Wednesday, 19 March 2014

Demi Masa

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama tidak melontar idea di sini, blog cuma terbiar sepi. Tiada senda tiada seriusnya. Mengapa ini terjadi? Tidak punya waktu? Ohh, tidak adil jika dihukum kekangan masa kerana setiap insan di dunia ini mempunyai jumlah masa yang sama. Seandainya 24 jam yang ada cukup untuk mereka, mengapa tidak kita?

Sejujurnya, hambatan tugas melumpuhkan sebahagian aktiviti yang ada. Seandainya yang ini perlu disegerakan maka, yang itu perlu dikorbankan. Namun sebagai insan yang diberi nikmat yang tidak terhingga oleh Yang Maha Esa, bersyukurlah namun terus berusahalah. Usah tunduk dengan pelbagai halangan, teruskan kayuhan demi sebuah kejayaan.

Biar lambat asalkan ada hasilnya!

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
  Al-’Asr 103: (1-3)

Wallahualam.



2 comments: