Monday, 19 May 2014

Cucuq Lenggang Bergula Warisan Bonda

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wah, terasa seperti satu kepuasan lah pula bila dapat berkongsi resepi-resepi kesukaan sendiri. Mungkin resepi saya ni biasa-biasa sahaja, kata orang tak glamer gitu tapi tak apalah, yang penting niat di hati ikhlas ingin berkongsi :)

Resepi Cucuq Lenggang Warisan Bonda ni cucuq kesukaan ayah saya. Jadi selalulah kami adik beradik dapat makan cucuq ni. Amat sedap dimakan sewaktu ianya masih panas. Kadang-kadang saya tak suka ianya digulung. Lepas masak je terus masukkan dalam pinggan dan makan. Hmm, terliaur dah ni. Hehe...

Okeylah, kita terus sahaja ke resepinya.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
secubit garam
gula

Cara-caranya
  1. Masukkan semua bahan kecuali gula ke dalam bekas. Kacau rata sehingga sebati. Kalau nak senang, masukkan kesemuanya ke dalam blender dan kisar. 
  2. Panaskan kuali, sapu sedikit minyak. Tuangkan sesenduk bancuhan tadi. Ratakan dengan menggunakan belakang senduk.
  3. Taburkan gula secukup rasa.
  4. Apabila masak, letakkan ke dalam pinggan dan gulung.
  5. Sedia untuk dihidang.
Dah siap... senang sahaja kan. Sesuai untuk dimakan sewaktu sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga tersayang. 

Selamat Mencuba ^__^

2 comments:

  1. Ringkasnya bahan dia. Boleh cuba ni. Nak tanya, bentuk macam ni orang panggil cucur jugak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, simple jer kan. Cubalah....
      Haha...klu tak panggey cucuq nk panggey apa eh..? Klu panggey kuih mcm pelik la...:P

      Delete