Friday, 26 February 2016

Karnival Karangkraf 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook Kumpulan Media Karangkraf

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Karnival Karangkraf 2016 telah pun bermula hari ini, 26 Februari 2016 bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Karnival ini akan berlangsung selama tiga hari sehingga 28 Februari 2016. Pastinya pelbagai acara menarik akan menanti anda, pengunjung-pengunjung setia dan pencinta-pencinta karya terbitan Karangkraf.


Macam biasa diskaun menarik menanti anda. Diskaun sehingga 90 peratus buku-buku dan novel terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Kat sini buku dan novel serendah RM1 pun ada. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berbelanja kat sini. Belanja sedikit tetapi hasilnya banyak. Cewahh, promote sikit. Bukan apa, saya tak berpeluang berkunjung ke sini kali ini. Tapi tetap nak bercerita pasal karnival ni :)

Bukan sahaja boleh beli buku dan novel dengan harga yang murah tetapi juga dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis kesayangan anda. Syoknya dapat jumpa Novelis Murni Aqila, Syaida Ilmuna, A. Darwisy, Batiah Mahadi dan ramai lagi lah. Jangan lupa dapatkan novel terbaru mereka dan bergambar kenangan. Wah, jeles pula ceq!!

Dan semestinya banyak program yang telah diatur oleh pihak Karangkraf untuk anda semua. Nampaknya semua program best-best ni. Boleh tengok info kat bawah ni. Rancang perjalanan anda agar tak terlepas peluang untuk menyertai program-program yang bakal berlangsung.




Pada hari Ahad pula akan berlangsung Majlis Pelancaran Buku Fesyen Hijab Jalanan yang akan dilancarkan oleh Mizz Nina di Pentas Utama Karnival Karangkraf pada jam 12pm - 1pm. Jadi bukan sahaja dapat beli buku, tapi dapat juga jumpa Mizz Nina yang semakin cantik ni. Saya pun teringin nak jumpa Mizz Nina... huhu...


Dan khabarnya ada tarikan terbaru di Karnival Karangkrad 2016 iaitu Galeri 3D Trik Mata Impiana. Di sini pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman di dunia fantasi. Galeri yang bertemakan `fairy tale' ini diharap dapat memberi kegembiraan kepada pengunjung-pengunjung karnival karangkraf 2016.

Okay, jangan lupa tau untuk berkunjung ke sini. Enjoy yea...

Adios!

No comments:

Post a Comment