Saturday, 2 April 2016

Sup Sawi Mr Mama

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hai uolls... hari ni masak apa? Kalau nak masak yang simple-simple, apa kata kita try Menu Signature saya iaitu Sup Sawi Mr Mama. Sebenarnya ada yang minta resepi Sup Sawi ni... katanya depa try buat tak jadi macam Sup Sawi saya pun. Tak pastilah tak jadi tang mana. Rupa dia lain kot... hehe.... So meh la nak share resepi ni. Resepi ni teramatlah simple, senang sangat nak buat. Dalam masa lima minit pun dah boleh siap.

[SUP SAWI MR MAMA]

Bahan-bahan:

Bawang putih, bawang merah & cili merah dipotong halus
Sawi
Udang
Perencah ikan bilis
Stok udang

Cara-caranya:

1. Udang - buang semua kulit. Belah di bahagian belakang dan bersihkan. Kulit udang tu bersihkan dan rebus. Airnya ditapis dan dijadikan stok udang. Stok udang ni digunakan untuk menggantikan air.

2. Tumis bahan-bahan yang dipotong halus. Masukkan udang.

3. Masukkan bahagian batang sawi. Tumis lagi untuk seketika.

4. Masukkan stok udang secukupnya mengikut kesukaan kita nak sup banyak mana. Pastu masukkan perencah ikan bilis. Biar sehingga sup kita mendidih.

5. Last sekali masukkan daun sawi.


Tara... dah siap Sup Sawi Mr Mama. Boleh dihidang bersama nasi putih panas. Saya kalau masak Sup Sawi ni mesti kena ada ikan kembung goreng dan sambal belacan. Dah cukup buat saya makan dua-tiga pinggan.

Okay, jangan lupa cuba resepi saya ni.

Adios!

No comments:

Post a Comment