Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Hujung minggu memang hari saya memasak. Jadi hari ni saya nak kongsi resipi gulai istimewa daripada nenek saya. Saya memang biasa buat gulai, tapi buat la gulai ikan apa pun, resipi saya sama saja. Caranya memang sama. Belajar daripada arwah emak saya.
Jadi kali ni saya nak buat gulai macam nenek saya masak pula sebab cara nenek saya buat gulai lain sikit daripada apa yang saya selalu buat.
Gulai Ikan Nyok-nyok Resepi Nenekku
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Halba Campur
Daun pandan
- Bawang merah dan bawang putih dhiris halus untuk bahan tumis
Bawang merah
Bawang putih
1 bungkus rempah kari ikan
Santan
Air asam jawa
Garam
Gula
- Bawang merah dan bawang putih dikisar halus. Kemudian campurkan 1 bungkus rempah kari ikan, sedikit santan, air asam jawa, sedikit garam dan gula. Bancuh sebati.
1 bungkus rempah kari ikan
Santan
Ikan Nyok-nyok
Kacang bendi
Garam/kicap cair secukupnya
Cara-caranya:
- Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur, daun kari dan daun pandan sehingga kekuningan.
- Masukkan 1 bungkus kecil rempah kari ikan. Tumis sebentar sehingga naik bau.
- Masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan. Biar sehingga mendidih. Tapi kena kacau selalu ya sebab tak nak santan tu pecah minyak.
- Masukkan ikan. Akhir sekali masukkan kacang bendi.
- Masukkan garam/kicap cair secukup rasa.
Tara, dah siap gulai ikan nyok-nyok yang amat enak. Makan dengan nasi putih dan sambal belacan, perghhh memang sedap terangkat. Petang-petang cicah dengan roti atau pek nga pulak. Memang Mak Mertua lalu tak nampak la ceritanya. Haha...
Okey, jangan lupa cuba ya.
Jumpa lagi.