Thursday, 31 March 2016

Star City Hotel Alor Setar

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jangan terkejut yea... saya bukan buat tour lepak-lepak hotel Alor Setar tapi memang kebetulan ada urusan kat sini. Kali ni saya check in Star City Hotel pula.

[STAR CITY HOTEL]


Star City Hotel terletak di Jalan Pintu Sepuluh Alor Setar. Hanya 05 minit berjalan kaki ke Aman Central Mall dan Menara Alor Setar. Memang berada betul-betul dalam kawasan strategik.

Hotel bertaraf tiga bintang ini mempunya 98 buah bilik berhawa dingin pelbagai jenis. Ia dilengkapi dengan peti sejuk mini, tv berkabel, kemudahan membuat kopi/teh, mini sofa, seterika, pengering rambut dan wifi yang laju. Kat sini juga disediakan surat khabar percuma. Surat khabar Star yang dihantar ke bilik seawal jam 6am.

Masa mula-mula masuk bilik,... Wow, I like! Bilik memang luas dan selesa. Dekorasi bilik ni amat cantik sekali dan kebersihan memang terjaga. Kira saya betul-betul suka la duduk kat hotel ni. Staf-staf kat hotel ni pun baik dan peramah. Kira nak tanya apa pun depa layan dengan baik. Dan yang paling penting sekali shower dia kuat okay. Nak mandi pun best kalau air laju.


Breakfast provided.... menu yang disediakan kat The Paddy Cafe ni kira not bad. Ada nasi lemak, makaroni bakar, aneka pilihan roti bakar dan jem, minuman panas dan jus dan macam-macam lagilah. Yang paling saya suka ialah kuih pau yang pelbagai warna. Rasa pun sedap. Dekorasi cafe ni memang cantik. Kerusi yang pelbagai warna memang menaikkan seri.


Kira saya enjoy la stay kat hotel ni.Yang pastinya lepas ni kalau ada event kat Alor Setar pasti akan pilih hotel ni untuk bermalam. Memang selesa sekali.





Okay, sekian review saya untuk Star City Hotel Alor Setar.

Adios!

Review Novel #6: Tundukkan Playboy Itu - Anjell

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okay, mood tengah baik. Sebab tu sambung baca novel ni pula. Mentang-mentang enjin tengah panas, novel ni saya habiskan dalam masa sehari jer. Dalam beberapa jam sahaja. Hah, amik ko!

[TUNDUKKAN PLAYBOY ITU]

Novel ni beli masa PBAKL 2015 yang lalu tapi sehingga drama adaptasi novel ni ditayangkan dalam Slot Akasia TV3 saya masih belum ada masa nak baca. Tapi entah kenapa tengok drama ni kat TV rasa lembab semacam tu yang saya geram terus baca novel ni sampai habis. Hah, memang penangan Tundukkan Playboy Itu betul la!!


Bila dah baca novel ni memang saya akui ada part-part yang berbeza dengan drama. Ya, mungkin mengikut kesesuaian drama dan pelakon yang menjayakan watak. Biasa la tu, tukar sini sikit sana sikit yang penting tema dan jalan cerita tetap sama.

Novel ini mengisahkan tentang Harraz Naufal yang merupakan seorang `Playboy'. Kawan rapat dia iaitu Farhan merupakan sepupu dan seorang Playboy juga. Ha elok sangat la tu kan. Sebab tu boleh jadi kawan baik. Dan sejak kehadiran Nurin dalam hidup mereka, dua-dua pun jatuh cinta kat Nurin dan dua-dua pun dah jadi baik. Memang Nurin berjaya Tundukkan Playboy Itu!!

"Hanya dari panahan MATA, kisah CINTA pun bermula"

Kalau tengok dari tajuk novel ni rasanya ramai yang boleh meneka jalan ceritanya kan. Saya tertarik untuk beli novel ni sebab nak tahu bagaimana seorang Playboy boleh tertunduk dengan seorang Hijabista. Walaupun dah boleh agak jalan cerita tapi saya beli juga. Hehe... Ini adalah karya Anjell yang ketiga tetapi ini karya pertama beliau yang saya baca. Novel pertama beliau berjudul Eksperimen Cinta dan yang kedua ialah Suamiku Paling Sweet. Yang itu belum baca lagi. Anjell pun saya belum pernah jumpa. Mungkin suatu hari nanti...

