Friday, 31 August 2018

7 Days 7 Book Cover Challenge #2

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#MalaysiaMembaca

Hari #2 : Selama 7 hari, saya akan pos gambar novel yang saya suka - tiada ulasan dan tiada penerangan - dan setiap hari saya akan calonkan seseorang pada pos saya untuk cabaran ini dan menggalakkan mereka melakukan hal yang serupa.

Saya dicalonkan oleh sahabat Blogger Bonde Zaidalifah Aisheteru.

Untuk hari #2, saya calonkan Novelis hebat kesayangan ramai, Novelis Murni Aqila. Saja pilih Moon sebab nak tahu gak penulis hebat ni suka baca buku apa... Share ya Moon... Jangan ngelat 😅

Okay semua, untuk hari ke 2 ni saya nak share sebuah novel thriller juga... sebab saya seorang peminat karya-karya thriller. So kebanyakan novel yang saya suka memang novel-novel yang penuh dengan emosi, suspen dan mendebarkan.


Igauan Maut - Ramlee Awang Murshid

Sinopsis
======
Sebuah novel saspens yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963.

Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada sepasang mata beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan selaut darah dan nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusiaan dan kasih sayang yang baru tumbuh dibunuh. segalanya kecundang dalam memerangi badai emosi yang mengganas.

" Peristiwa hari ini bermula daripada peristiwa masa lampau dan ianya akan berlanjutan sehingga kita dijemput Tuhan. "
(Igauan Maut - RAM)

Novel yang berjaya merangkul hadiah kedua dalam Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992, anjuran DBP Cawangan Sabah ini, menyimpan banyak pengajaran yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca dan menjanjikan kepuasan kepada setiap pemiliknya.

So, check it out guys at Book Station.

Selamat Membaca.

Much💗,

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 61

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Video: Youtube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

31.08.18
Selamat Hari Merdeka Ke 61.
#SayangiMalaysiaku




Much💗,

Thursday, 30 August 2018

7 Days 7 Book Cover Challenge #1

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#MalaysiaMembaca

Hari #1 : Selama 7 hari, saya akan pos gambar novel yang saya suka - tiada ulasan dan tiada penerangan - dan setiap hari saya akan calonkan seseorang pada pos saya untuk cabaran ini dan menggalakkan mereka melakukan hal yang serupa.

Saya dicalonkan oleh sahabat Blogger Bonde Zaidalifah Aisheteru.

Untuk hari #1, saya calonkan sahabat saya Novelis yang sedang meningkat naik... Fyda Adim.

Okay semua, sebenarnya caption di atas tu yang kata tiada ulasan dan tiada penerangan tu applied untuk post kat FB saja ya. Tapi saya suka nak share juga kat blog ni dan nak provide Sinopsis buku ni. Sebabnya, saya suka sangat buku ni dan nak uolls yang minat novel-novel thriller baca buku ni juga.


Projek 238 - B H Amir

Sinopsis
======
Projek 238 menjalinkan unsur cinta, penipuan, keberanian, kecekalan, kecekapan dan kekecewaan. Ia bertolak daripada sepucuk surat layang penuh misteri kepada Perdana Menteri dan kemudian menggegarkan Bukit Aman. Izzat, ejen perisik yang amat berdedikasi mempertaruhkan nyawa untuk mencantumkan segala serpihan maklumat demi cintanya pada negara, agama dan bangsa.

Uranium 238 itulah puncanya. Tapi apakah projek yang dirancangkan? Siapakah yang terlibat dan mendalangi projek ini? Bagaimana Izzat menghadapi ancaman maut dengan melangkaui lautan dan benua?

" Pertemuan kita ini adalah bagaikan ombak yang memukul pantai. Sekali dia mencecah kaki kita, ia akan beredar dan tidak akan kembali lagi. Semestinya ombak lain pula yang datang. "

(TPP IZZAT, PDRM)

Nak tahu apa sebenarnya kisah ini? Dapatkan segera novel ini kerana Projek 238 menjanjikan ketegangan, kelembutan dan keasyikan. Daripada sinopsis pun mesti kita rasa tertarik nak baca kan. Novel ni kalau nak diikutkan memang susah nak dapat di pasaran, sebab tu saya sayang sangat dengan novel ni. Kalau uolls tak jumpa jual kat mana-mana, boleh cuba cari kat Perpustakaan Awam ya.

