Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Okay, perut dah kenyang kan. Sedap sungguh makan kat
D C Nee 7 Gulai Kawah. Jom kita teruskan perjalanan. Memandangkan hari Jumaat, jadi kita singgah solat Jumaat dulu. Masjid tak jauh dari situ jer. Kalau terlajak terus drive lagi sebab kat depan tu pun ada masjid lagi. Memang selesa.
Selesai semuanya perjalanan diteruskan menuju ke bandar
Alor Setar. Destinasi kali ini memang best sangat sebab saya dah lama mengidam nak pi melawat tempat ni. Setiap kali balik Alor Setar tak pernah nak meronda, sebab tu la kali ni kita buat Cuti-Cuti Alor Setar terus. Ha, amik ko!!
[RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MOHAMAD]
Ini antara tempat yang wajib dilawati kat
Alor Setar. Senang jer nak cari, waze sahaja. Mungkin akan terlajak simpang tu dua tiga kali tapi tak apa, Cari balik jalan tadi... Haha... macam cerita pengalaman sendiri jer. Apa sajalah :) Masuk adalah percuma yer...
Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad merupakan rumah pusaka ibu bapa Tun Mahathir. Rumah kampung yang amat cantik. Masuk jer kat dalam rumah ni terasa macam masuk rumah saya dulu-dulu kat
Titi Serong Parit Buntar. Rumah papan yang perlu naik tangga ke atas. Bukan rumah dua tingkat tapi memang jenis tinggi. Sebijik macam rumah saya dulu-dulu.
Saya suka sangat tak tau nak habaq. Suasana kat dalam rumah tu memang menggamit memori dulu. Susun atur perabot dan barang-barang yang ada kat dalam rumah tu memang banyak yang sama dengan kehidupan saya dulu masa kat Titi Serong. Dengan dapur kayunya... dengan para pinggan mangkuknya.... dengan barang-barang lama yang ada kat dalam rumah tu...
Rasa sayu sekejap....
Masuk jer kat bawah rumah ternampak la pula Basikal Tua yang sebijik macam basikal ayah saya dulu. Dulu masa kecil pi sekolah naik basikal ni la. Boleh duduk dua orang kat belakang tu. Duduk sisi ya... sopan tu.... Balik tu tanya ayah saya mana basikal tua tu, katanya dah jual. Ah, sayang sekali!
Kat sini juga ada pusat pameran yang menempatkan pelbagai arkib berkaitan Tun Mahathir. Ada barang-barang kesukaan beliau, salasilah keluarga dan juga gambar-gambar kejayaan beliau. Pusat pameran ini dibina seperti rumah moden yang amat cantik sekali. Ukirannya unik bertemakan rumah kayu zaman moden.
Sebelum pulang, sempat bergambar kenangan sebab lepas ni tak tahulah bila lagi boleh datang sini.
Okay, jumpa lagi di destinasi
Ke-5.
Adios!