Friday 13 February 2015

Entri Pertama Di Tahun 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat Tahun Baru 2015. Ini adalah entri pertama saya untuk tahun ini. Nampaknya kekangan masa begitu teruk melanda saya sehinggakan tidak punya waktu yang cukup untuk menulis di sini. Apatah lagi untuk mengintai-intai blog teman-teman searena.

Januari yang pergi, jika ingin diimbas kembali, saya begitu sibuk menguruskan itu dan ini. Jika dikaji ianya tak lebih dan tak kurang hanya suatu rutin harian namun masa begitu pantas berlalu. Tidak perlulah dipersoalkan kenapa cepat ia berlalu kerana sebagai seorang insan, kita tahu dan kita sedar inilah petanda bahawa dunia sudah terlalu tua, masa sudah terlalu singkat.

Walau apa pun, matlamat dan impian tetap tidak akan berkubur atau berlalu pergi di bawa arus masa. Tetapkan hati, teruskan menari. Selagi jemari tidak mengeluh penat, selagi itu ia akan terus menari. Tambahkan warna agar ia terus berwarni.

Melewati Februari, perjalanan masih terlalu jauh. Masih punya waktu untuk melakukan apa pun demi merealisasikan sebuah impian. Usah bertangguh, mulakan langkah anda hari ini. Seorang penulis adalah insan terpilih. Usah disia-siakan bakat dan anugerah yang pastinya akan memberikan kepuasan yang tak terhingga.

Sebelum mengundur diri, ingin saya berkongsi kata-kata daripada Prof. Madya Dr Mustafa, Dekan PJJ USM. Katanya, "kita harus belajar untuk menulis". Ya, banyak yang harus kita belajar kerana tanpa ilmu, bakat dan anugerah tidak mampu berjalan seiring. Harapan saya semoga hari ini menjadi titik tolak kepada usaha pencarian ilmu penulisan agar menjadi lebih kreatif dan kritis.

Sampai bertemu lagi.

2 comments:

  1. Patutlah diam menyepi saja. saya curi-curi masa gak untuk menulis..tapi kadang ada lompong jugak.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tu la habis bersawang dah blog. Cerita banyak tapi letih kerja dah penat nak fikir nak karang ayat...:)

      Delete