Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dah lama tak berhiking. Terasa rindu pula. Dulu seminggu sekali mesti nak selit training di Tokkun Hill. Kadang-kadang guna route jalan tar dan kadang-kadang guna trek bukit. Kedua-duanya mencabar tapi kalau nak lebih kepuasan kita guna trek bukit lah.
Training bukit ni bagus untuk kuatkan kaki dan paha. Lebih-lebih lagi untuk runner-runner macam saya ni. Kalau dapat buat seminggu sekali pun dah cukup sebenarnya. Tapi sekarang ni masa memang tak cukup nak pi naik Tokkun, cuma sempat training bukit Hi-Tech saja. Haha... acah2 bukit juga tu. Tapi memang padu lah naik Hi-tech pun. Pantang curi tulang berenti sat jaa pon...coach dah tempikk! Haha... ya ampun...
Hike kat Tokkun ni kalau pi ramai-ramai memang best. Tapi kalau ada geng dua tiga orang pun dah okay sebenarnya. Nanti kat sana masa nak naik tu mesti terserempak dengan geng-geng lain. Kalau kita slow, follow saja belakang depa. Kalau kita laju sikit, depa lak follow belakang kita. Dah jadi macam satu geng pula.
Sebab tu lah adanya caption;
Runner... Hiker...
Kita Semua Bersaudara.
Sama-sama hike...sama-sama sampai ke puncak. Betul kan.... :D
Yang penting ada aktiviti. Kan...
So uolls semua kalau ada masa tu, pergilah hiking kat mana-mana yang sesuai. Dekat atau jauh tak kisah, yang penting pengalaman yang kita dapat tu cukup berharga sebenarnya.
Selamat Berhiking.
Much💗,
Selamat berhiking
ReplyDeleteTerima kasih...
DeleteRajinnya sis berhiking.. aktiviti riadah yang ohsem..
ReplyDeleteSekali sekala jaa...tapi tu la...asyik nek Tokkun jaa. Tempat lain belum ada peluang nak pegi...
Delete