Thursday, 20 March 2014

Santai Sejenak

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya sedang membaca e-book Rautan Takdir karya Monalita Mansor. Ia adalah sebuah kumpulan 15 cerpen yang bertemakan kasih sayang dan ketuhanan. Setiap cerpen yang dimuatkan adalah cerpen-cerpen terbaik yang memaksa saya untuk mengulangi pembacaan dua tiga kali, barulah saya dapat memahami sepenuhnya.

Tetapi makin lama saya membaca, dari satu cerpen ke satu cerpen, kerap kali saya berhenti dan berfikir; dari mana penulis ini mendapat idea yang begitu cantik pada pemikiran saya. Dari mana? Bagaimana? Hati saya terasa kagum sangat-sangat. Idea yang digarap pada saya amat berat dan hanya penulis yang baik mampu menggarap idea yang berat menjadi sebuah karya yang terbaik.

Mnm... luahan ini ditulis disaat saya membaca cerpen bertajuk Si Manis. Cerpen ke-sebelas dalam karya Rautan Takdir. Terlalu kagum sehingga terdetik untuk meluahkannya di sini.

Syabas buat penulis ini. Semoga terus maju dan menghasilkan karya-karya bermutu yang memberi manfaat buat pembaca semua. Nantikan ulasan saya untuk karya ini pada entri seterusnya.

#saya turut memasang impian untuk menjadi penulis sebegini.
#doakan saya.

Learning Is Fun T__T



Wednesday, 19 March 2014

Demi Masa

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama tidak melontar idea di sini, blog cuma terbiar sepi. Tiada senda tiada seriusnya. Mengapa ini terjadi? Tidak punya waktu? Ohh, tidak adil jika dihukum kekangan masa kerana setiap insan di dunia ini mempunyai jumlah masa yang sama. Seandainya 24 jam yang ada cukup untuk mereka, mengapa tidak kita?

Sejujurnya, hambatan tugas melumpuhkan sebahagian aktiviti yang ada. Seandainya yang ini perlu disegerakan maka, yang itu perlu dikorbankan. Namun sebagai insan yang diberi nikmat yang tidak terhingga oleh Yang Maha Esa, bersyukurlah namun terus berusahalah. Usah tunduk dengan pelbagai halangan, teruskan kayuhan demi sebuah kejayaan.

Biar lambat asalkan ada hasilnya!

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
  Al-’Asr 103: (1-3)

Wallahualam.