Walaupun saya dah habis baca novel ni tapi kalau ada masa saya tetap tengok drama ni kat TV. Apapun, saya lebih suka versi novel. Cumanya jalan ceritanya ada unsur-unsur yang kurang sihat. So saya tak galakkan adik-adik kita baca novel ni. Kakak-kakak, makcik-makcik okay la kalau nak baca. Yang adik-adik tu tunggu besar sikit ya. Tapi kalau adik-adik nak tengok drama boleh kot cuma pastikan ditemani oleh orang dewasa. Part-part yang baik tu kita tak risau cuma part-part yang tak baik tu saja kita perlu berikan pencerahan agar mereka faham dan tak terikut.. Eh, eh tetiba concern pulak saya ni.. XD

Okay, jom kita tengok sinopsis novel ini.

[SINOPSIS]

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

[Sumber: goodreads.com]

Kalau baca sinopsis ni mesti ramai yang suka kan! Saya bagi 3.5/5* untuk novel ni. Kalau nak beli novel ni boleh pm saya di no 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat.

Tajuk: Tundukkan Playboy Itu
Penulis: Anjell
Penerbit: Karya Seni

Adios!

Tuesday, 29 March 2016

Review Novel #5: Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu - Sara Aisha

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


[CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU]

Yeay... finally saya dah baca novel ni! Ini adalah novel pertama Sara Aisha yang saya baca. Kenapa pilih novel ni dulu? Sebab... novel ni novel thriller... karya thriller memang mampu menarik saya sampai sanggup berjaga malam. Kalau novel cintan-cintun tu dia boleh hold lagi. Dan sebab yang paling utama adalah kerana novel Salju Kyoto. Khabarnya watak Karn-Dian muncul dalam Salju Kyoto. Jadi sebelum baca Salju Kyoto saya nak berkenalan dengan Karn-Dian ni dulu.

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu merupakan karya kedua Sara Aisha yang terhasil pada tahun 2013. Saya habiskan pembacaan untuk novel ni dalam masa dua hari saja. Lebih tepat lagi dua malam sebab malam baru ada masa belek novel. Novel ini mengisahkan tentang Dian Damia yang terjerumus ke dalam situasi yang bahaya secara tidak sengaja yang akhirnya menyebabkan dia terikat dengan Karn Klaharn Ekoran itu macam-macam tragedi berlaku kepada Dian yang sudah pasti semuanya ada kaitan dengan Karn.

Siapa Karn Klaharn ni?

Karn Klaharn adalah pewaris kepada sebuah keluarga bangsawan dan bakal mewarisi segala harta milik keturunan Thanasukolwit. Okay chopp... masa baca novel ni saya memang tak tau sebut nama depa yang panjang dan tergeliat lidah tu. Yang pendek-pendek ja tau sebut. Dan yang paling kelakarnya saya tak mampu nak sebut nama penuh Karn dengan lancar. Haha...Okay sambung... Karn ni ada musuh iaitu Sakda. Kira segala musibah yang melanda Dian ni memang berpunca daripada Sakda ni la. Sebab dia memang nak hapuskan Karn. Dah takdir Dian bertemu Karn dan takdir juga yang mengheret Dian ke kancah musuh dalam selimut ni.

Latar novel ini semestinyalah di negara Thailand. Sebab tu gambar kat atas tu saya snap sekali dengan gelas dari Thailand. Konon nak ambik mood Siam. Heheh~ Tempat tinggal Karn diceritakan begitu indah, tenang dan damai sampai saya terfikir wujud ke tempat ni. Siripon Resort tu semua memang ada ke kat Thailand tu. Kalau ada jom kita pi! Hahah~ Lepas tu saya perasan penulis memberikan pemerian yang terperinci tentang latar sesuatu tempat tu. Kira cerita habis-habis sampai kita boleh bayangkan tempat tu macamana. Contohnya tentang bagaimana penulis memerikan tentang Hatyai. Senang cerita sape yang nak pi Hatyai boleh baca novel ni untuk dapat maklumat tentang Hatyai. Macam novel travelog pula. Betul... tak tipu!!

