Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sejak semalam aku tidak sihat. Sakit kepala yang teruk. Muntah pula lebih daripada 10 kali. Badan yang lesu terbawa-bawa sehingga ke hari ini.
Selera makan juga hilang. Jadi, pada waktu rehat aku hanya berehat di cube. Teringat blog yang sudah lama tidak kujenguk.
Ah, banyaknya sawang! Patutlah sunyi sahaja, trafik pun dah semakin kurang. Muram bagaikan hidup segan mati tak mahu.
Mood mereka poster buku semester 003 UnIKH masih belum hilang. Aku terus membuka aplikasi Canva. Tangan terus laju mengetik template.
Akhirnya, siap juga blog banner. Bibir menguntum senyuman. Blogku sudah berwajah baru. Nampak segar dan ceria.
Jemput singgah ya.
iammasitahsamsudin.blogspot.com.
Jumpa lagi.