Thursday, 4 August 2016

Travel Dari Butterworth Ke Hatyai

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Jom kita pi travel ke Hatyai!


Kalau dari Butterworth sebenarnya ada banyak cara nak pi ke Hatyai. Nak ambil public transport pun boleh, nak drive sendiri masuk Hatyai pun boleh, nak drive sampai Bukit Kayu Hitam then park keta kat sana pun boleh, masuk jer nanti ambil van kat Danok tu pi Hatyai. Pendek kata ada macam-macam cara la kalau nak pi Hatyai tu.

Tapi kali ini saya ngan Lina plan nak pi naik bas saja dari Butterworth terus ke Hatyai. We all beli tiket bas kat Butterworth aka jetty, iaitu dari Syarikat Hee Enterprise. Harga untuk satu hala RM38 sahaja. Actually, masa beli tu bukan tiket bas tapi tiket van. Siap pesan kata nak van yang besar tu tak mau van kecil nanti tak selesa. Alih-alih malam nak pi tu dia call bagitahu van tak jalan, bas saja ada sebab ramai. Bas pun bas lah, janji sampai Hatyai. Mana tahu naik bas lebih selesa dari naik van sebab tempat duduk memang besar dan luas.

Ini tiket bas kami.


Kami bertolak dari Butterworth pada pukul 6am. Sepanjang jalan singgah ambil penumpang sampai penuh lah satu bas tu semua nak pi Hatyai. Dalam ramai-ramai tu kami dua ja Malay, yang len suma chinese. Tapi yang bestnya, depa semua jaga kami tau... maklumlah...pretty girl... nanti hilang susah pula kan. Hihihi...

Walaupun yang ada dalam bas tu tak kenal satu sama lain, sebab masing-masing beli tiket masing-masing..ada yang pi dengan kawan, family tapi terasa macam pi satu rombongan bas pula sebab kami semua rasa selesa antara satu sama lain.

Sebelum masuk border, kami singgah breakfast kat tempat duty free kat Bukit Kayu Hitam tu. Ada macam-macam gak jual kat situ tapi saya makan roti saja. Kat tempat tu memang sesak juga. Ada yang nak beli insurans kereta, ada yang nak cari sim card Thailand, ada yang baru sibuk nak isi borang. Macam-macam la...

Selesai makan, kami teruskan perjalanan. Memandangkan hari tu Sabtu, cuti sekolah pula tu... kami tak masuk melalui border Bukit Kayu Hitam sebab sesak teruk. Kami masuk melalui Padang Besar. Kat imigresen pun sama, memang sesak teruk. Masa sampai tu dah ramai sangat yang berkumpul, dah la panas. Nasib baik pihak bas kesian kat kami, kumpul semua passport dan suruh kami tunggu dalam bas. Tak perlu nak bersesak-sesak, depa tolong pi settle dengan pihak Imigresen. Ok la... kami ikut ja...

Sepanjang perjalanan ke Hatyai jalan okay juga la. Tempat-tempat tertentu saja yang banyak kereta. Kami selamat tiba kat Hatyai town kira-kira pukul 11.30am waktu Thailand. Siapa yang tinggal kat hotel-hotel tertentu terutamanya area town, bas akan hantar terus kat area hotel. Wah, memang servis tip top. Kami pula turun kat Hatyai town sebab hotel kami masuk ke dalam sikit. Kena amik tut tut pi sana. Tapi tak pa, no problemo.

Alhamdulillah, yang penting selamat sampai ke Hatyai. Nantikan cerita kami di Hatyai dalam entri seterusnya - Day 1 Salma Restaurant.

Adios!

2 comments:

  1. eh , ambik bas kat butterworth . org mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Kulim...
      Tu la td singgah blok awa... bc psl boat noodle tu. Terfikir gak nk tanya dok mna.
      Hihi...

      Delete