Thursday 21 August 2014

Majlis Hari Raya Kelab Alaf21

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 17 Ogos yang lalu, Kelab Alaf21 telah mengadakan Majlis Hari Raya Adilfitri bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Majlis yang pertama kalinya ini diadakan bukan sahaja untuk meraikan ahli kelab yang juga pembaca setia novel Alaf21 tetapi juga turut mengumpulkan para novelis dan editor Alaf21.

Majlis ini bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Semua yang hadir bergaul mesra bagaikan sebuah keluarga. Kemesraan yang terjalin antara pihak karangkraf, novelis, editor dan ahli kelab Alaf21 membuktikan bahawa terdapat hubungan yang erat antara satu sama lain sejak sekian lama.

Dalam majlis yang sama, Presiden Kelab Alaf21, Encik Norden Mohamed mengumumkan bahawa Majlis Hari Raya ini akan dijadikan majlis tahunan kelab. Dan perjumpaan ahli kelab akan diadakan empat kali setahun. Wah, memang menarik.

Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada pihak Karangkraf terutamanya kepada team Alaf21, para editor dan novelis kerana sudi meraikan kami pembaca setia novel-novel Alaf21.

Semoga bertemu lagi ^_^

6 comments:

  1. Bestnya...
    Bilalah saya boleh jalan-jalan macam As. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom lah jadi ahli kelab Alaf21. Cuma RM30 untuk 3 tahun, ada mcm2 aktiviti tau. Yg bestnya aktiviti bkn shj ngan ahli kelab tp juga ngan novelis dan editor. Jomlah join...

      Delete
    2. Wah murahnya yuran kelab. Nak joinnya kena daftar kat mana? Nak tengok sat. Tapi kalau depa buat aktiviti, saya tak pasti boleh join ke tak. Saya jauhhhhh. T_T

      Delete
    3. Kena daftar dulu. Check kat link bawah ni.

      http://www.kelabalaf21.com/p/permohonan-ahli.html

      Aktiviti tu kalau boleh join, kita join la. Kalau ada urusan lain, xpe... tggu aktiviti yg seterusnya. As pun dok jauh. As kan kat Kulim kedah ni...

      Delete
  2. hi. Masitah. terima kasih sudi hadir. nanti ke bowling ye. akk share ye posting menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Laila Kamilia, terima kasih sudi singgah blog saya. Semoga berjumpa lagi :)

      Delete