Friday 22 January 2021

Bengkel Kisah Hidup Pulau Pinang

Teks: As Samsudin
Foto: BKH_Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu tiba jua.

Esok. Ya, esok!

Kami dari BKH Pulau Pinang akan bertemu secara maya bersama idola penulisan yang tidak asing lagi iaitu Puan Sri Diah Shaharuddin. Sesi Ramah Mesra ini juga bakal diselitkan dengan suatu tajuk perbincangan yang amat istimewa.

“Mengapa Aku Menulis?”

Walaupun bengkel penulisan yang dirancang sejak September tahun lepas terpaksa ditunda beberapa kali akibat pandemik Covid 19 namun kami semua tetap bersabar menunggu. Masanya pasti tiba. 

Begitulah lumrah hidup, kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah swt adalah sebaik-baik perancang. Apapun, pertemuan yang bakal berlangsung ini sedikit-sebanyak diharap dapat menyuntik semangat kami untuk berkarya.

Terima kasih kepada Ketua Penyelaras Marwani Ridzuan dan AJK Penyelaras BKH Pulau Pinang yang bertungkus-lumus dalam memastikan program ini terlaksana. Segala usaha dan penat lelah kalian amat saya hargai.

Kita jumpa esok!

#BKH_PulauPinang 
#sedangcabardiri 
#AsSamsudin 
#AsMenulis 
#MisiPenulisan2021 
#bukuantologi

Jumpa lagi.

4 comments:

  1. Wah ada bengkel lagi. Mesti dapat belajar macam-macam ni. Semoga dipermudahkan segala urusan As ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tapi bengkel sebenar masih tertangguh sebab Covid ni. Kali ni sesi ramah mesra saja dulu...
      Alhamdulillah, amin... terima kasih Eza...

      Delete
  2. All the best As...cerita legasi abah tu permulaan As menulis ye...cantik susunan ayatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak... antologi Legasi Abah tu projek kedua. Dan BKH Pulau Pinang ni projek ketiga... InsyaAllah...
      Sebelum ni dah ada satu buku antologi bertemakan Peluang Kedua...tahun 2019...

      Delete