Wednesday 7 December 2022

Segera Tempah Jurnal Penulisan 2023.

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Jurnal Penulisan 2023.

Ada orang dia cerewet sangat dengan planner. Nak macam itulah, tak nak macam inilah.

Ada yang suka banyak ruang kosong, tak suka kotak-kotak.

Macam-macam pilihan peribadi kan?

Apa yang penting diri sendiri mesti suka dengan planner itu.

Maklumlah kita yang nak menulisnya dan hayatnya setahun dalam tangan kita.

Baik, kepada yang mahu kata-kata personal Puan Sri Diah sepanjang tahun, ada dalam Jurnal Penulisan 2023.

Ada kata-kata yang sungguh peribadi sifatnya. Ya, dari hati ke hati.

Ini bukan diari. Bukan.

Ini jurnal penulisan yang beri bimbingan macam mana nak menulis pantas dan mudah supaya kita berjaya hasilkan buku yang ada pelbagai rasa apabila dibaca.

Tiada cetak ulang, jadi kena tempah segera. Klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment