Sunday, 29 May 2016

Filem Ada Apa Dengan Cinta 2

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Sutradara: Riri Reza
Produser: Mira Lesmana
Penerbit: Miles Film, Legacy Pictures
Pelakon: Nicholas Saputra, Dian Sastrowardoyo, Titi Kamal, Sisi Priscillia, Dennis Adiswara

Masa berkunjung ke KL hari tu, saya sempat meluangkan masa menonton filem yang diperkatakan ramai iaitu filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) lakonan mantap Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo. Setelah ratusan purnama, pertemuan mereka semula ini hangat diperkatakan.

Sebenarnya saya tak ingat sangat cerita Ada Apa Dengan Cinta yang pertama tu, tengok pun gitu-gitu ajer masa keluar kat tv. Tapi saya memang nak tengok sangat AADC2, nak tengok Cinta dan Rangga sebab sekarang kan diaorang dah matang, saya suka lah. Kalau cerita budak-budak tu saya kureng sikit. Hahah!


Okay jom kita baca sinopsis filem AADC2.

Sinopsis
Cinta, Karmen, Maura, Milly dan Mamet bertemu di galeri milik Cinta. Mereka merencanakan liburan ke Yogyakarta. Tanpa pasangan, geng Cinta reuni dengan liburan di Yogyakarta.
Sementara Rangga masih di New York dengan kedai kopi miliknya. Pikirannya tidak fokus dan gelisah. Banyak yang menggelayut dalam pikirannya.
Rupanya, jalinan asmara Cinta dan Rangga tak mulus. Sempat bertemu kembali di New York, mereka berpisah pada tahun 2006 tanpa alasan yang jelas. Rangga memutuskan Cinta hanya lewat secarik surat tanpa membeberkan alasannya. Cinta marah.
Rangga dan Cinta bertemu kembali di Jogja tanpa direncanakan. Alam mempertemukan mereka, merajut hati yang mati. Namun Cinta bukan lagi Cinta yang dulu.
Sumber: www.bintang.com
Review

Saya ada terbaca review penggemar-penggemar filem tentang AADC2. Ada yang positif dan ada yang negatif. Apa-apapun semuanya mengikut kefahaman masing-masing. Bagi saya pula, saya suka sangat filem ini. Jalan ceritanya memang kelihatan lurus dan simple tapi saya sukakan suasana latar yang memaparkan pengembaraan mereka, percutian mereka. Ya, saya suka suasana tu. Mungkin sebab saya suka travel, jadi bila tengok percutian mereka tu saya rasa macam nak pergi bercuti jugalah. Percutian yang santai dan penuh dengan momen-momen indah.

Selain itu, saya sebenarnya nak juga bagitau yang saya sedih sikit la tengok cerita ni. Ada touching sikit la... tapi bukan sedih yang sampai menangis tu. Tak ada sebab nak menangis segala cuma masa tengok kisah Cinta dan Rangga saya terkenangkan something la. Saya rasa kisah cinta mereka sungguh romantik sebenarnya. Saya sukakan mainan perasaan tu. Dan mungkin juga sebab saya berjiwa seni (oh ye ke :D) jadi saya sukakan sesuatu yang indah, sesuatu yang halus, sesuatu yang penuh dengan kasih sayang. Loving la sangat. Hahah!

Lagi satu saya suka ayat ni... "antara kebodohanku dan keinginanku" . Saya dah lupa dialog lengkap yang Rangga tuturkan tapi saya amat terkesan dengan fragmen ni. Kenapa? Entahlah...

Okay, dah namanya review kan, so kena bagi bintanglah. Sebab saya suka, saya bagi 4/5*.




Akting para pemain AADC 2 siap tayang di bioskop mulai 28 April 2016


Adios!

Friday, 27 May 2016

Hotel Anum, Jalan Putra KL

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Booking.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya nak review Hotel Anum yang terletak di Jalan Putra Kuala Lumpur. Lokasinya amat strategik kerana ia hanya mengambil masa kurang dari 5 minit perjalanan ke Putra World Trade Center (PWTC). Sunway Putra Mall dan Stesyen LRT.

Sebenanrnya ini bukanlah kali pertama saya check in kat hotel ni. Rasanya dah lebih dari lima kali, termasuk persinggahan sebentar untuk hanya beberapa jam. Bukan apa, hotel ini lebih murah jika hendak dibandingkan dengan hotel lain di kawasan ini. Rate untuk bilik standard room hanya RM120 semalam, kira boleh lah. Nak kata murah sangat pun tidak juga.

