Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ini jer
running shoes yang saya ada. Kasut pertama yang saya beli brand
Skechers... beli murah-murah saja. Dan selepas tu baru pandai beli running shoes yang sesuai dengan kaki. Ada brand
New Balance, Brooks, Asics, dan juga
Nike. Yang first beli sampailah yang terbaru, semuanya masih elok dan masih digunakan. Tapi seronok juga tengok kawan-kawan runner yang bila dah bosan pakai kasut tu, jual kat kawan-kawan dengan harga yang murah dan kemudian beli kasut baru. Teringin juga nak buat macam tu, tapi ada ke orang nak beli? Hahah~
Bukan apa, kasut running saya saiz
UK4 atau
UK4.5. Rasanya tak ramai yang sama saiz dengan saya. So susah sikit nak jual kot. So tak apalah, selagi masih elok kita pakai sajalah. Tukar-tukarkan...
Bukan kasut running saja, kasut untuk training pun ada. Tapi semuanya kita belasah macam tu saja. Semuanya pakai pi training, running, hiking, pi jalan-jalan pun kadang-kadang pakai sport shoes juga. Ada ceq kesah? Hehehe... Tapi kadang-kadang tu kalau join running event dan rasa nak speed sikit... nak try podium... kita pakai la running shoes yang sepatutnya. Haha, nampakkkk!!
Walau apa pun semuanya kita sayang tau, sebab masing-masing ada cerita yang tersendiri dan masing-masih dah banyak berjasa kat
Turtle Runner ni.
Thank you lah kat
Pelari Misteri yang kalau beli running shoes kat dia mesti beli satu set kat saya sekali. Matching gitu... Tapi kan B... rasanya dah lama kita tak beli kasut kan. Nak kasut baru boleh? Hehe... tak sabar tunggu tahun depan, boleh dapat kasut baru. Tettt. :D
Much💗,