Wednesday 20 January 2021

Universiti Inspirasi Kisah Hidup

Teks: As Samsudin
Foto: BKHLegasi_Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Universiti Inspirasi Kisah Hidup?

Legasi Abah?

Saya nak!!

Ya Allah, terujanya rasa. Saya sudah banyak ketinggalan, tapi kali ini saya akan pastikan saya tersenarai juga. Pendaftaran sudah dibuat, tapi kenapa saya tidak menerima emel tawaran?

Tidak sudikah Mak Sri menerima saya sebagai anak muridnya lagi?

Marahkah Mak Sri pada saya?

Ya, saya tahu. Saya bukan anak yang baik. Bukan anak yang taat. Saya kecundang di tengah jalan, saya patah semangat, saya lalai, saya leka. Tapi saya tidak pernah melupakan mak dan impian saya. Saya tidak pernah berhenti mengintai mak di Facebook. Malah status mak saya set See First. Saya baca semua status mak, secara senyap...

Setiap hari wall facebook saya penuh dengan cerita tentang Legasi Abah. Gembiranya mereka lalu-lalang tanpa sedar ada hati yang tersiksa. Saya membuka emel lagi. Saya periksa kalau-kalau ada emel dari tim Legasi Abah tapi hampa. Tak cukup di telefon, saya buka pula di laptop saya. Namun tetap tidak berjumpa apa-apa. Adakah pandangan saya sudah terhijab atau pun memang tiada emel untuk saya?

Bila saya terbaca status mak secara umum meminta periksa emel takut ada yang terlepas pandang, hati saya terdetik, mesti ada yang tak kena ni. Mak mesti tahu ada emel yang telah dihantar namun tidak mendapat respon yang sewajarnya. Jika tidak mana mungkin mak memuat naik status sebegitu. Saya kembali memeriksa inbox saya. Tetap sama!

Ah, tak boleh jadi ni!

Saya menghubungi kembali Ketua Penyelaras Projek #BKHLegasi_Abah, Puan Nurul Asyikin Ngadiso.

"Salam Puan. Lepas daftar kena tunggu emel apa-apa daripada Mak Sri dulu ke?"

Dan jawapan yang diterima amatlah menggusarkan hati saya. Saya baru satu langkah, baru daftar, ada banyak langkah lagi yang belum saya ambil sebelum saya diterima masuk ke dalam bilik kuliah. Terasa jauh saya dari BKHLegasi_Abah tapi dalam masa yang sama, saya yakin tim Legasi Abah tidak akan menghampakan saya.

"Mohon taip perkataan `legasi' di search jika tidak menerima sebarang emel." Pesan Puan Nurul Asyikin lagi.

Ya, betul juga kan. Cepat saja saya membuka kembali emel dan melakukan seperti yang disyorkan. Dan, benar bagai dijangka.

Tudia, tiga hari lepas!

Terasa ingin melompat sampai ke bintang. Gembiranya rasa seolah-olah baru pertama  kali dapat masuk universiti. Dulu masa dapat masuk ke USM pun tak terasa nak melompat sampai ke bintang tapi kali ini gembiranya lain macam. Dan dalam masa yang sama perasaan takut tu tetap ada. Takut kerana sedar dengan keupayaan diri dan tak yakin mampu berjalan seiring dengan anak-anak mak yang lain. Dan yang paling saya takuti adalah rotan mak. Ya, mak dan rotannya!

Alhamdulillah, terima kasih mak kerana sudi menerima saya sebagai salah seorang dari tim BKHLegasi_Abah. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya terus menggali ilmu dan memperkukuhkan lagi ilmu penulisan dalam diri. Terima kasih juga kepada Puan Nurul Asyikin kerana banyak membantu memudahkan urusan saya.

Impian saya masih belum tercapai. Namun tanpa kesungguhan, impian saya cuma tinggal sebuah mimpi, mimpi yang takkan bermakna. Doakan saya dapat graduasi dengan cemerlang ya. 

InsyaAllah.

Jumpa lagi.


8 comments:

  1. tahniahnyer.. 😎😎😎😎😎😎😎

    ReplyDelete
  2. Tahniah As. Boleh daftar lagi ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fyda. As tak pasti boleh daftar lagi ke tak, tapi Mak Sri baru jer tambah satu lagi grup. Rasanya ada peluang lagi tu... Jom la join sekali...

      Delete
  3. InsyaAllah, semoga As terus cemerlang dalam bidang yang diceburi. Yakin boleh. You can do it As. Tahniah tersenarai masuk! Langkah pertama sudah dilepasi. Horey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, As akan cuba untuk mencapai impian yang satu. Nak tulis buku solo... nanti jangan lupa bagi komen dan idea ya. Eza pun banyak ilmu penulisan kan...
      Alhamdulillah...

      Delete