Friday, 16 December 2016

Day 3 Hatyai: Lunch Nasi Komok Di Kai Tod Daycha & Seafood

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Hari ni bangun lewat sikit. Bermalas-malas dulu sebab kejap lagi nak terus check out. Nak pi jalan-jalan cari makan... nak pi jalan-jalan shopping...

Dalam pukul 10am macam tu weolls check out. Ambil Tut Tut terus gerak ke Hatyai Town. Macam biasa Tut Tut THB20 yea. Tapi hari tu dapat uncle driver tu... dia siap bawa pusing pi fetch wife dia kat market pastu baru pi hantar kami. Masalahnya dia macam tak tau kami nak pi mana dok pusing merata. Alih-alih kami lak suruh dia berenti ja kat tepi jalan tu... and kena bayar THB40 sorang... haih... nasib baik uncle.... sedekah jer la....

Weolls terus pi kat kedai yang ambil tiket balik tu. Simpan semua beg kat situ. Sebab weolls nak pi jalan-jalan lagi. Van gerak balik pukul 4pm. Sempat la kami meronda dulu. Destinasi pertama sudah tentulah cari tempat makan. Ramai yang kata kalau pi Hatyai kena try Nasi Komok kat Kai Tod Daycha & Seafood. So, jom la kita pi try!

[NASI KOMOK]

Nasi Komok ni sebenarnya nasi kuning yang dihidang bersama sup kosong, ayam goreng dan sos, acar timun dan ulam-ulaman. Nasi Komok kat sini memang sedap, nasinya lembut... kalau makan macam tu saja pun sedap. Ditambah pula dengan ayam goreng nya yang rangup. Tapi ayam goreng kat Hatyai ni memang dah terkenal dengan kerangupan dan kesedapannya. Kalau pi kat Danok tu pun dah boleh jumpa ayam goreng yang sedap cenggini.



Pertama kali cuba Nasi Komok memang saya suka. Boleh mai makan lagi lain kali. So uolls kalau ke Hatyai bolehlah cuba Nasi Komok kat Kai Tod Daycha & Seafood.

Jom kita pi Jalan-Jalan Hatyai Town pula.

Adios!

2 comments: