Monday 26 September 2022

Selamat Datang ke Sem003 UniKH

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana diberi peluang dan kesempatan untuk turut serta dalam Sem003 Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UniKH).

Sebagai alumni UniKH, semestinya saya tidak akan melepaskan peluang untuk terus menimba ilmu dan memantapkan lagi ilmu penulisan dari semasa ke semasa.

Rektor UniKH, Puan Sri Diah Shaharuddin sememangnya sudah tidak asing lagi dalam perjalanan dunia penulisan saya. Saya mempunyai nilai sentimental bersama Mak Sri yang  amat manis untuk dikenang.

Kenapa?

Kerana mak, saya berjaya memeluk buku pertama saya dan juga berjaya mencipta sejarah peribadi di atas pentas utama PBAKL 2019.

Saya pernah belajar ilmu penulisan bersama mentor yang lain namun maklah orangnya yang berjaya menjentik hati saya untuk menulis buku dan menjadi titik permulaan kejayaan saya pada hari ini.

Mungkin kejayaan saya ini tidaklah sehebat anak-anak mak yang lain namun inilah momen indah yang akan saya kenang selagi hayat dikandung badan.

Terima kasih mak.
Terima kasih para pembimbing UniKH.
Terima kasih sahabat pengkarya semua.

Selamat Maju Jaya dan semoga kita semua lulus dengan cemerlang dalam semester ini.

As Samsudin
BKH Kembar 10
BKH Legasi Abah
Antologi Karau Rindu
BKH Jodoh Cinta

#Sem003assamsudin
#UniKH

Jumpa lagi.

4 comments: