Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
JOM PI RONDA!!
Saya kalau bab jalan-jalan, ronda-ronda cuci mata, window shopping... saya memang suka. Tak payah ajak ramai-ramai... sorang-sorang pun jadik. Heheh...
Kali ini saya nak pi ronda kat Sunway Putra Mall sat. Nak tengok apa yang ada kat sana. Sunway Putra Mall ni terletak kat Jalan Putra Kuala Lumpur, berhadapan dengan PWTC saja. Shopping Mall yang connected dengan Sunway Putra Hotel dan Stesyen Putra LRT.
Dah nama pun shopping mall kan, so macam-macam la ada kat sini. Macam-macam brand ada, semua shop pun saya masuk belek. Sebenarnya, saya kalau pi tempat-tempat macam ni, saya suka cari something yang 'rare'. Jom kita tengok apa yang menarik minat saya kat sini.
KAISON
Aha, mata saya dah terpandangkan Kaison. Terujanya saya!! Saya ni kira minat giler la dengan interior design. Tambah-tambah lagi kalau english cottage ni. So kat sini boleh jumpa macam-macam perhiasan rumah yang best-best, barang-barang yang sempoi gitu. Ada banyak yang saya suka tapi boleh tengok sajalah. Tak beli pun sebab susah nak bawa balik. Tapi takpe, lain kali kita mai borong. No problemo lah!!
Tapi kalau tak beli apa kira cam tak best pula kan. So saya beli barang-barang yang kecil sajalah yang senang nak bawa balik. Selamat dah hias kat mini library saya, D' Rauna Gallery tu. Ha nampak tak saya beli apa..? Ha betul la tu...yang tu la... ekeke...
CAPTAIN AMERICA CIVIL WAR
Kebetulan hari tu ada show sempena filem Captain America Civil War. Ada banyak replika watak-watak terkenal filem tu. Cam best pulak... so saya stop sat kat situ cuci-cuci mata. Budak-budak suka la sebab boleh bergambar dengan Batman Superman semua... macam-macam aksi dan gaya. Memang menghiburkan! Eh, eh! Yang hujung tu muka cam Shah Rukh Khan la. Hahah~
Pastu ronda-ronda lagi kat atas sampai lah jumpa area ala-ala Street Market ni. Yang ni memang saya suka sangat. Ini baru rare!! Terjumpa pula kedai buat plate... terus jatuh hati. Nanti memang nak buat gak plate ni untuk D' Rauna Gallery. Nanti-nanti la... renovate rumah dulu. :)
Jomlah balik dulu. Hari dah lewat... lewat-lewat nanti bahaya pulak sorang-sorang. Kan. Lain kali ada masa kita mai lagi.
Adios!
No comments:
Post a Comment