Dan bagi mereka yang tinggal di kawasan Kulim dan sekitarnya, boleh dapatkan buku ini di Book Station yang akan kembali beroperasi sedikit masa lagi.

Selamat Membaca.

Much💗,

Friends Outing

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alkisahnya, Cik Lala dah bising. Lama tak gather-gather katanya. Plan punya plan asyik tak jadi saja. So kali ini kita plan baik punya. After work, kat Pizza Hut. Jangan lambat!!

Hahah~

Selalu yang lambat tu ceq la... Nak buat macamana kan... jalan jem... Kihkihkih. Tapi yang syoknya, dorang order siap nak makan apa. Tak perlu tunggu... nanti bila ceq sampai semua dah ready. Tengok... pandai kan!!

Tak cukup korum?

Itulah, masing-masing sibuk kan. Mira Ali busy tak boleh nak kata apa la. Ina lak dah dok jauh ... Wawa pun sama busy. Vania pula dah migrate nun Singapore nun. Hehe... jangan marah erk...saja nak highlight perkataan-perkataan tu bagi besaq. Tambah-tambah lagi yang BUSY tu. Heheh...

So terciptalah outing hanya kami bertiga. Walau hanya bertiga tetap HAVOC hokeeh.




Tq ladies... lepas ni nak lepak mana lak? Hehe...

Much💗,

Wednesday, 29 August 2018

[2018] #6 Unity Run 2018 Seberang Jaya

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Unity Run 2018 Seberang Jaya]

[1 April 2018]
[Sunway Carnival Mall]
[5KM - Finisher]

Sebuah event yang simple. Fun Run 5km sahaja. Bolehlah berlari fun-fun bersama kawan-kawan runners, Selajus Runner dan Ha'pening Crewz. Tapi yang tak bestnya, walaupun sekadar Fun Run 5km tapi ada isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku. Ada yang patah balik, shortcut dan sebagainya. Bukan nak kepoh, tapi dah bayar berpuluh ringgit kan...apa salahnya berlari dengan jujur. Best apa lari ramai-ramai kan... 

Tapi apa pun, Tepuk Dada Tanyalah Selera!

Sekali-sekala join Fun Run seronok sebenarnya. Anggap saja sebagai training.  Masa join event ni pun sebab medal dia cantik. Yang cantik-cantik memang nak la buat koleksi. Heheh~

Walaupun simple tapi penyertaan memang amat menggalakkan. Full house kata orang. Memang meriah sampai nak cari kawan pun jenuh call baru boleh jumpa. Haha...





Okaylah, sekian dulu. Kita jumpa lagi di event yang seterusnya.

Much💗,

Tuesday, 28 August 2018

Hiking Di Tokkun Hill Bukit Mertajam

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama tak berhiking. Terasa rindu pula. Dulu seminggu sekali mesti nak selit training di Tokkun Hill. Kadang-kadang guna route jalan tar dan kadang-kadang guna trek bukit. Kedua-duanya mencabar tapi kalau nak lebih kepuasan kita guna trek bukit lah.

Training bukit ni bagus untuk kuatkan kaki dan paha. Lebih-lebih lagi untuk runner-runner macam saya ni. Kalau dapat buat seminggu sekali pun dah cukup sebenarnya. Tapi sekarang ni masa memang tak cukup nak pi naik Tokkun, cuma sempat training bukit Hi-Tech saja. Haha... acah2 bukit juga tu. Tapi memang padu lah naik Hi-tech pun. Pantang curi tulang berenti sat jaa pon...coach dah tempikk! Haha... ya ampun...

Hike kat Tokkun ni kalau pi ramai-ramai memang best. Tapi kalau ada geng dua tiga orang pun dah okay sebenarnya. Nanti kat sana masa nak naik tu mesti terserempak dengan geng-geng lain. Kalau kita slow, follow saja belakang depa. Kalau kita laju sikit, depa lak follow belakang kita. Dah jadi macam satu geng pula.