Secara keseluruhannya saya memang suka dengan novel ni. Plotnya mungkin bergerak sedikit perlahan pada mulanya tapi naluri ingin tahu kesudahan novel ini tetap kuat. So dia tetap menarik kita untuk terus membaca. Naluri saya berkata penulis juga menggunakan teknik ambil jalan selamat dalam menghasilkan karya ini. Ini teknik rekaan saya kot, sebab rasanya dalam sudut kesusasteraan kreatif tak ada teknik ni. Hehe... sebab apa saya kata macam tu? Saya rasa penulis seolah-olah menggambarkan sesuatu secara sederhana, malu-malu dan berhati-hati. Kadang-kadang saya rasa tak puas... nak lagi... kalau sakit biar sakit betul-betul... kalau jahat biar jahat habis tapi penulis baik hati sedikit dalam karya ini.

Namun ada babak-babak yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Contohnya babak antara Karn dan Krissada. Dialog antara mereka berdua membuatkan saya tersenyum meleret.


" Siapa dia sebenarnya pada kamu, Karn?"
" Dan siapa pula Dian Damia pada Krissada?"

Biasa la selalu kalau baca novel thriller, saya nanti akan assume itu ini. Masuk bab 55 macam tu, saya mula meneka yang Sakda tu maybe Uncle Sukrit. Pastu dok rasa yang Krissada tu sebenarnya jahat, eh sat rasa dia tu baik pula. Ha macam-macamlah... Walaupun at last kita tau Sakda tu bukan Uncle Sukrit tapi seronok sebenarnya bila kita juga turut bermain dengan emosi. Sebab ia akan menarik kita untuk terus baca dan baca sampai habis.

Oleh sebab saya suka, saya bagi 4/5* untuk novel ni. Okay, jom kita baca sinopsis Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu.

[SINOPSIS]

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

[Sumber: http://watashinosara.blogspot.my/]

Okay uolls, jangan lupa dapatkan novel ini di kedai buku ya. Atau order terus daripada Cik SA kita. Kalau nak order daripada saya pun boleh, pm saya di no 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat. Lepas ni saya nak baca Salju Kyoto pula ♥♥♥

Tajuk: Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu
Penulis: Sara Aisha
Penerbit: Karya Seni

Adios!

Monday, 28 March 2016

[2016] #2 Parit Buntar Kampung Run

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[28.02.2016]
PARIT BUNTAR KAMPUNG RUN
BAN PECAH, TANJUNG PIANDANG PERAK


#FebruaryRun

Finally, ada juga run event di tempat kelahiran saya. Saya orang Parit Buntar hokeeh, lahir kat Titi Serong kira-kira 15minit ke Ban Pecah Tanjung Piandang. Kalau tak silap saya, ini run event yang pertama kat Parit Buntar. So memang harus join kot.

Parit Buntar Kampung Run ini adalah anjuran Generasi Muda Ventures. Yang specialnya route dia memang best. Dah nama pun Kampung Run so memang kena masuk kampung la. Kena lalu kok Ban Pecah kat tepi laut tu dan masuk jalan kampung yang kiri-kanannya ada sawah padi dan tak kurang juga jalannya yang dipenuhi dengan tahi lembu. Ini baru kampung!




Walau apapun bagi saya inilah event yang paling happening dan havoc di tahun 2016. Daripada emcee, organizer, peserta, penganjur, penaja, orang-orang kuat Daerah Kerian semuanya sporting giler dan selamber der. Memang semua pun happy.

Apatah lagi ada lebih daripada seratus hadiah untuk cabutan bertuah. Banyak penaja... baik-baik sungguh orang Parit Buntar. So kita tunggu la kot-kot nombor bib kita naik tapi tak dak rezeki. Tak pa... no hal lah!

Oppss... lupa nak habaq. Saya rasa happy sangat join event ni sebab yang paling utamanya t-shirt dia cantik... merah ang-ang. Dan... medal dia besaq weyy.... medal paling besar yang ada dalam koleksi saya. Ha... memang berbaloi. Dengar kata tahun hadapan nak buat lagi, so memang akan join lagi lah!

Okay, saya kongsikan kegembiraan kami di sini.






Adios!

Thursday, 24 March 2016

Hotel ASRC Alor Setar

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[HOTEL ASRC]


Hotel ASRC terletak di Lebuhraya Darul Aman, 5 minit berjalan kaki dari Muzium Alor Setar. Kira strategik jugalah. Dekat juga dengan Stadium Darul Aman. Jalan nak masuk ke sini agak terlindung, banyak kali terlepas simpang tu sebab terlalu dekat dengan traffic light. Tapi tak apa, boleh u-turn kat depan tu saja.

Hotel ini menawarkan bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan internet Wifi tapi wifi dia tak laju sangat pun. Nak upload gambar kat instagram pun tak lepas. Bilik yang tersedia dilengkapi dengan perabot kayu seperti kerusi dan meja. Bilik tak la besar sangat, kira standard saja.



Masalahnya kat sini nak naik ke tingkat atas kena guna tangga yer. Tinggi punya tangga. Lif tak ada, so toksah dok berangan. Panjat saja tangga tu. Penat kot. Yang membuatkan saya tempah hotel ni sebab ada kolam renang. Tapi malangnya masa saya duduk tu kolam renang ni ditutup untuk proses pengubahsuaian. Kira frust juga lah.



Hotel ASRC ni kira hotel budget yang selesa. Memang murah kalau nak dibandingkan dengan hotel lain. Dah la tu betul-betul kat town. Saya cuma tinggal semalam saja kat sini. Setiap kali pi Alor Setar sengaja tempah hotel lain-lain. Nak rasa duduk kat semua hotel kononnya. Hehe...

Okaylah, pada sesiapa yang nak bermalam di Alor Setar terutamanya Backpackers bolehlah menginap di hotel ini.

Adios!

Wednesday, 23 March 2016

Roti Doll Gunung Keriang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom pi makan Roti Doll.....

Kalau hari tu kita buat review tentang Roti Doll kat SK Roti Doll Corner, kali ni kita nak pi try Roti Doll Gunung Keriang pula. Kalau nak diikutkan, Roti Doll Gunung Keriang ni memang femes giler. Bukan saja kat orang-orang Alor Setar tapi dah terkenal sehingga kat orang luar. Saya jer yang tak tau. Hehe... Sebab itu lah kali ni saya nak pi try makan Roti Doll Gunung Keriang ni.

[ROTI DOLL GUNUNG KERIANG]

Restoren Roti Doll Gunung Keriang ni sudah semestinyalah terletak di Jalan Gunung Keriang. Tepi jalan saja, dari jauh dah boleh nampak sebab signboard restoren ni kaler merah. Restoren ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Beroperasi dari pukul 7:30am hingga 9:30pm . Masa kami pi tu dalam pukul 10am... mak aii ramainya orang. Nak cari parking pun susah. Walaupun ramai yang dah habis makan tapi ramai juga yang baru datang. So memang sentiasa penuh.

Saya tak pasti nama betul restoren ni Roti Doll atau Restoren Mee Sham (Roti Doll) sebab dua-dua nama pun merujuk kepada restoren yang sama. Tapi kat sini Roti Doll memang merupakan menu terbaik. Saya dok perati semua meja, rata-ratanya memang order Roti Doll. 10/10 you know. Apa yang istimewanya Roti Doll Gunung Keriang ni?


Ha, nampak tak? Nampak tak? Terliur tak?? Memang superb sangat tak tau nak habaq!! Menu Roti Doll ni ada roti canai yang dah dipotong-potong kecil dan diletak secara bulat kat tengah-tengah, pastu taruh kuah banjir kok atas membentuk pulau, boh sambal special tu kok tepi, boh telur goyang kat atas roti canai, tabur lada sulah sikit. Pergh!! Makan tak pandang kiri-kanan dah. Mak mertua lalu pun dah tak nampak weyh! Sedap sangat. Patutlah semua orang pun order. Harga pun ok, RM2.50 saja. 


Saya siap pi stalk kat tempat buat Roti Doll. Oh, rupa-rupanya proses dia memang begitu terperinci. Seorang buat roti canai, seorang potong boh lam pinggan, seorang buat telur goyang, sorang part last boh kuah, sambal segala. Memang sistematik. Ni baru betul, baru taste dia tak lari. Then kuah dia pulak, sekali tengok memang nampak macam kuah roti canai, kuah dal tapi saya percaya kuah dal ni pun pasti ada resepi yang tersendiri.

