Saturday, 12 March 2016

Mood Republik Tour Kedah 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: instagram.com/moodrepublik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

SAVE THE DATE!!

Berita baik untuk orang-orang Utara, orang-orang Kedah, Perlis, Penang, Perak dan yang sekitarnya. Mood Republik Tour Kedah 2016 iaitu Festivel Fesyen No 1 Malaysia bakal menggegarkan Alor Setar pada 25 & 26 Mar 2016, Jumaat dan Sabtu bermula jam 10am - 12am. Kali ini Mood Republik Tour bakal berkampung di TH Hotel & Convention Alor Setar Kedah.



Jangan tak tahu!! 97 jenama paling popular akan turun padang nanti. Kita ada Calaqisha & Calashoes, Adijuma, Naelofar Hijab, Owl By ND, Jubah Souq, Emma Maembong Buble Soup, Radiusite & Dreemika, Ariani, Perfume Precious & Gorgeous By RCW, Sugarscarf, Bokitta Hijab, Rina Salleh Clothing, dan banyak lagilah. Kesemua mereka akan berentap dalam misi jualan koleksi baru, koleksi raya, dan macam-macam koleksi lagi. So bersedialah untuk menerima panahan mata ye uolls. Jangan pengsan sudah la!

Dengar cerita Mood Republik Tour Kedah ni menyediakan 10 000 goodies beg untuk gojes-gojes Kedah. Sapa nak, kena mai awal tau. Dan kalau kita shopping minimum RM197 dalam satu resit, kita mungkin berpeluang bawa balik kereta Mercedes Benz SLK 200. Uish, sapa tak mau kereta ceq ooiiii... rezeki terpijak ni.



So apa lagi, masukkan event ni dalam kalender siap-siap. Bukan apa takut terlupa... terlepaih pulak peluang nak bawa balik Merc. Ahaks!

Tak lama dah!!! Dua minggu ja lagi!! Kalau tak nak terlepas info-info menarik tentang Mood Republik Tour Kedah 2016 ni bolehlah follow mereka kat instagram yea.

Okey, see you there!

Adios!

No comments:

Post a Comment