Saturday 31 December 2022

Pendaftaran BKH Pulau Pinang Ditutup

Teks: As Samsudin
Foto: BKH Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


SUDAH DITUTUP!

Pendaftaran peserta untuk Bengkel Tulis Buku Solo Kisah Hidup yang akan diadakan pada 28 Januari 2023 di Pulau Pinang sudah ditutup.

Alhamdulillah, semuanya tidak mahu melepaskan peluang keemasan yang julung-julung kali datang untuk menimba ilmu penulisan.

Tak kurang juga yang sudah tidak sabar untuk bertemu dengan idola penulisan kita iaitu Puan Sri Diah Shaharuddin 

Tahniah kepada tim Bengkel Kisah Hidup Utara, Marwani Ridzuan, Norhafhizah Suliman, Kak Mumtazah Sanusi, Syedzanina Amin dan Nurul'ain Mokri.

Semoga segala perancangan yang telah kita atur berjalan dengan lancar.

Tak sabar nak berbengkel.
Tak sabar juga nak bawa mak jalan-jalan cari makan.

Jangan lupa sediakan ruang yang cukup dalam telefon tau. Nanti nak bergambar dengan mak banyak-banyak.

#bkhpulaupinang

Jumpa lagi.

Friday 30 December 2022

D'kids Birthday Celebration and Rewards

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


16 Disember - Irdina
17 Disember - Kembar

"Tak mahu sambut hari jadi kami ke?" Irdina menyoal di dalam grup whatsapp.

"Acik berkenan kasut Nike. Ada jual di kedai sukan JD, Sunway Carnival tu."

"Akak nak kasut Vans."

Amboi, bukan main high taste lagi budak-budak sekarang ye. "Adik nak hadiah apa?" 

"Tak tahu, ikut la..." Insyirah memang jarang meminta-minta. 

Lambat bukan alasan. Yang penting tetap meraikan. Tak ada kek tapi kita belanja makan pizza je. 

Pizza pun okey la kan :)

Love 

Always our favourite. Super Supreme!

Banana Chocolate cake

Alhamdulillah.

Simple celebration :)

Bulan Disember memang bulan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Dan kebetulan pada tarikh hari jadi mereka, As dan Pakku ada di Langkawi menyertai larian Langkawi International Half Marathon.

Jadi tak dapat nak sambut on the dot lah. 

Namun begitu mereka tetap dah sambut macam biasa. Dapat potong kek kegemaran lagi tu. Banana Chocolate memang kegemaran mereka bertiga.

Jadi, kali ni mereka nak claim hadiahlah. Okey kita bagi mereka happy. More to rewards juga sebab tahun ni mereka bertiga sudah mencapai banyak kemajuan peribadi. 

Penat tunggu depa shopping

Happy la dapat shopping kat Adidas

Posing dulu

US 💓

Modal senyum untuk sebulan. Dah dapat apa yang diidamkan

Acik nak kasut ni la...

💖

Irdina's favourite shoes

Aduh, parah. Nafeesa dah dapat apa yang dia nak!

Insyirah vs Nafeesa vs Mama... parah-parah... :)

Semoga tahun 2023 membawa lebih banyak perubahan yang baik dan kejayaan yang berlipat kali ganda.

Amin yarabbal alamin.

Jumpa lagi.

Salam Jumaat Terakhir 2022.

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Salam Jumaat terakhir 2022.

Saya ada banyak urusan yang hendak diselesaikan pada hari ini.

Urusan yang tertangguh.

Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan selesaikan semuanya hari ini.

Kerana 'perasaan tidak selesai' itu tidak best. Dan ia mengganggu fikiran saya.

Sudah diusir jauh tapi ia tetap datang.

Esok, saya mahu bercuti dengan tenang.
.

#hidupinikerasbeb

Jumpa lagi.

Thursday 29 December 2022

Aduh, Pening Pula Kepala Ni!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Aduh, pening pula kepala ni!"

Dua hari berturut-turut dapat bersenang-lenang di pejabat sebab ramai yang cuti. 

Tiba-tiba hari ni ada macam-macam tugas yang datang. 

Ada yang call.

Ada yang mesej di whatsapp.

Ada yang mesej di Microsoft Teams.

Ada yang terus walk in ke cube, "Mas, saya nak ini," "Mas, saya nak itu."

Eh, baru teringat. Tadi lunch makan nasi mentah. Kunyah nasi tu rasa beras sebiji-sebiji.

Aduh, patutlah tiba-tiba je kepala ni pening. Tarik sampai rasa kat mata. Dok rasa nak muntah dah tenung skrin pc ni.

Jomlah kita balik pi pekena Cendol Pak Din. Eh, eh...

Jumpa lagi.

Wednesday 28 December 2022

[2022] #1 LBB Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


LBB Run
13 Ogos 2022
Baraj Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh
Kampung Wai, Perlis
6KM Run
Podium No 5 & No 7 #asaliff

Inilah event pertama selepas berehat panjang. Alhamdulillah, dapat menghabiskan larian dengan senyuman.

Pada mulanya nak berehat lagi sehingga hujung tahun. Tapi bila tengok gambar kawan-kawan yang dah mula berlari, terasa excited pula.

Bila lagi nak lepas rindu kan.

Alang-alang dah boleh berlari, tak kan nak tengok je!

#akudankamu

No 7
Gembira melihat kejayaan orang lain, tapi sekali-sekala nak juga raikan kejayaan sendiri.

Gitu.

Ratu Selajus. Takut la tengok geng ni beraksi :)

Berkawan-kawanlah dengan mereka yang sama minat. Nanti boleh podium sekali. Betul tak? Hehe

Turtle Runner

Podium itu rezeki


Jumpa lagi.

Hidup Ini Keras Beb l 03

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


#hidupinikerasbeb

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang daripada Allah.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di tangan Allah.

Apa yang perlu kau risaukan hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana kau membuat Allah reda kerana sekiranya engkau membuat Allah reda, Dia akan reda padamu. Apabila Dia reda padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan segala keperluanmu.
~ Imam Ibn Qayyim

Syukur, aku ada kamu Ku Aliff Aiman💓

Jumpa lagi.

Buku Polkadots Kuning Hitam Dah Sampai

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Jurnal Penulisan 2023 📖

Alhamdulillah, sudah sampai buku polkadots kuning hitam yang ditunggu-tunggu.

Buku yang menjadi booster untuk merealisasikan impian saya dan kita semua dalam menerbitkan buku solo.

Tahun depan kena berkepit je dengan buku ni,
Janji tau! 💛

Belum ada jurnal ini? Segera ketik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

Tuesday 27 December 2022

JP 2023 - Jumpa Malam Nanti

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jurnal Penulisan 2023

Ramai yang tanya, "Apa itu Jurnal Penulisan?" 

Ramai juga yang bertanya, "Apa beza jurnal dan diari?"

Ada juga yang tanya, "Apa beza jurnal kreatif dan jurnal akademik? Selalu dengar jurnal akademik sahaja."

Jumpa malam ini ya. 

Insya-Allah, malam ini kita mula berkenalan dengan JP 2023 ini. 

Ada perkongsian khas - Cabaran Penulisan Januari 2023. 

Jumpa malam nanti.

Happy 50th Birthday, Intel Malaysia!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Happy 50th birthday, Intel Malaysia!

It's a wrap for 2022.
Proud and honored to be a part of Intel's history.











Sesungguhnya setiap perancangan Allah adalah yang terbaik. Dia meletakkan kita di tempat yang tepat pada waktu yang tepat.

Alhamdulillah.

#intelMY50th
#iamintel
#thankful
#intelmodulerepair

Jumpa lagi.