Wednesday 28 May 2014

Puisi Rindu Buat Kekasih

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google


Puisi Rindu Buat Kekasih

Sayang
Bila kau tiada
Aku rasa kehilangan
Rasa kesepian
Terasa kekosongan

Sayang
Bayangmu di mana-mana
Wajahmu melayari minda
Sedih hatiku bila kau tiada

Sayang
Aku mulai rindu
Rindu mendengar suaramu
Rindu menatap wajahmu
Rindukan senyumanmu yang mahal itu

Sayang
Pulanglah
Aku menanti kehadiranmu
Kita melangkah bersama
Mata bertaut mesra
Penuh bahagia.

Sayang...
Sungguh...
Aku rindu padamu...!

As Samsudin
28 Mei 2014
Jam1630


4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. Tapi tadi dah edit sikit part yang last tu...:)

      Delete
  2. Assalamualaikum, singgah baca puisi di sini. Teruskan menulis. Mana tahu satu hari nanti dapat kumpulkan jadi kumpulan puisi pula.

    P/S: Sudahkah membaca buku saya? Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM 2014. Jika berminat boleh dapatkan daripada saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Sekian, terima kasih.-Daripada seorang penulis baru untuk mencetuskan inspirasi dan motivasi berkarya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya dan membaca hasil tulisan saya. Terima kasih juga atas sokongan, InsyaAllah saya akan terus menulis.

      Saya sudah pun menjenguk blog saudara sekali lalu, sebuah blog yang amat menarik dan penuh dengan pengisian mantap. Saya akan berkunjung lagi apabila punya waktu yang terluang.

      Sejujurnya, saya baru mengetahui tentang buku saudara. Tahniah kerana bergelar penulis. Semoga terus maju.

      Salam Sejahtera.

      Delete