Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 2
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 3
Masih di PBAKL Maeps. Kat luar panas terik, kami kembali ke Dewan A dan terus menuju ke booth Popular. Kat sini ada slot Demo Masakan Bersama Chef Terkenal. Sebenarnya sambil jalan-jalan belek buku, kami akan singgah sini memberi sokongan dan belajar memasak daripada chef-chef terkenal ni. Bukan sahaja belajar resepi baru malah kami juga dapat merasa masakan tersebut.
Firstly, kami singgah untuk belajar memasak daripada Chef Fazalina Ismail yang terkenal dengan gaya resepi makanan berkhasiat. Chef Fazalina ni dah keluar dengan buku resepi terbaru yang berjudul 101 Resipi Pengikat Kasih Keluarga. Ada pelbagai jenis resepi kat dalam buku ni.
Bukan Nasi Ulam saja, Chef Fazalina juga berkongsi resepi Kek buah kukus. Kek ni dah siap, sebab kat sini tak boleh masak. So beliau cuma berkongsi resepi dan cara-caranya sajala. Kami semua dapat rasa sorang sikit Nasi Ulam dan Kek Buah Kukus ni. Memang sedap.
Kali ini Chef Lin nak berkongsi resepi Kerabu Nanas Lada Hitam yang dimuatkan dalam buku Masak Mini terbaru beliau. Memang senang sangat nak buat kerabu ni. Nampak tu, ada bawang, tomato, nanas, timun, isi ikan. Lada hitam jangan dilupa. Cepat dan sedap. Saya suka sangat, nanti ada masa memang nak try.
Chef Lin juga berkongsi resepi Nasi Khabsa Kambing. Nasi ni dah siap dimasak sebab kat sini tak boleh memasak cuma Chef Lin tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasak saja lah. Nampak macam senang dan faham tapi bila balik saja habis semua lupa. Apa-apa pun nasi ni memang sedap. Makan lak dengan kerabu nanas lada hitam, memang sikit tak cukup. Hehe...
Okay, jam dah pun menunjukkan pukul 3:30pm. Berakhir sudah kunjungan sehari saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016. Walaupun kunjungan yang singkat namun ada momen-momen indah yang tetap diingati sampai bila-bila.
Insyaallah, kita jumpa lagi di PBAKL 2017 nanti.
Adios!
syokkan... tengok demo dan dapat rasa masakan tu sekali...
ReplyDeleteHehe... bijak kita kan Bonde...
DeleteMakan free ajer...
Bestnye dpt beli buku Murah, dpt mkn free lagi...;-)
ReplyDeleteMemang best, setiap tahun tak pernah miss gi pesta buku. Jomlah...
Delete