Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
#akubackpacker
Bangun pagi ni badan terasa segar, maklumlah...seawal jam 4:30am dah bangun. Masih terbayang-bayang keenakan
Tomyam Udang Galah Kelapa Muda kat
Kai Tod Daycha & Seafood Hatyai. Tiba-tiba terasa lapar...
Tak nak layan perut dulu. Bangun, mandi dan bersiap sebab ada misi yang menanti di
Stadium Jiranakorn. Tapi sebelum keluar, makan dulu roti dan susu. Buat alas perut kekdahnya... takut nanti pancit pula kat tengah jalan. Ahaks.
[ HATYAI INTERNATIONAL MARATHON 2016]
[STADIUM JIRANAKORN, HATYAI]
[29 MAY 2016]
#RunForHappiness
#MayRun
#justkeeprunning
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba.
Hatyai International Marathon 2016... first outside running event yang saya join. Okaylah tu kan... asyik lari kat tempat sendiri jer, nak juga merasa run kat tempat orang. Yang penting ada gak medal dari luar. Hihi~
Event ni sudah tentulah ada Full Marathon, Half Marathon, Mini Marathon dan Fun Run. Macam biasa saya join
Mini Marathon 10.5km saja. Semangat nak lari sebab baju dia cantik. Pelepasan untuk 10.5km pada pukul 7am. Cuaca memang sempoi habis... tak panas dan tak sejuk. Memang nice...
Tapi route dia biasa-biasa saja. Tak ada yang menarik sangat pun. Sepanjang jalan tak ada yang menarik untuk snap photo, memang tak stop pun. So kita lari sajalah sampai finish line. Habis lari baru bergambar kenangan dengan geng-geng runner. Best dapat jumpa geng-geng runner dan dapat kenal runner baru...
Dan yang paling best pasal event ni sudah tentulah
breakfast yang disediakan oleh pihak
Hatyai International Marathon. Ada banyak gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman. So boleh pilih yang mana rasa nak try... coffee dia memang best. Siap ulang 2-3 kali...
Lepas tu we alls ronda-ronda kat booth yang ada. Banyak booth yang jual pakaian sukan so kita pun shopping apa skit. Harga murah juga la tu yang beli. Dah habis shopping... ronda lagi minum kopi free lagi. Hihihi... dah cukup... Hari pun dah panas... jom kita pi lunch.
Nak makan kat mana ek? Rasa cam nak repeat kat
Salma Restaurant. Jom lah!
Adios!