Sunday, 20 August 2023

Champion 15km Men Open Wang Gunung Trail Run 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tahniah Ku Aliff Aiman 🏃‍♂
Champion 🏆
15km Men Open

Wang Gunung Trail Run
Conquer The Agro Trails
Taman Buah-buahan Eksotik
Sungai Batu Pahat Perlis

No Pain No Gain.

Kata Pakku, "henyak sampai lunyai." 

Lepas tu bising kat As kata kena tunggu lama. Adoi la.

Lain kali kalau tak mau tunggu lama, larilah pace sama macam As. Boleh sampai sama-sama.

Sweet gitu. 




Tahniah la champion lagi! Awak memang hebat dari kecik ye 🥰

Jumpa lagi.

Wang Gunung Trail Run 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Wang Gunung Trail Run
Conquer The Agro Trails
12 Ogos 2023
Taman Buah-buahan Eksotik
Sungai Batu Pahat Perlis
Kategori: 15km
Elevation: 375m
🏆: No 6 

Everybody wants happiness, and nobody wants pain, but you can't have a rainbow without a little rain ~ Zion Lee

Alhamdulillah, berjaya habiskan larian di tempat ke-6 kategori senior.



Sehari sebelum event memang perasaan bercampur-baur. Excited, tapi dalam masa yang sama sangat gementar.


Menariknya event ini, kami berlari di atas trail Banjaran Batu Kapur terpanjang di Malaysia.


Juga melalui kawasan dusun dan ladang harumanis, durian, kelapa, limau madu dan buah-buahan tempatan yang lain.

Ada empat permukaan laluan iaitu off road, gravel, tarmac dan simen. Jadi gear yang digunakan juga harus bersesuaian dengan keempat-empat permukaan. 


"Jalan memang licin. Kena hati-hati terutama laluan berbatu yang menuruni bukit." Yut yang sudah pun menghabiskan larian di tempat kedua kategori 45km sempat berpesan.

Nasib baik ada Asics Fuji Speed. Alhamdulillah, sangat membantu dengan grip yang baik.

Berselut itu terapi. Barai punya pasal kita main rodok sahaja. Balik nanti cuci.

Overall, pengalaman yang sangat best. Dapat beraksi dalam cuaca luar biasa dan permukaan muka bumi penuh cabaran di Banjaran Nakawan, Perlis.

Tahniah kepada tim MEP21 dan Ku Hasrin atas penganjuran event yang menarik.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta Wang Gunung Trail Run 2023.





Terima kasih kepada semua. Jumpa lagi pada event seterusnya.

Jumpa lagi.

Monday, 14 August 2023

Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


"Kezaliman akan terus ada, bukan kerana banyaknya orang-orang jahat, tapi karena diamnya orang-orang baik." ~ Ali bin Abi Talib.

Tahniah buat semua yang mengundi. Anda memang baik!

12 Ogos 2023.
Berada di Taman Buah-buahan Eksotik Perlis menyertai acara Wang Gunung Trail Run. Selesai sahaja event, terus `check out' dan gerak balik ke Kulim.

Memang sangat rushing, takut tak sempat sampai ke tempat mengundi di SK Dato' Haji Zainuddin Serdang Kedah.

Keadaan badan masa tu memang kurang stabil. Habis berlari, terus bersihkan diri dan siap ke acara penutup. Selesai semua terus gerak balik. Tak sempat rehat, tak sempat makan. Kepala sudah mula terasa pening, cuaca pula panas terik.

"Abang drive dulu. Sayang rehat." Nasib baik Pakku dapat menghabiskan larian lebih awal daripada saya. Jadi, dia sempat makan dan berehat di tapak event.

"Nasib baik tak jem. Cuba tengok belah sana, kereta tak bergerak langsung!" Rezeki kami trafik di atas Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kulim sangat lancar. Tapi trafik ke Alor Setar sesak teruk dari Seberang Jaya. Kereta langsung tak bergerak.

Okey, nampaknya ramai anak muda Alor Setar keluar mencari rezeki di tempat lain. Namun tetap menunaikan tanggungjawab balik mengundi. Syabas!

Tiba di Seberang Jaya, hantar Pakku ke pejabatnya. Pakku balik naik motor, saya pula memandu pulang ke Kulim. 

"Abang cepat tau. Jangan singgah lama-lama. Takut jem jalan nak ke Serdang." Trafik masih lancar. Tapi keluar saja dari Tol Lunas, kereta semakin bergerak perlahan. Saya akan melalui beberapa buah sekolah yang terlibat dalam PRN kali ini.

Memang sesak la. Kepala pun semakin berpusing-pusing.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Pakku sudah siap menunggu. "Bila masa pulak dia potong aku ni?" 

"Abang tolong drive, boleh? Sayang rasa nak muntah la." Sepanjang perjalanan dari rumah kami di Kulim ke Serdang, hampir sepuluh kali saya muntah.

"Tak payah pi mengundi la. Dah teruk sangat abang tengok. Sayang kena makan nasi ni. Tadi makan buah dan apam lenggang saja." Pakku sudah membebel di sebelah.

Semangat nak mengundi tetap kuat. Selama ini saya belum pernah 'miss' mengundi, dan tidak pernah terfikir untuk tuang mengundi. Oh no!

Akhirnya, tepat jam 3.30 petang saya selesai mengundi. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan balik, saya dan muntah tidak dapat dipisahkan.

Terasa macam nak serah diri ke hospital.

Pening yang teruk berlanjutan sehingga keesokan harinya. Semalam makan ubat lagi dan pagi ni terasa sedikit berkurangan. Baru ada kekuatan untuk berkepit dengan telefon.

Alhamdulillah. Baru terasa nak bergambar dengan inai satu jari. Tanda selesai menunaikan tanggungjawab kepada negeri Kedah Darul Aman.

Gambar diambil pagi ini di pejabat. Kita kerja la, awak. Walaupun perut masih bergelodak.

Jumpa lagi.

Momen Ecotrail Putrajaya

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Setiap larian ada ceritanya.

Di sinilah dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. 

Di sini jugalah dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru.

Dan di sinilah As dan Aliff bertemu.

Tiber!

Bersama Pakku dan Dik Nie sebelum race bermula. Tahniah Pakku Champion MO dan Dik Nie No 3 WV.

Sempat pesan kat Pakku, "tak payah nak laju-laju, follow orang depan saja."

Masa ni semangat tunggu kat finish line. Mana la depa ni tak sampai lagi, ops lupa depa lari 30km. Berejam oii...

Bersama Syarifah Syazrah yang padu dalam trail running. Tahniah, No 4 WO.

Jumpa lagi.

Wednesday, 9 August 2023

Hidup Ini Keras Beb l 11

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tempat seorang isteri adalah di sisi suami.

Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa mengekori ke mana sahaja suaminya pergi. 

Yang sentiasa menyokong suami yang minat berlari.

Yang selalu memastikan keperluan larian mencukupi.

Yang sentiasa memastikan ada gambar dan video suami ketika sampai ke finishing line dan juga ketika podium (kalau podium la).

Dan yang paling penting, sentiasa memastikan ada gambar berdua.





Goodbye Putrajaya, till we meet again.

Jumpa lagi.

Tuesday, 8 August 2023

Kulim Community Run l 4 Ogos 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kedatangan 77 pax.

Tahniah kepada pemenang Cabaran Manifesto. Terima kasih Capteritory, sponsor untuk Manifesto Challenge.

Terima kasih juga kepada Zeal Running Company yang sentiasa menyokong Kulim Runners.

Tahniah kepada semua. Jumpa lagi pada minggu seterusnya.

Jumpa lagi.

Tuesday, 1 August 2023

Ecotrail Putrajaya 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ecotrail Putrajaya
29 Julai 2023
Taman Botani Putrajaya
🏃‍♂: Ku Aliff Aiman
Kategori: 30km
Masa: 2jam 32 minit
Posisi: Champion 🏆

Pertama kali mencuba untuk larian denai 30km. Rezeki Pakku berjaya menghabiskan larian dan champion untuk kategori Men Open dan juga keseluruhan kategori 30km.



Alhamdulillah, rezeki daripada Allah.

Thank you to Mark, twtmarathon and Ecotrail Putrajaya  for the complimentary slot. Terima kasih juga kepada Kulim Community Run  atas usaha yang terbaik buat runner-runner Kulim melalui Manifesto Challenge. Kerana slot inilah Pakku berada di posisi ini. 



Tak lupa juga kepada keluarga tercinta yang sentiasa mendoakan kejayaan Pakku, dan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat dan motivasi yang membina, terima kasih banyak-banyak.




Tahniah kepada semua pemenang dan peserta Ecotrail Putrajaya. Tahniah juga buat Ten Senses.

Jumpa lagi pada event seterusnya.

#ecotrailputrajaya 
#asaliffrunningjourney 
#quatrunner 
#pelariMisteri
#kulimcommunityrun
#twtmarathon

Jumpa lagi.

Hidup Ini Keras Beb l 10

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Jika kita sedih, mengadulah kepada Allah.

Jika kita gembira dan bahagia, jangan lupakan Allah.

Letaklah Allah pada tempat yang paling tinggi dalam hati kita.

Nak hati sentiasa dekat dengan Allah?

Basahkan lidah dengan zikrullah.

Insya-Allah hidup kita akan tenang dan baik-baik saja.

#hidupinikerasbeb

Jumpa lagi.