Suasana di sini boleh tahan lah. Setiap kali nak masuk ke hotel, ada orang tolong bukakan  pintu. Stafnya ramai orang luar namun saya rasa selamat di sini. Biliknya sederhana besar, kebersihan biasa-biasa saja. Sekadar nak balik tidur tu kira boleh lah. Yang tak bestnya ada banyak nyamuk kat sini. Musim kot.

Pengalaman yang paling tak best kat hotel ni ialah air tak ada. Dan difahamkan selalu ada gangguan air kat sini. Sebab tu bila saya check in jer, soalan pertama yang saya tanya ialah... "air ada tak?". Hehe.... Dan, wifi kat sini memang teruk. Boleh connect jer tapi tak boleh guna pun. Baik guna data sendiri, hati pun tak sakit. Hahah~

Okaylah, jom kita tengok gambar Hotel Anum. Gambar ambil dari booking.com saja. Thanks ya Booking.com. Jangan marah saya.. saya ni Genius member tau. Eh, eh!





Adios!

Thursday, 26 May 2016

Kelab Peminat Siti Rosmizah

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat pertama kalinya mesyuarat Kelab Peminat Siti Rosmizah telah diadakan di Hotel Sani Kuala Lumpur. Pertemuan yang kesekian kalinya bukan sahaja mengeratkan hubungan yang sedia terjalin bahkan turut membina persahabatan yang baru dalam kalangan peminat-peminat Siti Rosmizah. Ada di antaranya baru pertama kali bersua namun kemesraan bertaut dengan cepat.

KITA BAGAI KELUARGA.

Itulah tag line Kelab Peminat Siti Rosmizah. Sememangnya kami dan pihak SR Publication bagaikan satu keluarga.


HAVOC MEMANG HAVOC!

Havoc tak tau nak cerita. Macam-macam yang dibincangkan, macam-macam lawak jenaka yang keluar. Tapi semuanya memang best, sporting gila. Hope lepas ni apa yang dirancangkan memang menjadi la.

Tak sabar nak jumpa semua lagi!

Jemput tengok pic-pic ni :)











Adios!

GIVEAWAY COMEBACK CASHMONEY BY MG

[Sumber: melangkaugarisan.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Tarikh tamat: 1.6.2016

Adios!

Wednesday, 25 May 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 4

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 2
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 3

Masih di PBAKL Maeps. Kat luar panas terik, kami kembali ke Dewan A dan terus menuju ke booth Popular. Kat sini ada slot Demo Masakan Bersama Chef Terkenal. Sebenarnya sambil jalan-jalan belek buku, kami akan singgah sini memberi sokongan dan belajar memasak daripada chef-chef terkenal ni. Bukan sahaja belajar resepi baru malah kami juga dapat merasa masakan tersebut.

Firstly, kami singgah untuk belajar memasak daripada Chef Fazalina Ismail yang  terkenal dengan gaya resepi makanan berkhasiat. Chef Fazalina ni dah keluar dengan buku resepi terbaru yang berjudul 101 Resipi Pengikat Kasih Keluarga. Ada pelbagai jenis resepi kat dalam buku ni.



Dan hari ni, Chef Fazalina nak berkongsi resepi yang amat mudah. Teruja pulak la kami nak belajar buat Nasi Ulam. Sebab ia menggunakan ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang sememangnya berkhasiat untuk tubuh badan kita. Nak buat pun senang saja. Main gaul semua saja. Tak perlu masak. Guna nasi semalam, tak boleh guna nasi baru masak nanti tak jadi. Mula-mula blend cili macam buat sambal belacan tu. Lepas tu gaul sebati dengan nasi sekali dengan isi ikan goreng yang telah di buang tulang, Lepas tu masukkan segala jenis ulam-ulaman yang kita nak. Boleh pilih ulam apa yang kita suka. Pastu gaul dengan sebati. Jangan lupa masukkan garam secukupnya. Ha dah siap. Senang saja kan. Boleh buat juadah berbuka puasa. Kan...




Bukan Nasi Ulam saja, Chef Fazalina juga berkongsi resepi Kek buah kukus. Kek ni dah siap, sebab kat sini tak boleh masak. So beliau cuma berkongsi resepi dan cara-caranya sajala. Kami semua dapat rasa sorang sikit Nasi Ulam dan Kek Buah Kukus ni. Memang sedap.


