Wednesday 18 February 2015

Mood Republik Tour Penang 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: instagram.com/moodrepublik


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berita baik untuk orang-orang utara. Persidangan Perhimpunan Agung Kuasa Besar Online Entrepreneurs Malaysia akan menyerang Penang Sabtu ini, 21 Februari 2015 kat Straits Quay Convention Centre Tg Tokong Penang. Hahah... apakah itu? Ha kalau nak tahu inilah festival No 1 terbesar yang julung-julung kalinya diadaakan kat utara ni. 

Semua maharani-maharani ikon fesyen online meletop Malaysia bakal menemui anda. Dikhabarkan seramai 150 entrepreneurs paling digemari Malaysia akan bersidang. Ya, siapa yang tak kenal dengan Calaqisya, Radiusite, Aidijuma, Minaz, Rina Salleh Clothing, Zawara, Allya Mysara, Blossom Box Store, Sugarscarf, Jubah Souq, Tudung People, Pudore, Edast, The Morata, Benang Hijau, Fana Couture, Hijria Home, Qaira Hijab, Jelita Sara, Tudung Ruffle, Farah Iskandar, Imaan Boutique, The calashoes, By Fatin Suhana, Leuniey Natasha, Telekung Siti Khatijah, dan banyak lagi lah. 


Event ni akan bermula jam 10pagi hingga 12 tengah malam. 14 JAM penuh sensasi untuk kita semua menerpa pelbagai koleksi busana lelaki, wanita, aksesori, bunga bungaan, sepatu, seleksi makanan, dan banyak lagi dalam misi melicinkan segala stok. Yang pastinya Harga Berani Mati!!!

Bukan itu saja... dengaq cerita CEO depa nak bagi cash RM100 dan RM50 untuk 50 orang yang beratur paling awal di muka pintu masuk SQCC hall nanti. 3000 Goodies beg ekslusif pulak akan di beri kepada 3000 yang terawal datang! Wah, ini memang gila!!



Ada lagi... Mood Republik siap buat VIP contest lagi kat instagram. Sape nak menang hadiah memang kena join contest ni. Pemenang pertama akan dapat penginapan 1 malam, di resort mewah ala bali di Batu Feringgi bernilai RM1K ++ semalam, beserta sarapan untuk 2 orang, Goodies Bag RM 1000 terisi big big brands punya koleksi ekslusif la kan, dan masuk awal sejam ke Dewan Prestij Straits Quay Convention Centre pada hari Sabtu tu nanti. Ha habaq sat sapa yang tak mau tu??

Pemenang kedua dan ketiga pula akan dapat goodies beg RM 1000 serta dapat masuk awai 1 jam hari tu. Hahah...ini memang rare tak hingat. Ketiga tiga pemenang boleh bawak mai 10 orang lagi rakan masuk awai! Aduhai, Gila ke gila?. Nak menang ke tak nak menang? Simple kan? Pap pap pap dah boleh menang! Adoi la....

Memang meletop kan? Jadi ayuh warga Sg Petani, Kulim, Aloq Setaq, Kangaq, Arau, Jitra, Ipoh, USM, UUM, UNIMAP, dan tentunya seluruh warga PENANG!!! Korang dah ready ke belum nak serbu Mood Republik Tour Penang Sabtu ni? Ala... tak yah pikir panjang-panjang lah. Kita redah jer pagi-pagi buta tu okey? Siapa yang tak datang memang rugi tau!!

Haha...amboiii....bukan main excited lagi kita noo. Bukan apa, hari Sabtu tu nanti kan ada dua tiga lagi event besar kat Penang tau. Ada Hot Air Balloon Fiesta kat Padang Polo, ada Penang Dos Festival kat Botanical Garden.... Jadi memang confirm jammed. So plan baik-baik supaya kita tak terperangkap dalam kesesakan. Kalau dah sampai Straits Quay, dah beratoq depan pintu masuk SQCC tu, kira tak pa dah la kalau dia nak jammed pun kan. Hehe...



3days to go. Ya... lagi 3 hari jer tau.... Tobat kena pi ni...

Ini memang rare!!

See u all there!!

Adios.

No comments:

Post a Comment