Sebab tu lah adanya caption;
Runner... Hiker...
Kita Semua Bersaudara. 

Sama-sama hike...sama-sama sampai ke puncak. Betul kan.... :D




So, bila ada ja peluang berhiking memang Tokkun Hill yang menjadi pilihan. Dekat pun dekat... Tapi kalau ada peluang yang lain, mesti nak juga rasa berhiking kat tempat lain pula. Nantilah... tunggu masa yang sesuai untuk pi yang jauh-jauh. Sekarang ni cukup apa yang ada.

Yang penting ada aktiviti. Kan...

So uolls semua kalau ada masa tu, pergilah hiking kat mana-mana yang sesuai. Dekat atau jauh tak kisah, yang penting pengalaman yang kita dapat tu cukup berharga sebenarnya.

Selamat Berhiking.

Much💗,

Thursday, 16 August 2018

#MalaysiaMembaca: Apakah 10 buku kegemaran anda?

Teks: As Samsudin
Foto: FB Dr Maszlee & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


#MalaysiaMembaca

Idea ini telah dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik yang dipostkan di Facebook miliknya. Rata-rata sekarang ini, ramai yang menyahut seruan dan berkongsi 10 buku kegemaran dengan tagar #MalaysiaMembaca. Idea ini sejajar dengan hasrat beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca tahun 2030.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia amnya dan pencinta buku khasnya, saya juga ingin bersama-sama beliau dan sahabat-sahabat yang lain untuk berkongsi 10 buku kegemaran saya. Tapi sebelum tu... Kalau anda follower saya yang tegar (Cewahhh...ada ke follower tegar saya kat sini? ) Korang maybe perasan yang saya pernah berkongsi tentang 10 Novel Kegemaran Saya dalam entri saya sebelum ni. Entri tu dah lama... 9 September 2014. Lama kan...

Kalau uolls nak baca entri tu, boleh klik link kat bawah ni :)


Dan kali ini, sebagai respon kepada idea Dr Maszlee, saya kongsikan 10 buku kegemaran saya di tahun 2018. Mungkin ada antaranya sama dengan apa yang pernah saya kongsikan dahulu. Yelah, dah nama pun buku kegemaran kan, so for sure buku yang saya suka dulu tetap menjadi buku yang saya suka sekarang. Dan kalau ada buku lain yang tersenarai, tidak bermakna buku dulu tu dah tak menjadi buku kegemaran kan. Tapi yelahhh, bila kita dah baca buku baru yang lain, mungkin buku tu lebih bagus dan lebih terkesan di jiwa, jadilah ia buku yang digemari sekarang.

Dan senarai ini mungkin akan berubah lagi pada masa akan datang. Betul tak? Haha... panjang bebel la pulak kan. Biasalah... jari-jemari ni kalau dah dapat mengetuk papan kekunci... dia laju semacam. Kalah pace berlari.... hahah~

Okay dahhh... jom kita tengok senarai buku yang saya suka di tahun 2018.


10 Buku Kegemaran Saya.
====================
  1. Projek 238 - B H Amir
  2. Cinta 24 Jam - Andrei Aksana
  3. Salju Kyoto - Sara Aisha
  4. Ombak Rindu - Fauziah Ashari
  5. Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
  6. Satu Janji - Ramlee Awang Murshid
  7. Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid
  8. Detik Debar - Eyman Hykal
  9. Jangan Percaya - Syaida Ilmuna
  10. Aku Lelakimu - Sara Aisha
Dan... ini pula buku yang saya tengah baca sekarang!

I'm Not A Monster - Sara Aisha

Okay, saya dah kongsi. Bagaimana pula anda? Cepat kongsikan 10 buku yang anda suka... boleh kita sama-sama dapatkan buku yang tak pernah baca lagi tu nanti.

Jom kita membaca!

P/S: Salju Kyoto missing dari pic ni... xtau pi mana novel tu, cari tak jumpa. Huhu..

Much💗,