Restoren ni buka sampai malam kan. So sudah semestinya lah ada menu lain lagi kat sini. Ada Mee Goreng Mamak, set Roti Jala, kuih-muih seperti karipap dan masalodeh. Sedap juga kuih kat sini. Dan nasi kandar sudah tentulah ada. Macam-macam jenis lauk-pauk yang dijual kat sini. 

Okay uolls, jangan lupa pi try Roti Doll Gunung Keriang ni tau. Kami tau... sekali ampa kena pasti ampa nak lagi. Hehe... Okaylah, chow dulu. Jumpa lagi di entri yang seterusnya.

Adios!

Sunday, 20 March 2016

Chicken Chop RM5 Alor Setar

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[CHICKEN CHOP RM5]


Ha, jangan tak tau... ada Chicken Chop berharga RM5 saja tau kat tempat kita ni. Murah dah sedap. Kat mana tu?? Ha, jom kita ke Alor Setar.

[KESINAI RIVERSIDE CAFE & CATERING]

Chicken Chop berharga RM5 merupakan salah satu menu popular di Kesinai Riverside Cafe & Catering yang beroperasi di Lebuhraya Darul Aman, Alor Setar Kedah. Restoren ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa bermula pukul 5pm hingga 12 tengah malam.

Suasana kat sini amatlah santai dengan dekorasi yang simple tetapi menarik. Meja-meja yang digunakan pula ada macam-macam jenis. Unik sekali. Tambahan pula ia berdekatan dengan Sungai Kedah. Memang sempoi.



Chicken Chop yang dijual di sini walaupun harganya amat murah berbanding dengan tempat lain namun dari segi portion, gravy dan segala aspek memang berpuas hati sangat-sangat. Sosnya pun sedap. Fries banyak. Kira makan dengan senang hatilah!

Kat restoren ni juga ada macam-macam menu lagi termasuklah menu yang amat popular iaitu Sup Legend yang menyediakan Sup Kambing, Sup Tulang, Sup Daging dan Sup Ayam.

Okay, kalau nak makan Chicken Chop murah tapi sedap dan berbaloi silalah ke Kesinai Riverside Cafe & Catering. Hokeeh!!

Adios!

Saturday, 19 March 2016

Sambal Udang Irdina

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai sebenarnya yang minta saya share resipi Sambal Udang Irdina ni. Saya pun tak pasti apa yang istimewanya sebab saya kalau memasak nak cepat dan ringkas saja. Tak mau renyah-renyah ni. So resipi saya resipi biasa-biasa saja. Tapi tak apalah, kita share sajalah kat sini.

[SAMBAL UDANG IRDINA]


Bahan-bahan:

Udang bersaiz besar
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Garam
Gula

Cara-caranya:

1. Udang - buang semua kulit. Belah di bahagian belakang dan bersihkan. Tapi kalau tak nak buang kulit semua pun tak apa, ikut kesukaan uolls la. Saya buang kulit semua sebab ada princess nak makan. Kalau tak buang kulit siap-siap nanti saya juga yang susah sebab kena tolong kopekkan. Hehe...

2. Oleh sebab saya buang semua kulit, jadi kulit udang tu saya bersihkan dan rebus. Airnya ditapis dan dijadikan stok udang. Stok udang ni digunakan untuk kisar cili nanti.

3. Cili kering dikisar bersama sebiji bawang besar dan sebiji bawang putih. Kalau guna cili kering banyak, boh la 2 biji bawang besar. Masukkan sikit minyak masak untuk hancurkan biji cili tu. Jangan lupa guna air stok udang tadi tau.

4. 2 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih ditumbuk sederhana halus. Tumbuk sikit saja, biar nampak rupa bawang baru masakan kita nanti sedap.


5. Dah boleh start masak. Tumis bawang yang ditumbuk tadi bersama daun kari hingga kekuningan. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.


6. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masak lagi sampai betul-betul pecah minyak.

7. Masukkan udang dan gaul sebati. Tunggu sampai udang masak.

 

Tara... dah siap pun Sambal Udang Irdina. Bolehlah dihidang bersama nasi putih. Hmmm.... sedapnya...! Uolls cubalah resipi saya ni yea... memang sedap. :)

Irdina... jom makan....!

Adios!