Lepas habis demo daripada Chef Fazalina, jalan-jalan lagi sementara nak tunggu slot Dari Dapur Chef Selebriti. Chef Norzailina Nordin kot... mesti la nak pi tengok kan. Saya kan suka masakan Chef Lin, sedap macam mak-mak kita masak.


Kali ini Chef Lin nak berkongsi resepi Kerabu Nanas Lada Hitam yang dimuatkan dalam buku Masak Mini terbaru beliau. Memang senang sangat nak buat kerabu ni. Nampak tu, ada bawang, tomato, nanas, timun, isi ikan. Lada hitam jangan dilupa. Cepat dan sedap. Saya suka sangat, nanti ada masa memang nak try.



Chef Lin juga berkongsi resepi Nasi Khabsa Kambing. Nasi ni dah siap dimasak sebab kat sini tak boleh memasak cuma Chef Lin tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasak saja lah. Nampak macam senang dan faham tapi bila balik saja habis semua lupa. Apa-apa pun nasi ni memang sedap. Makan lak dengan kerabu nanas lada hitam, memang sikit tak cukup. Hehe...



Chef Lin juga belanja kitaorang Puding Pandan ni. Memang sedap. Ala Chef kalau masak apa pun semua sedap. Betul!! Hehe...


Okay, jam dah pun menunjukkan pukul 3:30pm. Berakhir sudah kunjungan sehari saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016. Walaupun kunjungan yang singkat namun ada momen-momen indah yang tetap diingati sampai bila-bila. 

Insyaallah, kita jumpa lagi di PBAKL 2017 nanti.

Adios!

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

[Sumber: www.mialiana.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Adios!

Tuesday, 24 May 2016

GIVEAWAY BY NURRUL

[Sumber: youismysoul.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


GIVEAWAY Topup BY NURRUL #2


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini.

 Hadiah TOPUP : Topup RM30 2 Orang yang bertuah ! Topup RM10 2 Orang yang bertuah ! Topup RM5 2 Orang yang bertuah !

Meriahkan lagi giveaway Ke2 Nurrul dengan mengajak rakan-rakan anda.
TOPUP menanti anda yang bertuah ! :).

Tag: JM, Bonde & Fyda

Adios!

Friday, 20 May 2016

Pencarian bloglist Jun Zafirah Nazri

[Sumber: thezafirahnazri.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Adios!

GIVEAWAY:PERENCAH IKAN BAKAR BY AZATIESAYANG

[Sumber: azatiesayang.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

FB: As Samsudin

Adios!

SEGMEN Jom Singgah #jmbelog #jemputan on list

[Sumber: jmbelog.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Saya suka blog JM kerana blog ini merupakan sumber ilmu yang banyak memberikan info-info terkini dan bermanfaat dan saya tak suka blog JM kerana terlalu banyak info sampai tak tau nak click yang mana satu. Ohoh....

Adios!

Wednesday, 18 May 2016

Shokododolls Turn 4 Giveaway

[Sumber: shokododolls.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello guys... jom kita join Giveaway ni. Kita celebrate sama-sama :)


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Adios!

Monday, 16 May 2016

Selamat hari Guru 2016!

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

16 Mei 2016
SELAMAT HARI GURU
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Hari ini seluruh Malaysia menyambut Hari Guru sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bergelar guru tak kira ibu bapa, pengasuh, guru tadika, guru sekolah, guru besar, pengetua, pensyarah, tutor, guru kafa, ustaz & ustazah, guru mengaji, guru tusyen, mentor, boss, ketua dan sesiapa sahaja yang mendidik kita. Harapan dan doa semoga setiap usaha murni ini mendapat pahala yang berlipat ganda daripada Allah s.w.t.

Bila tiba Hari Guru akan lahir suatu perasaan sayu di hati. Rasa amat berterima kasih kepada mereka yang mendidik anak-anak bangsa. Jasa dan pengorbanan yang bukan sedikit nilainya. Biarpun mereka diberi hadiah, ia hanyalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Hakikatnya, pengorbanan mereka tidak dapat dibalas dengan apa jua pun.


Terima kasih tak terhingga buat mereka yang mendidik anak bangsa. Harapan dan doa semoga mereka ini dikurniakan rahmat daripada Allah s.w.t dan sentiasa di dalam peliharaan dan lindungan-Nya.

Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu!

Adios!