Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari terakhir di Alor Setar bermula dengan baik. Sebab tadi dah pi pekena Roti Doll kat SK Roti Doll Corner. Sekarang ni jom kita pi melawat Menara Alor Setar yang merupakan Mercu Tanda Alor Setar. Dah nama pun mercu tanda so, tak lengkap percutian kalau tak pi melawat Menara Alor Setar kan. :)
[MENARA ALOR SETAR]
Menara Alor Setar yang terletak di tengah-tengah Bandar Alor Setar ini merupakan menara telekomunikasi yang ke-19 tertinggi di dunia iaitu setinggi 165.5 meter. Kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Kawasan sekitarnya amat luas. Ada dataran dan di sebelahnya ada kawasan taman permainan dan gerai berbentuk kiosk.
Sebaik sahaja masuk ke dalam menara, kita disajikan dengan pameran alat-alat telekomunikasi lama. Telefon dan mesin taip dari zaman dolu-dolu pun ada. Best tau sebab saya memang suka belek barang-barang lama.
Kat situ juga ada kaunter untuk beli tiket naik ke atas.Kalau nak naik atas kena bayar RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kat bahagian atas kita dapat tengok panorama Bandaraya Alor Setar nun saujana mata memandang. Kat atas juga disediakan beberapa buah teropong. Boleh tengok Alor Setar puas-puas.
Sebenarnya inilah kali pertama saya naik Menara Alor Setar. Memang tak dak apa pun tapi menara ini adalah kebanggaan orang Kedah jadi kok mana pun sebagai orang Kedah kita kena pi naik juga walaupun hanya sekali. Nanti orang tanya tak la rasa malu nak habaq kan. Okay, hashtag #jangankecamsaya. Hahahah~
Memang best sebenarnya dapat naik kat atas ni. Cuaca pulak baik so memang nampak clear satu Alor Setar. Boleh dikatakan Alor Setar ni bandar yang pesat membangun tapi masih memelihara suasana kedamaian dan ketenangan. Amboi ayat. Bukan apa, kalau dari atas nampak ada keseimbangan antara bangunan percakar langitnya dengan alam sekitar. Tak adalah macam sesetengah tempat tu yang kiri-kanannya penuh dengan bangunan. Nak bernafas pun tak cukup ruang. Okay, hashtag lagi #jangankecamsaya. Hahah~
Kita boleh pusing 360 darjah tengok keseluruhan bandar Alor Setar. Kalau dah puas tengok boleh berehat kat bangku-bangku yang disediakan. Lepas tu boleh bergambar kenangan kat atas tu berlatarbelakangkan wall sticker yang cantik.
Di aras yang sama juga ada kedai cenderahati yang menjual pelbagai jenis barang. Ada mug, key chain, fridge magnet, t-shirt dan macam-macam lagi. Nak print t-shirt pun boleh. Beli t-shirt kosong lepas tu boleh pilih nak boh logo apa. Macam-macam ada. T-shirt `I AM' pun ada. Harga memang berpatutan. Saya hari tu siap dapat free gift mug Menara Alor Setar lagi.
Kat tingkat teratas sekali ada Restoren Berputar Seri Angkasa yang konsepnya lebih kurang sama macam kat Restoren Berputar Sungai Buloh tu. Ada macam-macam menu tempatan dan barat. Saya tak pi makan kat situ la. Just nak habaq kat uolls saja. Hehe... Okayla, sesambil tu jom kita posing dulu kat atas ni.
Dah puas lepak kat atas tu, jom kita turun. Ada satu tempat lagi nak pi, lambat-lambat nanti tak puas pulak berinteraktif kat sana. Ke mana kita? Semestinyalah Pusat Sains Negara kat Jalan Gunung Keriang. Tunggu cerita saya nanti.
Adios!
Adios!
sonok kannn ;p
ReplyDeleteSonokk :)
Delete