Wednesday, 7 October 2015

Cabaran Instablog EFGKBBA Day 5 - Drama Tv/Movie Feveret

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okey, cabaran diteruskan untuk hari ke-5. Walaupun tarikh tu dah lari jauh... jenuh pulak nak ligan tapi ceq dah biasa join marathon... so alah biasa tegal biasa. Cewahh...

Tajuk kali ini nampak macam senang tapi jenuh gak nak memikir. Apa tajuk yang senang tapi jenuh nak memikir tu..? Inilah dia, jom kita tengok...

"Drama Tv/Movie Feveret"


Sebab apa saya kata jenuh nak memikir? Sebab saya jarang tengok tv.... kecuali program feveret saya. Itupun lepas habis jer program yang saya suka tu, terus tutup tv. Selalunya saya akan tengok game bola sebab saya ni kaki bola. Tapi bola kira dah lari dari tajuk kan.

So, okeylah jom kita tengok Drama Tv/Movie apa yang menjadi feveret saya.

1. Hindi Movie - ini memang menjadi kegilaan saya. Oleh sebab rumah saya tak ada astro jadi hari Sabtu pukul 2pm TV3 dan hari Rabu 10pm TV2 memang kira tv tu saya punya. Saya paling suka tengok action movie yang lawan-lawan, tembak-tembak. Love story pun suka juga la. Antara movie yang saya suka:





2. Empress Ki - Drama dari Korea Selatan yang disiarkan di Channel 8 hari Sabtu pukul 10:30am. Saya suka gila kat drama ni. Ia merupakan Drama Korea Terbaik dan Popular 2014. Drama ini berkisah tentang Ki Seung-Nyang, seorang wanita kelahiran Goryeo yang diangkat untuk berkuasa dan lari dari sistem kelompok zaman, Dia kemudiannya berkahwin dengan Kaisar Huizong untuk menjadi permaisuri dari Dinasti Yuan, bukannya cinta pertamanya Yoo Wang yang masih ia cintai. Seri ini menggambarkan kisah cintanya dan ambisi politiknya yang terbelah antara kedua negara.



3. Drama dan Filem Melayu - Drama melayu biasanya dari slot Akasia TV3. Ada banyak gak yang best-best. Kalau filem pula saya suka filem Balistik lakonan Datuk Rosyam Nor dan Rita Rudaini.



Cukup dah tu... jarang tengok tv tapi banyak pulak feveret drama dan movie. Hahah~

Jumpa lagi nanti :)

2 comments:

  1. Waa suka gak citer kaho naa pyaar hai tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,,. ulang2 tengok pun still boleh nangis...

      Delete