Monday, 15 February 2016

Cuti-Cuti Alor Setar: Muzium Padi

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom kita jalan-jalan lagi. Kali ini kita pi dekat-dekat saja... kira balik Alor Setar la... Apa salahnya kita bercuti kat tempat sendiri kan. Asyik pi tempat orang saja, tempat sendiri bila lagi nak pi kan. Malu jadi orang Kedah kalau tak pernah pi melawat tempat-tempat menarik kat Kedah. Oppss... gurau saja :)

Alkisahnya begini, saya sebenarnya nak join Kedah Run Challenge kat Alor Setar. Tup-tup seminggu sebelum hari event tu, saya dimaklumkan yang pihak organiser terpaksa tunda event tu sebab nak bagi laluan kat event MUSC Drag Racing Alor Setar Cityrace . Tunda sebulan lebih pulak tu. Hotel semua dah book jadi malas nak fikir banyak, kita pi Cuti-Cuti Alor Setar la... syok apa...

[MUZIUM PADI, GUNUNG KERIANG]



Okay sampai sahaja kat Alor Setar, destinasi pertama ialah Muzium Padi yang terletak di Jalan Gunung Keriang. Muzium ini tak jauh pun dari bandar Alor Setar, lebih kurang dalam 18 minit pemanduan sahaja. Jalan yang kiri-kanannya penuh dengan kehijauan sawah padi memang saujana mata memandang. Tenang dan damai....

Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 9am - 5pm. Hanya tutup untuk waktu solat Jumaat dari pukul 12:30pm - 2:30pm. Bayaran masuk hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak 7 -12 tahun. Bayaran yang amat kecil jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang akan kita perolehi daripada muzium ini.

Ini kira pertama kali melawat Muzium Padi. Sesiapa yang nak tahu cara-cara penanaman padi elok sangat la berkunjung ke sini. Sebab muzium ini mempamerkan proses penananam padi di Malaysia dan pelbagai peralatan yang digunakan untuk proses penanamannya.




Di sini juga disediakan sudut untuk menonton video penanaman padi. Kat sini kira boleh dapat gambaran yang lebih jelas la...

Jalan menuju ke tingkat atas juga amat menarik. Ia diinspirasikan daripada Gua Gunung Keriang. Memang suasana pun dah macam duduk dalam gua. Tangga pun memusing-musing memang menarik.


Kat bahagian atas... Wow....terasa bagaikan berada di sebuah perkampungan yang tenang dan damai. Perkampungan yang kaya dengan suasana kampung, dengan sawah padinya, ayam itiknya, pokok kelapanya, rumah kayunya dan tak tau nak cerita apa lagi... Biar gambar berbicara... :D

 





Ha, best tak? Terasa nak pi melawat juga kan. So apa tunggu lagi, cepat-cepat buat plan ke Alor Setar pula. Kitaorang pun sempat juga posing kat sini... sebagai kenangan kan... Dan sebelum balik, singgah kedai cenderahati kat bawah tu. Kedai kecil sahaja, barang pun tak berapa nak ada. Harap lepas ni pihak Muzium Padi akan improvekan kedai ni sebab saya pasti mesti ramai yang nak beli souvenir kan... bukan nak beli beras jer... heheh...



Okay, cerita Muzium Padi dah habis. Kita jumpa lagi di destinasi Ke-2.

Adios!

No comments:

Post a Comment