulu Segala Hari. Terasa damai sekali suasana di sekeliling. Sunyi sepi lain dari kebiasaannya. Manusia dan alam bagaikan sehati dan sejiwa, masing-masing menghargai dan menghormati bulan Ramadan yang mulia.

Bercakap perlahan, berjalan perlahan, dan kadang-kadang hanya senyuman yang melahirkan kata-kata. Sehinggakan masa turut berlalu begitu perlahan sekali. Berbanding dengan waktu-waktu sebelumnya yang terasa begitu cepat berlalu. Tapi ah, apalah salahnya. Sekurang-kurangnya dapatlah kita menikmati Ramadan yang penuh barakah ini.

Alam jua bagaikan turut terhenti. Angin hanya bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon-pohon nyiur tidak galak melambai mesra. Kaku. Bisu. Cuaca mendung bagaikan merahmati insan-insan yang berpuasa. Seawal pagi hujan sudah pun turun membasahi bumi. Menyejukkan mereka yang bakal keluar mencari rezeki.

Alhamdulillah. Kupanjat syukur pada ilahi. Atas rahmat yang tidak berbelah bahagi ini. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Salam Ramadan.

No comments:

Post a Comment