Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
~it's a home mini library~
Sudah lama mini library tidak beroperasi. Ya... hampir dua tahun lamanya, kosong dan terbiar sepi. Tapi kini perasaan nak meriahkan balik semakin berkobar-kobar. Sudah pasti tujuan utamanya di samping untuk masyarakat setempat, ianya adalah untuk kepuasan diri sendiri.
Saya dan buku tidak dapat dipisahkan?
Ya, tapi itu dulu. Sekarang ni sudah terpisah jauh, banyak cabaran dan dugaan yang memisahkan kami. Namun walau apa jua, semangat untuk kembali bersatu masih ada. Dan harapan moga hasrat ini akan terlaksana. Sedikit masa lagi...
Sempena semangat baru ni, terfikir juga nak tukar nama. D' Rauna Gallery seakan tidak releven kerana tidak menonjolkan imej buku. Dulu letak nama tu sebab nak buat galeri untuk pelbagai koleksi. Galeri D' Rauna kekdahnya. Tapi kini nak fokus untuk library saja. So kita tukarlah erk.
Nama apa yang sesuai ya?
Kalau uolls ada cadangan, dialu-alukan :)
Okay, sampai sini dulu. Jumpa lagi next entri.
Much💗,
Nama apa yang sesuai ya?
Kalau uolls ada cadangan, dialu-alukan :)
Okay, sampai sini dulu. Jumpa lagi next entri.
Much💗,