Wednesday 2 March 2016

Cuti-Cuti Alor Setar: Mural Tun Mahathir & Tunku Abdul Rahman

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terasa segarnya bangun pagi ni setelah tidur nyenyak sebab keletihan ronda-ronda Alor Setar Di Waktu Malam. Lepas sarapan kat hotel, kami memulakan misi mencari Alor Setar Street Art. Ni nak habaq mai... bukan kat Penang ja ada Street Art tau!! Kat Kedah pun dah ada... kat Alor Setar ni ha. Kat Kulim pun dah ada, nanti kita pi terjah noo. La ni jom kita pi terjah yang kat Alor Setar dulu. Jom.

Ada dua mural kat Alor Setar ni. Satu ialah Mural Tun Mahathir dan satu lagi Mural Tunku Abdul Rahman. Kedua-dua mural ini terletak di Jalan Pekan Melayu Alor Setar. Nak cari senang ja, kita waze saja. InsyaAllah tak kan sesat. Kalau sesat pi tanya peniaga-peniaga kat situ mesti depa tau. Jangan risaulah.

Kedua-dua mural dilakar oleh pelukis dari Medium Touch, Zulfadli Ahmad Nawawai. Saya memang excited sangat bab bergambar kat Mural ni sebab tu dalam iltinerary dimasukkan tempat ni sekali. Tak ada sesiapa yang bangkang... semua kena ikut. Hehe... Tak tau la kenapa, saya rasa bangga dengan tempat sendiri. Selagi dalam Malaysia selagi tu rasa macam tempat sendiri. Anak Malaysia lah katakan!!

[MURAL TUN MAHATHIR]

Mural Tun Mahathir ni adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kedah sempena Majlis Pelancaran Bulan Pelancongan Legenda Kedah. Ia merupakan projek komuniti untuk mempromosi tokoh dari negeri Kedah selain bertujuan untuk menerap semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Bukan sahaja mural Tun Mahathir malah kat sebelahnya ada mural kereta Proton Saga berplat nombor AK101. Kereta ni saya rasa kereta Tun dulu kot. Hehe... pandai-pandai sajalah. Dan juga mural KLCC di belakang kereta Proton Saga tu. Wow, memang betul-betul `historical'!


[MURAL TUNKU ABDUL RAHMAN]

Mural Tunku Abdul Rahman juga terletak di Jalan Pekan Melayu yang turut menghubungkan dengan Pekan Cina. Mural ini dilakar menggunakan elemen hitam putih untuk memberi gambaran kepada orang ramai tentang perjuangan Tunku mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Ia turut menceritakan gambaran di Stadium Merdeka semasa acara pengisytiharan kemerdekaan yang dibuat oleh Tunku.


Bagi saya ia adalah satu usaha yang baik untuk Tahun Melawat Kedah 2016. Kira mural bekas Perdana Menteri Malaysia ini sudah tentu akan menjadi tarikan pelancong ke bandar Alor Setar. Dan sudah pasti ia akan memberi nafas baru buat bangunan-bangunan lama di Jalan Pekan Melayu dan Pekan Cina itu sendiri.

Jom kita tengok betapa excitednya pelancong-pelancong ni. Hahah~




Dah, dah! Jom kita pi melawat Rumah Merdeka pula :)

Adios!

No comments:

Post a Comment