Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
[ CACTUS POINT, BRINCHANG]
Ha mesti uolls dah terjatuh hati dan tak sabar nak pi Cameron Highlands kan lepas tengok betapa bestnya kalau dapat pi Kea Farm Brinchang tu. Ok tak pe, lepas ni plan elok-elok yea. Hehe... Jadi jom kita sambung perjalanan Sehari Kita Di Cameron Highlands.
Kali ni kita pi terjah Cactus Point pula yang juga terletak di Brinchang. Tak jauh dari Kea Farm, memandu dalam 10 minit sahaja. Kat sini masuk secara percuma yea. Nak parking pun senang, kawasannya memang luas dan selesa.
Cactus Point ni merupakan nurseri kaktus yang tidak kurang hebatnya. Mungkin ianya kecil sedikit kalau nak dibandingkan dengan Cactus Valley tetapi bagi saya ianya cukup untuk kita melihat keunikan pokok-pokok kaktus yang pelbagai rupa dan bentuk di samping belajar tentang sifat pelindung yang ada pada pokok kaktus.
Ha, betul ke kaktus ni bersifat melindungi? Entah la tapi bagi saya, "Biarpun kau berduri tapi kau bersifat melindungi". Ewahhh....
Okay, sambung cerita. Bukan setakat pokok kaktus malah ada pelbagai spesies pokok bunga yang turut dijual. Macam-macam jenis ada termasuklah pokok bunga kesukaan saya iaitu Orkid. Cantk-cantik orkid yang ada. Macam-macam kaler.
Selain itu, turut dijual pelbagai jenis pasu bunga hiasan, kecil besar semua ada. Rambang mata melihatnya. Dah beli kaktus, jangan lupa pula beli tempat letaknya. Pelbagai rekaan ada, memang best belek. Belek-belek pun terbeli juga. Hahah~
Okay, dah puas cuci mata tengok pokok kaktus, kita berehat dulu makan ais krim. Jumpa lagi nanti di Part 4.
Adios!
No comments:
Post a Comment