Friday 24 March 2023

Ramadan Kareem 1444H

Teks: As Samsudin
Foto: Canva dan koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam Ramadan Kareem!

As, Aliff dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1444H / 2023.

Selamat berpuasa buat semua. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah dengan baik dan semoga kita dapat memperbanyak lagi ibadah dan amalan yang dituntut di bulan yang mulia ini.

Jangan lupa juga untuk bersedekah tau.

Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kekhilafan.

Marhaban Ya Ramadan.

Jumpa lagi.

Friday 17 March 2023

Thank You Tania!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Terima kasih Tania kerana sudi menyokong buku As.

Tania membeli tiga buah buku Legasi Abah 8, Lelaki Anugerah Terindah. Satu untuk koleksi sendiri dan dua buah buku lagi untuk dihadiahkan buat sepupunya yang jauh di Sarawak.



Lelaki Anugerah Terindah

"Tak usah kau bercakap tentang impian dan semangat yang hilang. Dia cekal berjuang."

Harga: RM30 (tidak termasuk  pos)
📞018-404 4132

Selamat Membaca Tania.

Jumpa lagi.

Wednesday 8 March 2023

Happy International Women's Day

Teks: As Samsudin
Foto: koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


8th March
Happy International Women's Day 💜

Embrace Equity
It brings you a resources to become success. So start doing something to be wonderful to yourself and your life.

#happywomensday2023 
#EmbraceEquity 
#womenareamazing

Jumpa lagi.

Tuesday 7 March 2023

Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM

Sumber: atiqahnajihah.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Klik banner untuk join ya!

Jom support giveaway ni!

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog AtiqahNabilah Samsudin dan NHHM
  2. Copy dan paste banner di atas dan buat satu entri di blog anda bertajuk "Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM"
  3. Backlink entri anda ke salah satu blog di atas
  4. Tinggalkan link entri giveaway anda di ruangan komen salah satu blog di atas (nak komen dekat  tiga-tiga blog pun boleh, tapi tetap dikira satu penyertaan sahaja)
Tarikh penyertaan:
  • 15 Februari 2023 - 15 Mac 2023

Hadiah giveaway:
  1. (1) helai tudung (Waarna)
  2. (2) balang chocojar (Mouthgasm)
  3. (2) botol popcorn (Eng's popcorn)
Cara pemilihan pemenang:
  • Melalui random.org

Semoga ada rezeki kita. Join tau :)

Jumpa lagi.

Wednesday 1 March 2023

IM50 Mosaic of Life - DIY & Donate Program

Teks: As Samsudin
Foto: Intel Volunteer dan koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Intel Volunteer
IM50 Mosaic of Life - DIY & Donate Program

Program amal oleh Intel Volunteer. Aktiviti yang ringkas dan straight forward tetapi sangat mencabar kesabaran dan kreativiti. Ya, program ini sememangnya bertujuan untuk meneroka kreativiti dalaman dan kesenian seseorang dalam mencipta poster berwarna-warni.



Ini adalah sebahagian daripada poster yang akan dicantikkan mengikut kreativiti masing-masing. Nampak mudah namun sebenarnya tak semudah yang disangka.

MoLi kit.

Masa dapat MoLi kit tu, tak sabar nak siapkan. Tapi bila dah mula buat, susah rupanya. Apatah lagi pada bahagian yang kecil dan memerlukan penelitian yang lebih.

Inilah hasil kreativiti saya. Cantik kan?

Tapi alhamdulillah, saya dapat siapkan mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mengajar saya erti kesabaran dan tidak mudah mengalah dengan ujian dan kesukaran. Bila dah siap tu, rasa lega teramat dan dalam masa yang sama rasa puas.



Kraf MoLi ini kami sumbangkan kepada NGO dan sekolah-sekolah terpilih di Pulau Pinang dan Kulim Kedah. Gembira dan terharu melihat mereka menghargai hasil kerja kami.

Harapan kami semoga usaha ini dapat memberikan semangat dan kecerian kepada mereka.

Sumbangan kepada pihak NGO. Kredit foto Intel Volunteer.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

#IntelIMY50th #IamIntel #IM50MosaicOfLife #IntelVMP

Jumpa lagi.