Monday, 30 July 2018

Santai Petang Di Pantai Pasir Panjang Balik Pulau

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pantai Pasir Panjang yang terletak di Balik Pulau, Penang ini merupakan suatu tempat yang amat sesuai untuk beriadah santai-santai di waktu petang dan berkelah bersama keluarga di hujung minggu.

Tapi dengar cerita, sejak tsunami dulu pantai ni sudah tidak sesuai lagi untuk mandi-manda. Lautnya menjadi dalam akibat hakisan dan ombak pun kuat. Memang bahaya.

Saya ke sana pun sekadar pi training berlari di pantai sambil menikmati keindahan pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Walaupun begitu, pantai ini masih menerima kunjungan penduduk-penduduk setempat. Masa saya pi tu, ramai juga yang ada kat sana.

Tapi kalau tengok lautnya, memang nampak dalam. Sekali air pasang, pantai pun dah tak kelihatan. Memang terasa ada bahaya di situ. So kalau nak pi sini, berhati-hatilah.



Nampak cantik kan pantai ni. Terasa segar sekali kat sini.

Okaylah, lepas ni jom kita cari tempat training lain pula.

Much💗,

Thursday, 26 July 2018

#SyawalGiveaway - My First Giveaway

[Sumber: tarotthefool.blogspot.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Klik banner untuk join:)


Much💗,

Tuesday, 24 July 2018

Roti Doll Cheese @ Cinonie Corner Kulim

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah try Roti Doll Cheese kat Cinonie Corner?

Ha nak habaq mai, kalau uolls pi Kulim jangan lupa singgah breakfast kat Cinonie Corner ya. Macam-macam menu ada. Kali ni kami nak hampa semua pi try Roti Doll Cheese yang super duper mabeles. Taruh kuah lebih sikit.. makan sampai tak pandang kiri kanan dah...

Try noh jangan tak try...

Cinonie Corner buka dari pukul 6.30am sampailah 1pm. Lokasi kat Kulim town...ala, hampa waze saja pasti jumpa. Pagi-pagi memang ramai orang breakfast kat situ.

Jemput makan yea :)


Much💗,

Monday, 16 July 2018

[2018] #5 Kipidap Gen Y 2.0 Run & Ride

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Kipidap Gen Y 2.0 Run & Ride]

[25 Feb 2018]
[Taman Jajar Sungai Ara Linear Park Penang]
[5KM - Finisher]

First time explore trek Bukit Sungai Ara yang terkenal dengan nama Bukit Karpet. 6km ja pun tapi memang surprise gilers. Trek memang nak membunoh. Haha... Tapi apa-apa pun memang tak sia-sia join. Terasa macam nak pi lagi test trek ni. Memang sesuai sangat untuk training.

Masa naik bukit tu memang macam apa lagi la tapi part patah balik tu kira sempoi abis. Kita terus terbang, memang tak pakai brek dah. Laju saja pi. Kalau kaki tak kuat boleh tersilap langkah tu. Tapi alhamdulillah, sampai finishing lain dengan selamat seadanya. :)

Yang bestnya medal untuk event ni besar gedabak. Hah, puas hati kau!

Thanks buat PLKN Sri Mutiara especially Wati dan Tuan yang terima bodekan saya untuk join event ni. Last minit register kot... walaupun tak dapat tee tapi dah cukup happy for this awesome experience.




Jumpa lagi.

Much💗,

Friday, 13 July 2018

SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ

[Sumber: http://ejulz.blogspot.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

Kerja part time?

  1. R.U.N.N.I.N.G - kalau ada rezeki boleh podium.. boleh dapat $$
  2. L.I.B.R.A.R.Y - home mini library, sewa buku dan novel. Akan kembali beroperasi sedikit masa lagi.

Much💗,

Setiap Larian Ada Ceritanya

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Setiap Larian Ada Ceritanya]

Inilah koleksi medal dan trofi sepanjang saya menyertai larian secara aktif dan berterusan. Setiap larian, setiap medal, setiap trofi ada cerita suka dukanya yang tersendiri. Ada yang cantik sangat designnya... sampaikan termimpi-mimpi. Kalut register sebab nak medal untuk buat koleksi. Ada yang simple sangat macam medal kat sekolah-sekolah... tapi tetap mampu membuatkan saya tersenyum happy. Ada yang join Fun Run saja then tak disediakan medal untuk Fun Run... so kita amik medal orang tu... Haha...

Kalau nak diimbas kembali cerita di sebalik larian... ada yang bersemangat lari dari starting line sampailah finishing line. Ada yang lari 2KM pertama jaa, pastu jalan sampai habis. Ada yang sat lari sat jalan sat lari balik. Dan tak kurang juga yang sepanjang jalan jenuh berzikir... sebab trek nak membunoh.. Haha...

Namun, biar apa jua...Manisnya dikenang, pahitnya dilupa jangan. Ewahhh...




#2018

So untuk tahun ni, kalau boleh nak join event yang tak pernah join lagi. Tapi tak adalah nak pi join event jauh-jauh. Niat di hati memang teringin nak pi jauh-jauh... but unfortunately, permission not granted. So faham-faham sendirilah. Sebab tu until now dah Julai kan, tapi hanya beberapa event saja yang saya join. Tapi tak apa, macam mana pun yang penting kita happy dan enjoy dengan kehidupan kita. Mungkin dah sampai masa untuk kita fokus kat benda lain pula.


Ohya, runner-runner kat luar sana mesti banyak lagi koleksi medal dan trofi korang kan. Mesti lagi unik dan lain dari yang lain. Tambah-tambah lagi koleksi medal untuk Rider, Ironman, Powerman... dan yang seangkatan dengannya. Teringin gak nak ride... join ironman bagai... tapi mampukah aku??

Haha...

Okaylah, medal dan trofi ni semua kita simpan baik-baik. Nanti kalau ada rezeki lebih kita beli Detolf Glass cabinet kat Ikea. Susun cantik-cantik kat dalam tu, tak lha berhabuk sangat. Kan... haha... nak Ikea jugak....Tett...

Okaylah, jumpa lagi di lain masa.

Much💗,

Thursday, 12 July 2018

Penang Street Art - Lebuh Chulia

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Penang Street Art - Lebuh Chulia.

Kali ini kita nak review tentang Street Art Collection kat Lebuh Chulia Penang iaitu berhampiran dengan Grand Swiss Hotel. Mural kat sini terletak di wall lorong masuk ke hotel berkenaan. Ada beberapa mural yang dilukis oleh Yakuzat Creation. Antaranya menampilkan Beethoven with a piano.

Abaikan model yang tak jadi tu :)
Selain itu, ada juga mural yang menampilkan Dr Sun Yat Sen yang dok kat beca. Ha jom mai pakat-pakat tolong bawa beca tu ya. Hehe...

Berat... tak terangkat... XD
Mr Bean with bicycle pun ada juga. Lekaih jom...


Yang paling sempoi mural Marilyn Monroe on the bench. Sape nak acah-acah dating ngan Marilyn boleh la mai sini. Hahah~

Mamat poyo ni tak minat dating ngan Marilyn, sebab tu aksi dia macam tu kot. Hahaha...

So, kepada peminat-peminat tegar Street Art, jangan lepaskan peluang ini untuk explore Lebuh Chulia dan bergambar kat sana. Pelbagai aksi dan gaya boleh kita cuba. Memang best!

Jumpa lagi di Street Art yang lain nanti. Sambil tu boleh juga view Street Art Alor Setar.

Enjoy ya!

Much💗,

Wednesday, 11 July 2018

Syurga Buku Terpakai Bazar Chowrasta Penang.

Teks: As Samsudin
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syurga Buku Terpakai.

Siapa pernah berkunjung ke Kedai Buku Second Hand di Bazar Chowrasta Penang? Syurga buku terpakai kan? Kedai ini terletak di Tingkat 2 Bazar Chowrasta. Naik ja tangga ke tingkat atas, anda akan nampak beribu-ribu buah buku terpakai bersusun-susun bertingkat-tingkat sehingga memenuhi ruang laluan di depan kedai.

Punya la banyak sampai tak tahu nak pilih macamana!



Tapi kalau anda pencinta buku, setakat lepak dua tiga jam di sini untuk membelek buku-buku yang ada  bukan satu masalah kan. Walaupun panas sehingga memercik peluh namun terasa sejuk di dalam. Cewahhh.... nak habaq betapa ralitnya kalau dapat belek buku-buku kat sini.

Yelah, bukan sahaja novel dan buku-buku popular malah buku-buku yang jarang ditemui dan sudah tiada di pasaran pun kadang kala ada kat sini. Sebab tu memang kena ambil masa untuk belek satu-persatu.

So, kepada sesiapa yang nak cari buku-buku terpakai yang 'rare' bolehlah berkunjung ke sini. Bukan sahaja boleh dapatkan dengan harga yang murah malah kalau kena gaya dapat buku free lagi. Kena pandai bodek tuan punya kedai lah kan. Janji borong dulu, baru boleh minta buku free. Hokeeh ^_^

Selamat berkunjung ke sini ya.

Much💗,

Tuesday, 10 July 2018

Giveaway 'Nak Hadiah, Jawab Dulu' By OmbakBergigi

[Sumber: http://ombakbergigis.blogspot.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

Apa yang perlu ada dalam sebuah perhubungan?

Kita selalu dihidangkan dengan istilah 3K dalam perhubungan. Apa itu 3K?

K epercayaan
K ejujuran
K esetiaan

Ya, 3K di atas memang penting dalam sesebuah perhubungan. Tanpa kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan, apalah ertinya sesebuah perhubungan. Ibarat membuang masa kerana bila sampai waktunya semuanya akan musnah juga.

Tapi macam klise pulak kan. So apa kata kita cuba tips di bawah ni pula. 

  1. Kasih Sayang - Sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Kena baja selalu agar semakin hari semakin kuat. Macamana nak baja? Kena selalu ucap "I love you" ke? Eh, tu harus. Ucap kan kata sayang selalu, sambil tenung mata pasangan, tenung sedalam-dalamnya. Dari mata turun ke hati kan... so makin sayang la. 
  2. Pelukan dan Ciuman - peluklah dan ciumlah pasangan anda selalu... setiap hari. Bukan just peluk tapi peluk seerat-eratnya. Bangun tidur, nak pi kerja, balik kerja, sebelum tidur dan bila-bila saja rasa nak peluk dan cium. Baru aura tu sentiasa mewangi.
  3. Terima Seadanya - kena ikhlas terima segala kekurangan pasangan kita. Tak ada manusia yang sempurna namun dengan keikhlasan kita terima segala kekurangan, itulah yang menyempurnakan sesebuah perhubungan.
  4. Komunikasi - berbual setiap hari tentang apa saja. Selalu Call, Wassap, VC... ingat... setiap hari!
  5. Aktiviti Bersama - Nak buat apa? Tahu hobi masing-masing kan. So, buatlah bersama. Pi tengok wayang ke, joging, hiking, pi gym atau apa sajalah. Yang penting buat bersama.
  6. Last but not least, berdoalah. - Berdoa semoga Allah swt pelihara hubungan kita. Yang paling senang suruh ja pasangan kita baca surah Al Insyirah dan hembus kat ubun-ubun kita. Selalu2lah buat macam tu. Hokeeh! :D
P/S : Okay, tips ni utk hb and wifey ajer ya.  

Much💗,

Monday, 9 July 2018

[2018] #4 Junjong Waterfall Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Junjong Waterfall Run]
[27 Jan 2018]
[SK Junjong Kulim Kedah]
[5KM - 2nd Place Fun Run]

Once in a blue moon... susah sebenarnya nak jumpa running event kat Kulim. So bila dah ada, kita cuba untuk support la. Yang specialnya, masa mula-mula tahu pasal event ni terus hati tu rasa berbunga-bunga ja nak join. Sebab apa??

M. E. D. A. L.

Ya, hanya kerana medal. Kalau nak tahu, medal untuk event ni created by Medal Depot. And, saya memang suka design by Medal Depot ni. Special dan unik. So, memang nak join lah kan. Siap ajak kawan-kawan Ha'pening Crewz join sekali bagi ramai.

Ada dua kategori iaitu 10km dan 5km. Mulanya plan nak join 10km sebab nak merasa trek Air Terjun Junjong tapi bila check route, tak ada trail. Hanya guna route Jalan Junjong terus ke Air Terjun Junjong dan patah balik ke SK Junjong. Makanya, saya join 5km dah la. Start dari sekolah dan Finishing line kat Air Terjun Junjong tu. Balik semula ke SK Junjong kita naik bas yang disediakan... lagi best kan! First time naik bas sambil melambai2 kat kawan-kawan 10km yang berlari ke Finishing Line. :D

Kat tempat event juga ada pelbagai pameran dari Agensi Kerajaan. Sempat jugalah saya ronda kat booth-booth yang disediakan. Collect macam-macam souvenir yang ada sebagai kenangan. Apa pun, event yang simple tapi we all semua happy sebab dapat medal cantik.



Jom kita berlari lagi.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.

Much💗,

Friday, 6 July 2018

[2018] #3 Bagan Dalam Power Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Bagan Dalam Power Run]
[21 Jan 2018]
[Jalan Kampung Jawa Butterworth]
[10KM - Finisher]

Event pertama di tahun 2018 tanpa Pakku di sisi. Nak buat macamana kan, larian harus diteruskan. Eh, macamlah sebelum ni tak pergi sendiri kan. Haha... semenjak ada Pakku dia jadi manja sikit. Ni bila dia takde, macam2 serba tak kena.

Sampai kat tempat event lagi 20 minit nak start. Cari parking satu hal. Dah dapat parking, baru nak pakai kasut bagai. Alih-alih, tengok-tengok kasut yang di bawa sebelah lain sebelah lain. Mula dah nak stress. Cari lam bonet keta, nasib baik ada kasut lain. Nak jadi cerita lagi, cari stoking pula tak ada. Tadi memang rasa dah capai stoking masuk dalam beg tapi ni kenapa pula tak ada?

Arghh.... masa tu stress teramat. Warm up apa pon tak lagi ni. Cari punya cari memang confirm takde socks. So kita tenangkan hati, berlarilah ke starting line bersama Asics Gel Hyper Speed 7 tanpa stoking dan tanpa warm up.

Nasib baik ada kawan2 Selajus Runner yang bagi semangat. Thanks Ilah, Paknon and Yut. Berlarilah kita seadanya... nak laju tak berani, takut kaki melecet. Nanti tambah lagi satu masalah pula. Kan... so kita habiskan larian dengan senyuman tanpa suara.

Yang penting dapat sijil dan medal yang comel, dapat jumpa kawan2 runner dan dapat kenal runner2 baru especially Leftenan Muda Kamilah yang walaupun first time join run tapi dia punya padu dok follow kok belakang. Good Job Ms Pilot.





Okay, jumpa lagi next event.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.

Much💗,

[2018] #2 Gelugor Power Run 3

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Gelugor Power Run 3]
[7 Jan 2018]
[Kompleks Belia Dan Sukan Pulau Pinang]
[10KM - DNS]

Event yang ditunggu-tunggu, sebab event ni mempunyai kenangan manisnya yang tersendiri buat saya dan Pakku. Tapi bila sampai waktunya, terpaksa DNS pula. Kita hanya merancang kan... dan setiap perancangan Allah swt adalah perancangan yang lebih baik daripada perancangan kita. No regret!

Anyhow, thanks for Brooks Athletic Club and Coach yang sponsor saya dan Pakku untuk event ni. Walaupun tak dapat join, tapi dorang still simpan satu medal untuk kami sebagai kenang-kenangan.

Thanks Coach!


Hope next year kami diberi kesempatan untuk join event ni.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.

Much💗,

[2018] #1 Langkawi Fun Nite Run 2017-2018

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Langkawi Fun Nite Run 2017-2018]
[31 Dec 2017/1 Jan 2018]
[Dataran Lang Langkawi]
[10KM 10th Placing]

Alhamdulillah, penutup yang manis untuk 2017 dan permulaan yang baik untuk 2018. Walaupun sebelum event dah banyak kicau burungnya... tapi tekadkan hati.. kita join juga. Dan seperti yang dijangka, tunggu nak Flag Off pun sampai boleh tido dulu. Haha...

Walau apa pun, ia suatu pengalaman yang menyeronokkan Berlari bersama pelari-pelari elit dan penyumbang pingat untuk Sukan Sea... tak kurang juga orang-orang Langkawi yang turut serta. Route tak yah cakap la, memang best turun naik bukit. Haha... best la sangat kan... orang naik bukit sambil berlari, kita lak jalan termengah-mengah. :D

Tapi apa pun, kalau dah rezeki tak ke mana. Dapat juga 10th placing... jadilah kan.. kenangan indah sebagai permulaan di tahun baru. Harap-harap semangat tu akan berterusan untuk event seterusnya.


Terima kasih buat semua especially Pakku & family dan kawan-kawan yang support. You are the best! Dan tahniah buat semua yang join event ni.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.


Much💗,