Wednesday, 23 March 2016

Roti Doll Gunung Keriang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom pi makan Roti Doll.....

Kalau hari tu kita buat review tentang Roti Doll kat SK Roti Doll Corner, kali ni kita nak pi try Roti Doll Gunung Keriang pula. Kalau nak diikutkan, Roti Doll Gunung Keriang ni memang femes giler. Bukan saja kat orang-orang Alor Setar tapi dah terkenal sehingga kat orang luar. Saya jer yang tak tau. Hehe... Sebab itu lah kali ni saya nak pi try makan Roti Doll Gunung Keriang ni.

[ROTI DOLL GUNUNG KERIANG]

Restoren Roti Doll Gunung Keriang ni sudah semestinyalah terletak di Jalan Gunung Keriang. Tepi jalan saja, dari jauh dah boleh nampak sebab signboard restoren ni kaler merah. Restoren ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Beroperasi dari pukul 7:30am hingga 9:30pm . Masa kami pi tu dalam pukul 10am... mak aii ramainya orang. Nak cari parking pun susah. Walaupun ramai yang dah habis makan tapi ramai juga yang baru datang. So memang sentiasa penuh.

Saya tak pasti nama betul restoren ni Roti Doll atau Restoren Mee Sham (Roti Doll) sebab dua-dua nama pun merujuk kepada restoren yang sama. Tapi kat sini Roti Doll memang merupakan menu terbaik. Saya dok perati semua meja, rata-ratanya memang order Roti Doll. 10/10 you know. Apa yang istimewanya Roti Doll Gunung Keriang ni?


Ha, nampak tak? Nampak tak? Terliur tak?? Memang superb sangat tak tau nak habaq!! Menu Roti Doll ni ada roti canai yang dah dipotong-potong kecil dan diletak secara bulat kat tengah-tengah, pastu taruh kuah banjir kok atas membentuk pulau, boh sambal special tu kok tepi, boh telur goyang kat atas roti canai, tabur lada sulah sikit. Pergh!! Makan tak pandang kiri-kanan dah. Mak mertua lalu pun dah tak nampak weyh! Sedap sangat. Patutlah semua orang pun order. Harga pun ok, RM2.50 saja. 


Saya siap pi stalk kat tempat buat Roti Doll. Oh, rupa-rupanya proses dia memang begitu terperinci. Seorang buat roti canai, seorang potong boh lam pinggan, seorang buat telur goyang, sorang part last boh kuah, sambal segala. Memang sistematik. Ni baru betul, baru taste dia tak lari. Then kuah dia pulak, sekali tengok memang nampak macam kuah roti canai, kuah dal tapi saya percaya kuah dal ni pun pasti ada resepi yang tersendiri.

Restoren ni buka sampai malam kan. So sudah semestinya lah ada menu lain lagi kat sini. Ada Mee Goreng Mamak, set Roti Jala, kuih-muih seperti karipap dan masalodeh. Sedap juga kuih kat sini. Dan nasi kandar sudah tentulah ada. Macam-macam jenis lauk-pauk yang dijual kat sini. 

Okay uolls, jangan lupa pi try Roti Doll Gunung Keriang ni tau. Kami tau... sekali ampa kena pasti ampa nak lagi. Hehe... Okaylah, chow dulu. Jumpa lagi di entri yang seterusnya.

Adios!

No comments:

Post a Comment