Tuesday, 8 March 2016

Cuti-Cuti Alor Setar: Shopping Di Pekan Rabu

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah pi terjah Gerai Awi Pulut dan Pisang Goreng Cheese? Kalau dah jom kita pi shopping kat Pekan Rabu pula. Pekan Rabu dah lama berpindah ke Kompleks Perniagaan Ukir Mall PKNK Alor Setar tapi inilah kali pertama saya sampai ke tempat baru ni. Kalau Pekan Rabu lama dah selalu pi. Tapi khabarnya berpindah sementara sahaja sebab bangunan Pekan Rabu yang lama tu dalam proses pembinaan semula.


Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar merupakan Pusat Perniagaan Orang-Orang Melayu. Macam-macam ada jual kat sini termasuklah pakaian, kraftangan, makanan dan minuman, kuih-muih tradisional, ubat-ubatan, alat kosmetik dan banyak lagi. Saya kalau kat sini semestinyalah cari telekung, kain batik dan kuih-muih tradisional. Kerepek gunting, loyang madu, dodol dan kuah rojak wajib beli!






Harga tu kira bergantung kepada kepandaian kita dalam tawar-menawar. Sebab apa saya kata macam tu...? Sebab ada kedai yang menjual barang yang sama tetapi dengan harga yang berbeza dengan kedai yang lain. Jadi pandai-pandai la uolls tawar-menawar. Saya cadangkan uolls kalau nak beli pakaian ke, telekung ke... pi survey dulu dari satu kedai ke satu kedai. Bandingkan harga kemudian baru buat pilihan. Kena ambil masa sikit la.

Kalau nak beli makanan atau kuih-muih tu beli kat gerai mana-mana pun sama saja. 3 paket RM10, 4 paket RM10, campur-campur pun semua boleh. Kalau borong banyak siap dapat free gift lagi. Free gift pun dapat makanan juga la. Hehe... nanti dia bagi la lebih sepaket kerepek. Bagus betul... murah rezeki depa!

Dah habis shopping, kaki pun dah sakit sebab banyak berjalan... kami nak balik berehat dulu. Petang ni aktiviti berenang di pool Hotel Grand Crystal sahaja. Nanti malam baru kita keluar lagi pi Jalan-Jalan Cari Makan. Nak makan kat mana pula? Tunggu...!

Adios!

No comments:

Post a Comment