Showing posts with label Legasi Nenda 3. Show all posts
Showing posts with label Legasi Nenda 3. Show all posts

Saturday, 8 April 2023

Salam Nuzul Al-Quran

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam Nuzul al- Quran
17 Ramadan 1444H

Alhamdulillah, dapat juga membaca al-Quran setiap kali selepas solat subuh dan maghrib.

Setiap kali membaca al-Quran pasti terkenangkan almarhumah emak saya yang sering menjadikan al-Quran sebagai teman setia pada bulan Ramadan.

Kisah beliau saya jadikan karya dalam buku terbaru saya yang akan terbit tidak lama lagi.

Tajuknya, "Mak Tok, Kami Rindu!" yang termuat dalam Antologi Legasi Nenda. 

Nak baca? Boleh pratempah sekarang ya.

#nuzulquran
#legasinenda3
#asmenulis 
#bukuassamsudin

Jumpa lagi.

Sunday, 23 October 2022

Pratempahan Buku Antologi Legasi Nenda 3 Dibuka

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Ayie paling suka nasi goreng yang Mak Tok masak. Ringkas tapi sedap. Kalau makan dengan ikan temenung goreng yang tak habis semalam, lagi sedap!"

Bukan Ayie saja yang suka makan nasi goreng dengan ikan temenung semalam, saya pun suka.

Nasi goreng tu, tak perlu letak banyak bahan. Tumis bawang putih dan bawang merah bersama cili kering. Pecahkan sebiji telur, masukkan nasi. Kacau rata, siap.

Pesan Mak Tok, nasi tu kena gaul dengan garam siap-siap. Guna tangan tau.

Ikan goreng yang tak habis dimakan semalam, panaskan balik. Makan dengan nasi goreng tu. Fuh, memang boleh habis dua pinggan!

Nak tahu cerita Ayie bersama neneknya? Jom tempah buku Legasi Nenda 3 sekarang.

Sila imbas kod QR yang tertera di poster.

Jumpa lagi.

Friday, 21 October 2022

Reka Poster Promosi Buku Antologi Legasi Nenda 3

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tugasan 4.
Reka Poster Promosi Buku Semester 003

ANTOLOGI LEGASI NENDA 3

"Kasih sayangmu tak tergantikan, selamanya di dalam hatiku. Hanya doa yang mampu kupanjatkan agar dirimu sejahtera selalu."

Sebuah buku antologi kisah hidup Legasi Nenda hasil nukilan 30 pengkarya Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UnIKH).

Nak tahu kisah kami?

Jom, tempah sekarang.


Jumpa lagi.

Thursday, 20 October 2022

Manuskrip Berjaya Dihantar

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah, semuanya telah dipermudah oleh Allah. Dua buah manuskrip saya telah berjaya dihantar kepada pihak UnIKH.

11 Oktober 2022 - Kerjaya 1
15 Oktober 2022 - Legasi Nenda 3

Benarlah kata pepatah, di sebalik setiap kesukaran ada kemudahan.

Walaupun kekangan waktu yang menghimpit dan kesibukan dengan tugas hakiki yang menuntut komitmen yang tinggi, dapat juga saya menunaikan janji yang telah dipateri.

Usaha tanpa mengenal erti putus asa mendorong ke arah kejayaan.

Nantikan dua buah karya terbaru saya yang akan terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023.

Insya-Allah.

Jumpa lagi.

Tuesday, 18 October 2022

Pemilihan Tema Kedua Sem003 UnIKH

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada semester 002 Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UnIKH) yang lalu, hati merasa cemburu melihat sahabat-sahabat pengkarya terlibat di dalam dua tema buku.

Jadi, apabila Mak Sri umumkan pembukaan tema kedua untuk pengkarya-pengkarya Semester 003, As tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. 

Tapi biasalah, perasaan risau tu tetap ada. Risau tak dapat nak beri komitmen, nanti menyusahkan adik-beradik yang lain pula.

Siap keloi Yana Lyana lagi. Sempat juga meracun beliau untuk join tema kedua.

Akhirnya, kami berdua pun berjaya mendaftar. Saya join tema Legasi Nenda 3 dan Yana join tema Idola. 

Insya-Allah, yang terbaik daripada kami.

Jumpa lagi.

Saturday, 15 October 2022

Aku Masih Menukang!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di balik jendela ruang menulisku, rintik hujan masih membasahi bumi.

Setia dari pukul 3.00 pagi.

Aku masih menukang.

Nampaknya aku harus belajar dari hujan untuk setia.

#sem003assamsudin
#legasinenda3

Jumpa lagi.