Thursday, 21 April 2016

02.04.2016 Men's Health Women's Health Night Run

Teks: Masitah Samsudin
Foto:Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[02.04.2016]
MEN'S HEALTH WOMEN'S HEALTH NIGHT RUN
QUEENSBAY MALL, PENANG


#AprilRun
#AIAVitalityMY

Men's Health Women's Health Night Run by AIA Vitality pada kali ini ada tiga lokasi berbeza. Utara, Tengah dan Selatan iaitu Penang, Putrajaya dan Johor dengan warna tema yang juga berbeza. Untuk Penang warna oren, Putrajaya warna merah dan Johor warna biru. Putrajaya akan diadakan pada 30 Julai dan Johor pada 7 Januari tahun depan. Penang start dulu... so kita join dulu lah!

Actually, this is my first attempt for Night Run. First time you...... memang excited sikit la. Tapi dalam excited-excited pun still utamakan kesihatan dan kecergasan diri. Tak tahu lagi tahap kondisi badan macam mana kalau lari malam-malam kan. So untuk safety saya join 5km saja. Janji dapat medal. Hahah~


Buddy saya macam biasa mesti ambil lebih punya. Dia ambil 12km. Untuk 5km bermula pada pukul 8:10pm. 5km start dulu... rasa macam pelik sikit sebab selalunya marathon start dulu tapi event ni terbalik pula. 12km start dalam pukul 9:30pm dan half marathon start pukul 10pm. Jenuh nak tunggu!!

Kan saya dah kata...!!
Memang penat gila tahap gaban...!!!

Saya memang surrender sangat-sangat. Lepas ni tak mau dah lari malam-malam macam ni. Letih beb... semput... nak pengsan semua ada! Tengah-tengah lari boleh nak terlena.... haha... Tapi dok tahan gak, kuatkan semangat, penat sangat saya jalan saja la....

Bila dah sampai tu tak dak la kata hilang semua letih tu. Memang tak hilang-hilang pun, nak pengsan lagi ada la... so saya rest saja la. Duduk lepak sorang-sorang kat booth tu sambil tunggu Lina. Event ni best sebab ada banyak booth yang ada macam-macam game boleh join. Siap dapat macam-macam free gift lagi. Tapi sebab saya penat sangat so tengok sajalah orang lain dok kutip gift. Takpe, satgi Lina sampai baru pi meronda.

Okay, our turn now. Kami dua pun start ronda dari satu booth ke satu booth. Join game tu game ni. Ada game tu join sampai 3-4 kali. Haha... diaorang tak cam kot. So bukan salah kami kan!! Yang bestnya kami dapat banyak gift malam tu. Ha nampak kat bawah ni... macam-macam ada!! Memang rugi pula kalau tak join. Ah, tetiba!!


Kami gerak balik kira-kira pukul 12pm juga la. Sampai rumah dengan selamatnya dalam pukul 1:15am. Nasib baik ada satu hari lagi boleh rest kat rumah, saya memang letih lebih teruk pada lari mini marathon. Adeh la......

Sudah cukup sudah! Lepas ni tak mau cari penyakit dah!! Nah cuci mata dulu tengok pic kami ni :)


 


Adios!

No comments:

Post a Comment