Friday, 30 September 2022

Kuliah 1 - Konsep Penulisan

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kuliah 1 Sem003
Konsep Penulisan

Kata mak, kena guna konsep Show Don't Tell dalam penulisan. Barulah  karya kita tu cantik dan menarik.

Jangan guna naratif yang meleret-leret, pembaca malas nak baca.

Dialog pun kena melawan. Tapi jangan melawan cakap mak sudahlah. Mak babab nanti!

Jumpa lagi.

Wednesday, 28 September 2022

Giveaway Suka-Suki Mamapipie

Sumber: mamapipie.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Klik banner kalau nak join ya :)

Hampir setahun tak join giveaway, tiba-tiba terbaca tentang Giveaway Suka-Suki Mamapipie. Terus hati tertarik nak join. Tengok tarikh akhir tu, sempat lagi ni.

Tarikh akhir - 1 Oktober 2022.

Nyatakan 1 blog post mama yang menjadi kesukaan korang beserta link post tu.

Sebelum ni memang suka belek-belek blog Mamapipie dan suka baca posting mama. Mama ni banyak kaver macam-macam cerita. Dan kebanyakannya post mama semuanya berinformasi. Lebih-lebih lagi posting tentang travel. Kalau tak percaya cuba baca ni.


Bukan itu saja, setiap kali mama buat giveaway memang teruja nak join. Harap-harap ada rezeki saya. Korang jomlah join sekali. 

Jumpa lagi.

Pembukaan dan Ucaptama Semester 003 UnIKH

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH dan koleksi peribadi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pembukaan dan Ucaptama Semester 003 UnIKH
9 September 2022

Alhamdulillah, kuliah pembukaan dan ucaptama Semester 003 Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UnIKH) telah pun diadakan pada 9 September yang lepas.

Manis berseri wajah Puan Sri Diah mengalu-alukan pelajar baru dan alumni yang mengambil langkah bijak dalam mencapai impian untuk menulis buku sendiri. Dapat juga lepas rindu mendengar suara mak yang serak-serak basah tu.

Barisan admin semester 003 bukan calang-calang orangnya. Semuanya begitu ceria dan bersemangat untuk membimbing pengkarya-pengkarya ohsem. Saya pun begitu teruja.




Tema Semester 003.
  1. Legasi Nenda
  2. Kerjaya
  3. Anak Syurga
  4. Syurga Untuk Dia 
  5. Idola
Saya sudah ada tema yang bermain di  kepala. Jadi memang fokus dengan pencerahan yang mak beri tentang tema tersebut. Nak tahu tema apa? Tunggu...!

Masih menulis buku antologi?

Kata mak, antologi membina kekuatan untuk menulis buku solo. Perlahan-lahan tanam semangat, kutip segala ilmu yang ada, bina sokongan dan tentukan matlamat yang hendak dicapai.

Bermula dengan antologi, berakhir dengan buku solo. Jangan pandai cakap saja tau!

Jumpa lagi.

Monday, 26 September 2022

Selamat Datang ke Sem003 UniKH

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana diberi peluang dan kesempatan untuk turut serta dalam Sem003 Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UniKH).

Sebagai alumni UniKH, semestinya saya tidak akan melepaskan peluang untuk terus menimba ilmu dan memantapkan lagi ilmu penulisan dari semasa ke semasa.

Rektor UniKH, Puan Sri Diah Shaharuddin sememangnya sudah tidak asing lagi dalam perjalanan dunia penulisan saya. Saya mempunyai nilai sentimental bersama Mak Sri yang  amat manis untuk dikenang.

Kenapa?

Kerana mak, saya berjaya memeluk buku pertama saya dan juga berjaya mencipta sejarah peribadi di atas pentas utama PBAKL 2019.

Saya pernah belajar ilmu penulisan bersama mentor yang lain namun maklah orangnya yang berjaya menjentik hati saya untuk menulis buku dan menjadi titik permulaan kejayaan saya pada hari ini.

Mungkin kejayaan saya ini tidaklah sehebat anak-anak mak yang lain namun inilah momen indah yang akan saya kenang selagi hayat dikandung badan.

Terima kasih mak.
Terima kasih para pembimbing UniKH.
Terima kasih sahabat pengkarya semua.

Selamat Maju Jaya dan semoga kita semua lulus dengan cemerlang dalam semester ini.

As Samsudin
BKH Kembar 10
BKH Legasi Abah
Antologi Karau Rindu
BKH Jodoh Cinta

#Sem003assamsudin
#UniKH

Jumpa lagi.

Ayuh Bangkit!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Wow, pagi-pagi lagi dah dapat hadiah daripada mak Sri Diah Shaharuddin tersayang.
Macam tahu-tahu je anak dia tengah bersedih.

Betullah kata mak, orang yang positif tidak akan terus bersedih. Kuatkan semangat, jalan terus!

Kalau ada seorang yang tak suka kita, ramai lagi yang suka dan sayang pada kita. Tak perlu buang masa merayu. Banyak lagi peluang menanti dan ramai lagi yang lebih menghargai.

Dan ingatlah, jika satu pintu tertutup buat kita, banyak lagi pintu yang masih terbuka. Pilih saja.

Okey, mak dah menceriakan saya. Saya pun nak bagi hadiah juga la. Sedekah pagi kan magnet rezeki. Eh, dah tengah hari la...

Okey je kan. 

Nah, untuk kamu yang masih bersedih. Ketik sini untuk melihat hadiah kamu.


Jumpa lagi.