Showing posts with label asdanpakku Shop. Show all posts
Showing posts with label asdanpakku Shop. Show all posts

Friday, 17 March 2023

Thank You Tania!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Terima kasih Tania kerana sudi menyokong buku As.

Tania membeli tiga buah buku Legasi Abah 8, Lelaki Anugerah Terindah. Satu untuk koleksi sendiri dan dua buah buku lagi untuk dihadiahkan buat sepupunya yang jauh di Sarawak.



Lelaki Anugerah Terindah

"Tak usah kau bercakap tentang impian dan semangat yang hilang. Dia cekal berjuang."

Harga: RM30 (tidak termasuk  pos)
📞018-404 4132

Selamat Membaca Tania.

Jumpa lagi.

Friday, 13 August 2021

Shopee | asdanpakku Shop

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah... bermula akhirnya projek As yang satu ini.

asdanpakku Shop!

Inilah salah satu daripada impian yang telah lama As idam-idamkan. Nak berjinak-jinak dalam bidang bisnes. 

Nak jual barang apa?

Ha, bukan semua barang ya. Hanya barang-barang yang menjadi kesukaan As saja. Barang-barang yang sesuai dengan minat As.

Apa tu?

Sudah semestinyalah buku, perfume, barang-barang dekorasi Ikea, Kaison, HIG Langkawi, Madam King, barangan kesihatan, produk makanan yang sedap-sedap... Ala, macam banyak pulak...

Hehehe...

Sebab apa kena jual barangan berdasarkan minat dan kesukaan? Sebab nanti kalau customer tanya info tentang barang-barang tu senang As nak jawab. InsyaAllah, as ada ilmu serba sedikit tentang semua tu.

Product knowledge kan penting bagi seorang penjual.

Betul tak?

Buat masa ni baru ada beberapa produk. InsyaAllah As akan tambah dari semasa ke semasa. Produk yang dah sold out pun ada. Huhuhu.... 

Apa-apa pun, doakan semoga perjalanan asdanpakku Shop ini dipermudahkan Allah swt dan mendapat keberkatan-Nya.

Amin.


Jemput singgah dan follow kedai As ya. Sekiranya ada apa-apa pandangan dan cadangan, sangat dialu-alukan. 

Terima kasih daun keladi.

Jumpa lagi.